Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Tidak lama sebelum ini kita telah digemparkan sebuah akhbar dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks. Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).
Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu memuaskan hati dan nafsunya sendiri...semuanya adalah kerana kejahilan dan penyakit hati..penyakit bagi hati ialah kerana tiadanya ilmu dan hidayahilmu agamalah yang memandu manusia kearah kesejahteraan..tetapi ada juga orang yang kurang atau tersangat sedikit ilmu agamanya tapi mendakwa dirinya terlalu hebat dalam agama hingga ada yang sanggup menjual ilmu agamanya samada dalam sedar ataupun tidak..semoga Allah sentiasa menunjuki kita kejalan yang lurus..dan semoga kita semoga menjadi insan yang sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.
hehehe...maaf dipinta..tuan blog tidak berniat utk membuatkan pengunjung dan pembaca2 sekelian berasa loya atau muntah..tetapi dengan niat utk menjelaskan kemorosotan nilai2 moral dan syaksiah dalam diri manusia akhir2 zaman ini..disebabkan kejahilan dan tidak mengamalkan ajaran islam yg sebenar...
Dilahirkan di daerah Gua Musang pada tahun 1980, pendidikan awal di Maahad Muhammadi Gua Musang hingga 1999, seterusnya melanjutkan pelajaran untuk Ijazah sarjana muda dalam bidang Syariah pengkhususan Feqh Wa Ushul di Universiti Mu'tah, The Hashemite Kingdom of Jordan. Kini menjawat jawatan sebagai guru pelatih j-QAF di SK Pasir Linggi, Gua Musang dengan mengajar subjek Major Bahasa Arab tahun 1-5 dan subjek Minor Al-quran tahun 2 dan 3. Merupakan seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang tampan dan dengan kudrat yang ada bercita-cita untuk mati dalam syahid memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini. Insya'Allah...
Palestin...kini... Menyusur arus hebatnya sengsara... Segalanya hilang sekelip mata... Pusaka yang besar tak ubah penjara... Ditarah kejam bangsa haloba... Pembunuh nabi-nabi dan para anbiya... Dilaman sendiri merintih merana... Simpati ditagih,menunggu harapan berbunga...
Dihinanya mereka dimanakah kita... membatu diri meninggi kepala... Saban hari bergelak ketawa... Masih bermimpi melayani lena...
Ayuhlah bangkit rakanku muslimin... Ayuhlah bersatu saudaraku mukminin... Berpaling wajah kebumi islam Palestin... Mendepani usaha bersama segagah mungkin... Demi mempertahankan islam,tonggak Ad-din... Menyambung amanah tinggalan Solahuddin...
Teman-teman,sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku... Tidaklah sempurna iman yang terletak didadamu... Menutup mata,mengunci bibir,hati membatu... Dari bersama barisan saudara-saudara seislammu... Melainkan berkasih-kasihan kerana Allah yang satu...
karya dan hasil sajak oleh: -= mohd affendi bin mat zin=-
2 comments:
nak muntah tgk. lps nih tanak g blog nih dah....
hehehe...maaf dipinta..tuan blog tidak berniat utk membuatkan pengunjung dan pembaca2 sekelian berasa loya atau muntah..tetapi dengan niat utk menjelaskan kemorosotan nilai2 moral dan syaksiah dalam diri manusia akhir2 zaman ini..disebabkan kejahilan dan tidak mengamalkan ajaran islam yg sebenar...
Post a Comment