Monday 30 June 2008

Ustazah marahkan Tok Guru...

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim hari ini menyelar tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengharamkan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi Isnin lalu.

“Adalah tidak wajar tindakan MPKB-BRI mengharamkan pemakaian gincu dan tumit tinggi" rungut Ustazah Mashitah Ibrahim.

Sementara itu pula, Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham menjelaskan surat pekeliling bertarikh 25 Mei itu tidak mempunyai kaitan dengan risalah 'MPKB-BRI Cakna Anak Muda' yang memaparkan etika berpakaian wanita muslimah walaupun ia dikepilkan bersama ketika diedarkan.

"Surat pekeliling dan risalah itu tiada kaitan. Memang MPKB-BRI ada mengeluarkan surat pekeliling meminta peniaga Islam tidak kira lelaki atau wanita menutup aurat sementara peniaga bukan Islam berpakaian sopan tetapi ia merupakan arahan yang dikeluarkan setiap tahun sejak tahun 2002 lagi.

“Dalam Islam sendiri turut menyatakan apa yang kita pakai adalah kerana ketakwaan kita kepada Allah.” - kata Ustazah Mashitah Ibrahim.

lihat beritanya disini

2 comments:

Nasuha said...

apa kate pakcik sekeh dio?

Abu Tholhah said...

olosss..buleh sgt jah nii..hahaha

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...