Monday 30 November 2009

Bantuan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim


Assalamualaikum wbt.

Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih...
~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

Tuesday 24 November 2009

2 Nabi Allah....antara KORBAN dan PENGORBANAN...

Masa berlalu dengan cepat...aku rasa baru je lepas raya korban,sekarang ni raya korban lagi...pejam celik-pejam celik,cepat sengoti masa berlalu...

Dan sekarang ni manusia berbondong-bondong untuk menjadi tetamu Allah di tanah haram al-mukarramah dengan tujuan utk mencari KEREDHAAN Allah...kepada kawan2ku yang sedang berada disana,carilah redha Allah sebanyak yang mungkin...aku doakan antum semua semoga antum mendapat HAJJAN MABRUURAN,WA SA'YAN MASHKUURAN,WA ZANBAN MAGHFUURAN...mudah2an..Amin..sesungguhnya antara nikmat yang paling besar ialah menjadi TETAMU Allah dibumi sana...

Title untuk entry aku kali ini ialah 2 orang nabi Allah, (Ibrahim as dan Ismail as) antara korban dan pengorbanan....KORBAN yang melibatkan 2 nabi Allah disini ialah nabi Ismail sendiri yang disuruh oleh Allah swt untuk diKORBANkan oleh bapanya nabi Ibrahim....pengorbanan disini pula ialah pengorbanan nabi Ibrahim sendiri yang sanggup utk berkorban menyembelih anaknya Ismail disebabkan KEPATUHAN TOTAL kepada Allah....walhal beliau berpuluh-puluh tahun menanti masa untuk mendapat seorang anak melalui isterinya Hajar...walaupun lama menunggu untuk mendapat anak,bila dah dapat, Allah swt perintahkan pula nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail dan nabi Ismail sendiri juga sanggup disembelih bahkan mencadangkan kepada bapanya Ibrahim supaya menyegerakan perintah Allah...dan kerana KEPATUHAN yang tinggi kepada Allah juga,mereka berdua berjaya untuk menunaikan perintah Allah walaupun dihasut oleh Syaitan laknatullah untuk menyelesaikan tugas tersebut...Cuma Allah swt sendiri menghalangnya disaat akhir dan menggantikannya dengan seekor kambing...pengorbanan kedua2 nabi ini sebenarnya dibalas lagi dengan nikmat yang lain....nikmat yang paling besar sekali disini ialah KEREDHAAN Allah kepada mereka disamping nikmat sembelihan hadiah dari Allah swt...

Besarnya ibadah ini sebagai lambang PENGABDIAN dan KEPATUHAN kepada Allah hinggalah disebut didalam Al-quran surah As-saaffat 37:107 yang bermaksud :" Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar"...hikmah disini ialah ketaatan, kepatuhan dan keikhlasan,Allah gantikan dengan nikmat yang LEBIH BAIK.....peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan KORBAN pada hari raya haji dan hari tasyrik....jika nabi Ibrahim sanggup untuk mengorbankan anaknya dengan sembelih demi Allah taala,mengapa kita susah untuk berkorban dalam agama kerana Allah??kata2 ini juga ditujukan kepada diriku agar menjadi muslim yang lebih baik dan penuh taat kepada Allah Azza wa jalla...

Berbalik kepada ibadah korban di negara kita Malaysia tercinta...Pada kelazimannya di negara kita hari raya Haji diraikan tidaklah semeriah meraikan Aidilfitri, kerana hendak meraikan Aidilfitri orang kita sanggup berbelanja BESAR dan berhabis-habisan dan persediaan pun dibuat lebih awal. Tetapi tahukah kita bahawa kedudukan Aidiladha itu LEBIH BESAR dan lebih tinggi daripada Aidilfitri...maka jika kita sanggup berbelanja besar pada Aidilfitri, kenapa pula kita tidak sanggup berbelanja pada Aidiladha, terutamanya menyertai ibadat korban yang menjanjikan pahala yang begitu besar di sisi Allah Subhanahu Wataala....
main2 plak dia ni dengan aku,kena tendang kat pusat baru tau!!

Mari kita berkongsi ilmu...sebuah hadis nabi tentang kemuliaan ibadah korban,riwayat dari Aisyah Radiallahuanha, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."...

Berdasarkan pengalaman aku di Malaysia, ketika ibadah korban dilakukan, ada seorang sebagai ketua keluarga mengagihkan-agihkan sembelihan korbannya kepada anak-beranaknya dibawah tanggungannya dan siap dibawa pulang dirumah untuk dijadikan hidangan makan bersama keluarganya sedangkan dia sendiri menyatakan bahawa korbannya tadi adalah kerana korban nazar....

Hukum berkorban adalah SUNAT MUAKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut...Tetapi akan menjadi WAJIB jika seseorang itu bernazar hendak berkorban...Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian berhubung dengan korban wajib (nazar) dan korban sunat ini, antaranya daging korban yang wajib tadi hendaklah disedekahkan keseluruhannya termasuklah kulit dan tanduk binatang itu dan HARAM hukumnya bagi orang yang berkorban wajib dan orang yang di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut...Sekiranya orang yang berkorban wajib dan orang-orang di bawah tanggungannya memakan sesuatu daripada korban yang wajib itu, maka wajib ke atasnya MENGGANTIKAN dan menyedekahkannya...

Manakala daging korban sunat pula, wajib disedekahkan sebahagian daripada daging tersebut dalam keadaan mentah kepada fakir miskin, dan sunat bagi orang yang berkorban memakan sedikit daripada daging korban sunatnya dan selebihnya terserahlah sama ada untuk disedekahkan atau dimakannya atau dijadikan jamuan...Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hajj tafsirannya: "Makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." ayat 28...

Adapun cara yang lebih afdal bagi pembahagian daging korban sunat ialah kesemua daging itu disedekahkan kepada fakir dan miskin, kecuali sedikit (kadar beberapa suap) diambil untuk mengambil berkat. Diharuskan juga daging itu dibahagikan tiga iaitu 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin, 1/3 dihadiahkan kepada bukan fakir dan miskin, dan 1/3 untuk dimakan oleh orang yang berkorban...
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 36 yang tafsirannya: "Makanlah sebahagian daripadanya, dan berikanlah bahagian yang lain kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta."...

Perlu diingat bahawa daging korban sama ada wajib ataupun sunat adalah haram disedekahkan atau dijual kepada orang kafir, sama ada yang memberi dan menjual itu orang yang berkorban atau fakir miskin yang menerima sedekah atau orang kaya yang diberi hadiah daging itu. Tetapi jika fakir miskin yang menerima sedekah daging itu menjualnya kepada orang Islam, maka adalah harus dan sah hukumnya. Akan tetapi jika daging korban yang diberi kepada orang kaya sebagai hadiah lalu dijualnya, maka hukumnya adalah haram. Manakala kulit, tanduk dan bulu binatang tersebut adalah haram dijual oleh orang yang berkorban, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesiapa yang menjual kulit korbannya, maka tiada dikira baginya korban."...

Daging korban tidak boleh dipindah ke negara lain, ia hendaklah disedekahkan di negara tempat ia berkorban itu sahaja. Bagi orang yang menyembelih pula, haram diberikan kepadanya daging korban dengan niat sebagai upah menyembelih, tetapi adalah harus sekiranya diberikan sebagai sedekah atau hadiah...
bila diorang nak semelih aku nih?!

Perlu diingat juga bahawa bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah dan tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu berupa kulit, hati, tanduk dan seumpamanya...Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak, kemudian dihidangkan kepada orang yang fakir dan miskin, kerana HAK fakir dan miskin itu BUKAN pada makan daging tersebut, tetapi adalah MEMILIKI daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak...

Memandangkan hukum berkorban itu sunat muakkadah dan mempunyai banyak kelebihan, maka rebutlah peluang seumpama ini dengan memahami hukum-hakam yang berkaitan dengannya...Mudah-mudahan ibadat korban kita itu benar-benar menepati hukum syarak dan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarabbalalamin....

sumber : -kitab Soheh Al-Bukhary,syarah Ibnu Hajar Al-Asqolani (hadis 5503-5633)
-manhaj as-saalikiin wataudhiihul-fiqh fid-din,syarah As-syeikh Abdur Rahman Al-jabren
-fataawa al-had'y wal-adhaahi,syarah Abi Abdul Muiz Muhammad Ali
-kitab solat-aleid al-adha,majmuu'ah syarah as-sunnah lil-Baghawiy
-Tafsir Al-munir karangan Al-ustaz Dr Wahbah Az-zuhaily...
penulis mengucapkan "Selamat HariRaya Aidil-Adha" kepada semua,terutama seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan amnya dan kawan2 di Mu'tah khasnya....Salam lebaran, MAAF ZAHIR & BATIN.....uhuks!

Saturday 21 November 2009

Makin banyak aku belajar, makin aku rasa tak tahu....


Semakin banyak perkara yang aku pelajari, semakin aku rasakan banyak benda yang belum aku ketahui!

Ketika menelaah buku2, kadang aku merasakan sudah cukup bagus pemahaman aku. Tapi setiap kali aku meminta teman2 membuat khulasah/penerangan, aku merasakan yang aku masih ditahap budak kecil dan masih banyak kekurangan dan harus belajar lebih jauh lagi. Dan kadang2 bila aku menuliskan beberapa posting, aku rasa dah cukup bagus dan berpuas hati dengan entry yang aku publishkan…tapi bila tengok pada posting rakan2, ternyata apa yang saya tulis tidak ada apa-apanya. Lebih banyak yang jauh lebih bagus lagi, baik tulisan maupun idenya…

Sama seperti seketika kita melihat pasir-pasir yang ada di depan laman rumah, kita merasakan pasir itu sangat banyak. Kalaulah disuruh menjumlahkan biji2 pasir tersebut, tak mungkin dan tidak mampu untuk membilangnnya. Tapi kalau kita berusaha memerhati keluar, kita akan melihat gegunungan pasir-pasir termasuklah yang ada di pantai . Maknanya pasir di halaman rumah kita tak ada apa-apanya....

Demikianlah kita sebagai manusia, seringkali/kadang2 kita merasakan bahawa kita lebih dari orang lain. Kemudian timbul kesombongan di dalam diri kita. Kalaulah nak direnungkan, apa sangat yang kita nak sombongkan sebagai manusia…padahal dari segi hakikatnya. Kita sendiri memerlukan sesuatu yang tidak ada pada diri kita dan memerlukan oranglain untuk meng’complete’kan hidup kita… Satu hal yang aku sendiri sedar adalah, semakin banyak kita belajar sepatutnya akan mengajarkan kepada kita untuk berasa lebih rendah hati lagi…semakin banyak kita belajar, semakin tunduk kita kepada Allah swt… Dengan belajar akan membuat kita semakin sedar ternyata masih banyak hal yang belum kita ketahui lagi…

Hinggalah timbul sesuatu perasaan yang menyentak dibenak kita, Ha’ah betul jugak yea??...Ha’ah yeeelah!...Kita akan malu sendiri kalau sebelumnya kita sudah merasakan dah banyak yang perkara yang kita ketahui…Tapi hakikatnya berbanding dengan segala ilmu2 Allah yang Maha Besar, tak sampai setengah butir pasirpun ilmu kita berbanding pasir2 dibumi Allah ini…sungguh hinanya manusia yang dah merasakan sombong dan bongkak dengan ilmunya yang sedikit…Nauzubillahi min zaalik...

~~Teringat aku pada pesanan yang amat ringkas tapi nilainya tinggi: “Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad…”

Wednesday 18 November 2009

Kisah Ketam Kawan Kodok.....(kesemuanya K)


Ketam ketip kuku kakinya...Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut...kakakku kata, kalau kukuku kelurut,kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan....Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa,"Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok...kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kata, "Kelakar...." "Kelakar ke kurang Kesopanan?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat... "kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok! Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku?Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok....

~~karangan karya keluaran kak ketty (karangkraf)....
~~komenku: kenangilah kawan kita...kerana "kawanlah"
keluarga kedua kita....

Saturday 14 November 2009

Pencuri Dalam Solat...

Hari khamis baru2 ni adalah kali pertama dalam semester ni aku gi solat di Masjid Besar Al-Hussien,masjid yang terletak didalam kawasan jamiah...sebelum ni jika habis kelas atau ditengah2 perantaraan antara kelas ke kelas yang lain, aku hanya bersolat di surau Syariah, surau Adab, dan kadang2 diruang solat dibangunan Syu'un Tolabah...

Seketika aku menunaikan solat zohor bersama pelajar Arab (dari Saudi), beliau menjadi Imam dan kami ketika itu 3 orang...2 arabiy dan sorang malizi...Aku sendiri tak pasti samada aku khusyuk ataupun tidak...(mungkin tak khusyuk kot,sebab tu aku boleh menulis pasal hal ni...hehehe)

Masakan tidak solat aku terganggu kerana solat itu umpama solat ekspress...terlalu laju...dan aku hampir2 hendak memufaraqahkan diri aku (keluar dari saf solat) dan melakukan solat bersendirian atau menunggu jemaah lain...ini kerana rukuk dan sujud imam tersebut seperti kelajuan ayam mematuk bertih jagung...laju! Disebabkan aku makmum,aku tetap berusaha mencukupkan tomakninah ku kerana aku khuatir solatku tidak diterima.....

Didalam hadis nabawi, rasulullah saw melarang keras orang2 yang bersolat dengan laju...kerana takut tertinggal tomakninah dan lain2...bukankah tomakninah itu termasuk satu rukun?? jika tertinggal RUKUN,solat menjadi tidak sah...

kenapa kita boleh meluangkan masa yang lama dengan aktiviti2 lain tetapi kita tak mampu bahkan memendekkan lagi waktu solat kita..??bukankah waktu ketika bersolat itu adalah lebih penting dari pekerjaan lain kerana diwaktu itu kita sedang menghadap dan bermunajat kepada Tuhan pencipta yang maha Agung??

oleh kerana itu mesti setiap dari kita berusaha untuk meninggalkan segala kesibukan duniawi dan menghadapkan wajah kita kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tunduk mengharapkan keredhaan-Nya, akan tetapi banyak diantara kita yang merasakan hilangnya atau berkurangnya khusyuk dalam solat kita, dan hal itu dipengaruhi oleh banyak faktor, diantaranya adalah:

- Kerana kita tidak memahami makna bacaan dan doa-doa yang ada dalam solat...

- Tidak merenungi isi dan kandungan solat kita...

- Banyaknya beban fikiran atau urusan yang belum diselesaikan ketika kita hendak melakukan solat...

- Tidak menghadirkan hati dan jiwa kita ketika mulai takbiratul ihram sehingga fikiran kita melayang kemana-mana dan memikirkan hal-hal diluar solat...

- Tidak menghadirkan kesedaran kita bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah swt yang Maha Agung...

- Disamping itu kita juga sering tidak Tomakninah (tenang) dalam melakukan solat, padahal itu termasuk kesalahan besar yang disebut oleh Rasulullah saw, sebagai pencurian, bahkan pencurian terbesar adalah pencurian dalam solat. Rasulullah saw bersabda:

(( أَسْوَأُ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِيْ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ؟ قَالَ: لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهَا وَلاَ سُجُوْدَهَا ))

Maksudnya : “Sejahat-jahatnya pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya", sahabat bertanya: “Bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Beliau menjawab: "(Ia) tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya"...

Meninggalkan toma’ninah, tidak meluruskan dan merehatkan punggung sesaat ketika rukuk dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari rukuk serta ketika duduk diantara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar kaum muslimin.

Bahkan boleh dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak toma’ninah dalam solatnya.

Toma’ninah adalah rukun solat, tanpa melakukannya solat menjadi tidak sah. Ini adalah persoalan yang sangat serius. Rasulullah saw bersabda:

(( لاَ تُجْزِئُ صَلاَةُ الرَّجُلِ حَتَّى يُقِيْمَ ظَهْرَهُ فِي الرُّكُوْعِ وَالسُّجُوْدِ ))

“Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika rukuk dan sujud “...

Tak diragukan lagi, ini merupakan suatu kemungkaran, pelakunya harus dicegah dan diperingatkan akan ancamannya.

Abu Abdillah Al Asy’ari telah berkata: “(suatu ketika) Rasulullah saw solat bersama sahabatnya, kemudian beliau duduk bersama sekelompok dari mereka. Tiba-tiba seorang laki-laki masuk kedalam masjid dan berdiri menunaikan solat. Orang itu rukuk lalu sujud dengan cara mematuk, maka Rasulullah saw barsabda:

(( أَتَرَوْنَ هَذَا؟ مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلىَ غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلاَتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ، إِنَّمَا مَثَلُ الَّذِيْ يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِيْ سُجُوْدِهِ كَالْجَائِعِ لاَ يَأْكُلُ إِلاَّ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ فَمَاذَا يُغْنِيَانِ عَنْهُ ))

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?, barang siapa meninggal dunia dalam keadaan seperti ini (solatnya), maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad (islam)... Ia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana ia boleh merasa cukup (kenyang) dengannya". [5]

Zaid bin Wahb rahimahullah berkata: "Hudzaifah pernah melihat seorang laki-laki tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, ia lalu berkata: "Kamu belum solat, seandainya engkau mati (dengan membawa solat seperti ini), niscaya engkau mati di luar fitrah (Islam) yang sesuai dengan fitrah diciptakannya Muhammad saw".

Orang yang tidak thuma’ninah dalam shalat, sedang ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solat yang dia lakukan tanpa thuma’ninah pada masa-masa lalu. Ia tidak wajib mengulangi solat-solatnya di masa lalu, berdasarkan hadis:

(( ِارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ))

“Kembalilah, dan solatlah, sesungguhnya engkau belum solat"...
DAGAIMANA CARA KITA UNTUK DAPAT KHUSYUK DAN TOMAKNINAH?

Ada beberapa cara yang mungkin kita boleh praktikkan agar kita mampu perolehi khusyuk dalam solat kita, dan bisa merenungi makna dan kandungan doa-doa kita dalam solat, serta menjauhkan godaan dan bisikan syaitan yang kerjanya merosakkan solat kita, hal-hal tersebut diantaranya adalah:

1. Merasakan keagungan Allah dan menghadirkan segenap perasaan kita ketika hendak atau sedang melakukan solat. Ketika kita mengatakan " الله أكبر " (Allah Maha Besar), maka dibenak kita tidak ada yang lebih besar dari-Nya, dan meninggalkan seluruh urusan duniawi dibelakang kita...Oleh yang demikian,ketika kita solat hendaknya kita memberikan tumpuan penuh untuk menjaga kesinambungan hubungan kita dengan sang Pencipta dan terus berusaha untuk memahami dan menyedari doa dan bacaan-bacaan yang kita bacakan semasa solat.

2. Mengikhlaskan niat hanya untuk Allah semata. Karena semua amal perbuatan kita tergantung kepada niatnya.

3. Memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah, kerana dengan banyak beristighfar hati kita akan bersih dan tenang, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau beristighfar dalam sehari semalam tidak kurang dari tujuh puluh kali.

4. Meninggalkan maksiat. Karena ia menyebabkan keresahan dan meninggalkan noda didalam dihati.

5. Memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan godaannya.

6. Banyak berdoa kepada Allah, kerana ia adalah senjata bagi setiap muslim, mohonlah agar dimudahkan untuk menjalani ketaatan kepada-Nya dan dijauhkan dari fitnah dan pelbagai dugaan yang nampak mahupun yang tidak nampak..

Jadi untuk mengelakkan ibadah kita menjadi sia-sia,samal-samalh kita mejaga solat kita daripada menjadi rosak dan sia-sia...Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti diatas dengan kutukan bahawa mereka akan celaka... Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri? Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung...
Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan...
Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya...
~~Teringat kata2 seorang penceramah bebas terkenal, Solat umpama bayaran tol ke syurga...tak bayar tol tak dapat masuk lebuhraya, tak solat tak boleh masuk masuk syurga...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...