Monday 30 June 2008

PilihanRaya KMKJ...

Pada 27 April 2008..telah berlangsungnya pilihanraya KMKJ (Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan) di Dewan Abu Ubaidah di Al-albayt University, Mafraq, Jordan..Dalam hari yang sama dan masa yang sama juga berlangsungnya mesyuarat Agung KMKJ tahunan kali ke-13 yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 4.45 petang dan dirasmikan oleh En. Sulaiman Bin Ismail,Pengarah MSD (Malaysian Student Department) yang mewakili kedutaan Malaysia di Jordan...

Sebelum itu penulis diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai pengarah SPR (suruhanjaya pilihanraya) utk KMKJ pada tahun ini..dan alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekurangan dan beberapa masalah yang timbul..biasalah kan,adat dan fitrah dunia..semua kerja kita kena berusaha untuk menjadikan ia mudah dan senang untuk dilaksanakan..dan bila hendak melakukan kerja2 yang diamanahkan,tidak dapat tidak kita akan melalui sesuatu rintangan dan cabaran..rintangan itulah yang dikatakan masalah yang perlu kita hadapi..dan semua kerja2 yang hendak dilaksanakan itu memerlukan usaha dan pengorban yang bukan sedikit...

Antara bidang2 tugas dan gerak kerja SPR yang penulis jalankan ialah menyediakan pekeliling berkenaan bidang kuasa SPR mengikut perlembagaan persatuan kepada ahli,tugas am suruhanjaya,melantik setiausaha spr,bendahari dan juga AJK untuk melicinkan lagi gerak kerja dalam SPR demi kemaslahatan KMKJ dan ahli...penulis juga telah mengeluarkan dan mengedarkan peraturan umum penamaan calon yang mengandungi peraturan dan syarat2nya,peraturan atau prosedur pengundian serta syarat2nya,peraturan untuk berkempen,perkara2 yang merosakkan undian dan lain2...dan alhamdulillah beberapa hari kemudian,beberapa hari kemudian penulis dan beberapa AJK telah berjaya mengeluarkan senarai nama yang layak dicalonkan serta calon2 yang telah ditapis setelah dipilih oleh ahli untuk diundi semasa hari yang sama berlangsungnya mesyuarat agung tahunan KMKJ yang turut disediakan kerusi panas iaitu kerusi untuk Yang Di-Pertua dan Timbalan Ypah..dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa apa2 gangguan dan masalah teknikal...

Dan dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan berbanyak2 penghargaan dan terima kasih penulis kepada timbalan pengarah Widad bte Ma',setiausaha ust Che Shihabuddin,bendahari ust Abdul Hayyie,AJK mantiqah Mu'tah Ust Ridzuan Mohd Nor,Ustzh Rashidah Bt Salleh,AJK mantiqah Irbid Ust Mohd Shakir Zahari,Ustzh Nik Mujahidah Solihah Nik Mohd Nor,dan AJK mantiqah Mafraq Ust Azrul Khairul Hussain...serta bekas Ydpah sesi lepas ustzh Nor Hidayu,ust Faaiz Abd Aziz,Mohd Fikri Mohamad yang membantu dan menemani penulis di Mafraq,serta individu2 lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak..terima kasih penulis rakamkan...

~kerja dalam bentuk bersama lebih bagus dan baik berbanding kerja yang hanya menggunakan satu kepala...Thanks 4 all..

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...