Thursday 10 July 2008

Hukum Wanita Hamil...

Selepas artikel bab 'masalah zihar isteri..yang banyak berlaku tanpa disedari' yang telah penulis 'entry'kan baru2 ini..kali ini penulis akan memasukkan pula hal berkaitan hukum bagi wanita yang hamil..iaitu hukum solat,puasa,hukum talaq,masalah fiqiah dan fatrah bagi wanita hamil..

Hukum Solat bagi yang hamil :
  • Wajib menunaikannya setiap waktu sepertimana wanita yang tidak hamil.
  • Sekiranya sebelum bersalin lima atau tiga hari pada bulan Ramadhan,ada tanda-tanda sakit maka darah itu dihukum 'darah nifas'. Tetapi jika tiada tanda-tanda,ia dihukum 'darah istihadhah'.
*Darah nifas ialah: Darah yang keluar daripada perempuan yang mengiringi anak (sewaktu melahirkan anak.)
*Darah istihadhah ialah: Darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada didalam farj (hampir dengan rahim) perempuan,dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga keluarnya darah nifas. Darah istihadhah ini menyebabkan terbatalnya wuduk (air sembahyang) tetapi tidak mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar) dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat,puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah tadi mengerjakan segala amalan yang difardhukan itu seperti biasa. Cuma sebelum berwuduk maka hendaklah ia membasuh farjnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.

Hukum Puasa bagi wanita hamil:
  • Wajib mengqada' sekiranya takut mudharat pada dirinya sendiri,tetapi jika khuatir pada dirinya dan anak yang dikandungkan,wajib qada' serta beri makan kepada fakir miskin setiap hari dengan jumlah yang telah ditentukan.
  • Perempuan yang bersalin pada bulan ramadhan dan tidak sempat qada',kemudian menyusukan anaknya kemudian hamil lagi,maka wajib puasa tanpa fidyah kerana ada keuzuran.
  • Wajib keatas wanita yang bersalin berpuasa apabila suci daripada darah sebelum cukup 40 hari. Begitu juga dengan solat dan jimak.
Hukum Talaq:
  • Wanita yang ditalaq ketika hamil,iddahnya sehingga dia melahirkan anak. Bagi yang tidak hamil,maka iddahnya 3 quru' iaitu 3 kali suci.
  • Bagi wanita yang suaminya meninggal dunia ketika dia sedang hamil,maka iddahnya juga dikira sehingga dia melahirkan anak.
Masalah Fiqiah:
  • Jika darah yang keluar adalah berwarna kuning keruh ketika nifas sepanjang 40 hari,maka hukumnya adalah darah nifas. Dan sekiranya darah biasa berlarutan selepas itu dan tidak putus-putus,maka ia tetap dikira darah nifas. Tetapi jika sebaliknya,maka ia adalah darah istihadhah.
  • Jika wanita yang bernifas suci pada waktu asar,maka dia wajib qada' solat asarnya sahaja kerana tiada dalil yang mewajibkan dia perlu qada' solat zohor.
  • Hukum orang yang bernifas sama sahaja dengan orang yang dalam keadaan haid. Hanya ada beberapa perbezaan tertentu di antara kedua-duanya.
  • Perempuan yang tidak keluar darah ketika bersalin sehingga selepas 15 hari atau lebih,kemudian keluar darah,maka darah tersebut dikira darah haid.
*Pendapat 1: Sekiranya keluar darah 1 jam atau sehari atau beberapa hari selepas bersalin,maka darah itu adalah darah nifas. Kemudian suci 15 hari atau lebih,maka fatrah itu adalah fatrah suci. Kemudian keluar pula darah 1 hari 1 malam atau lebih,maka ia dihukum sebagai darah haid.
*Pendapat 2: (Pendapat masyhur dan qat'ie) Kedua-dua darah itu adalah darah nifas. Maka fatrah 15hari itu adalah fitrah.
  • Keguguran anak atau janin samada bayi yang dilahirkan itu mati atau seketul daging,maka yang keluar itu dihukum darah nifas.
  • Hukum pembedahan bagi wanita yang mengandung,jika ia tidak melihat sebarang darah sebaik sahaja bersalin,maka dikira sebagai suci.
  • Jika anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan kering,maka ibunya wajib mandi kerana bersalin membayangkan adanya nifas yang mewajibkan dia mandi.
Fatrah Hamil:
  • Iaitu sekurang-kurangnya 6 bulan. Tetapi kebiasannya 9 bulan.
  • Darah yang keluar ketika hamil mengikut Imam Syafei dan Maliki adalah dikira darah haid. Manakala mengikut Imam Hanafi dan Hambali ianya dikira darah istihadhah.
  • Darah yang keluar ketika sakit dan hamil sekiranya cukup fatrah haid sehari semalam ataupun 15hari 15malam,adalah dikira darah haid. Dan sekiranya tidak cukup fatrah itu,maka ia dikira darah istihadhah.

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...