Thursday 5 June 2008

Hukum Memakan Landak....

Landak atau dalam bahasa saintifiknya Hyistrix Brachyura,dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’ (tapi bukan spesis babi/khinzir). Landak telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005 lagi. Penternak landak di Banting, Selangor yang mempelopori penternakan landak raya secara komersial bersama Perhilitan, Tukiran Dalimi (Suku Jawa kot), berkata landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara. Wah menarik jugak ni, tapi orang kita ni tengok landak jek dah lari sampai tak cukup tanah. Budak-budak pula sibuk nak ambik duri landak buat penunjuk mengaji. Ye lah kan, Landak ni mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai “duri cangkut seni” boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya. kalau berani,seranglah..nak buat penunjuk mengaji sangat...

Dikhabarkan daging landak ni sangat lembut (mungkin tak selembut sutera tapi sesuai untuk nenek yang tak bergigi atau sayang sgt dengan gigi emas die tu), tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi menderitai buasir) serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan landak menjadi antara makanan pilihan kerana menyediakan pakej yang lengkap sebagaimana yang telah diperincikan diatas..Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut walau hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup. Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia..Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka..

Landak jika dalam bahasa Arabnya disebut al-qunfudz..Mengenai landak (qunfudz) ini, ada khilafiyah..Berdasarkan penelitian penulis,menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, hukumnya haram, berdasarkan sebuah hadis yang mengharamkannya..Sedang menurut Imam Malik dan Ibnu Abi Laila, hukumnya halal (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam IV/77)...Namun pendapat yang tepat (sahih), adalah halal (Imam an- Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 8/16)..Hal itu kerana tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkannya..Kerana itu, hukumnya kembali pada hukum asal benda, yaitu mubah....Mereka yang mengharamkan landak berhujjah dengan hadis dari ‘Isa bin Namiilah al-Fazari dari ayahnya, ia berkata,”Saya pernah duduk bersama di sisi Ibnu Umar lalu dia ditanya hukum makan landak. Lalu Ibnu Umar membaca ayat,”Qul laa ajidu fiimaa…” (QS 6: 145). Maka berkatalah seorang tuan(syaikh) di sisi Ibnu Umar,”Aku telah mendengar Abu Hurairah berkata,” Pernah disebut landak di sisi Nabi SAW maka Nabi mengatakan,”Sesungguhnya ia (landak) adalah satu keburukan di antara keburukan-keburukan (khabiits min al-khabaa`its)...” Maka berkata Ibnu Umar,”Jika itu dikatakan Rasulullah SAW, maka hukum landak adalah seperti yang beliau katakan.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud) (Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, hal. 1681; Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, IV/77)....Namun menurut Imam Ibnu Hasjar Al-Asqalani dalam Bulughul Maram, seperti dikutip Imam ash-Shan’ani,”Sanadnya lemah...” (Subulus Salam IV/77)..Imam ash-Shan’ani menerangkan sebab kelemahannya adalah identiti tuan (syaikh) yang tidak diketahui (majhuul). (Subulus Salam IV/77)...Oleh kerana itu, hukum landak kembali pada hukum asal benda,iaitu mubah..Inilah hukum yang diyakini sebagai hukum asal..Sedang dalil hadis di atas, kesahihannya diperselisihkan di antara para ulama. Jadi, dalil yang mengharamkan landak masih diragukan...Dalam keadaan demikian, berlakulah kaedah fiqih yang masyhur,”al-yaqiinu laa yuzaalu bi al-syakk.” (sesuatu yang yakin tidak dapat dihilangkan dengan sesuatu yang diragukan).(Imam as-Suyuthi, al-Asybah wa an-Nazha`ir, hal. 37)...

~ Artikel nih adalah respon penulis kepada member2 penulis yang menangkap dan menggulai landak untuk dimakan baru2 ni...biasa arr kalau musim soifi mmg kuar landak2 nih...


No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...