Sunday 10 August 2008

Masalah dalam Masalah...

Masalah dalam masalah...Apa masalah sebenarnya?Masalah yang aku nak introkan kali ini adalah masalah orang yang sememangnya bermasalah..Tapi apa masalahnya?Masalahnya akan aku coretkan kat bawah ni nanti...

Masalah yang aku nak timbulkan disini ialah masalah berkenaan pemahaman tentang ibadat asas yang difahami oleh sesetengah masyarakat melayu islam kita yang kurang pemahaman tentang ibadat dalam islam tetapi berlagak seperti alim ulamak yang mengetahui pelbagai hukum hakam...Bagi aku kalau seseorang itu kurang pengetahuan mengenai ibadat umum atau ibadat asasnya,itu adalah berlambak dan dianggap fenomena biasa yang dimestikan/diwajibkan oleh orang-orang yang alim untuk menjelaskan bagi menjadi panduan untuk orang tersebut untuk meningkatkan pemahamannya tentang ibadah apatah lagi untuk melaksanakan ibadah tersebut...
Cuma yang menjadi masalahnya sebagaimana yang aku nak berkongsi disini ialah orang yang kurang pemahamannya tetapi susah untuk diajar kerana mengganggap dirinya sudah 'pakar' dan 'alim' dalam pelbagai masalah agama lebih-lebih lagi dalam masalah berkaitan ibadah...

Dalam minggu lepas,aku telah bertemu dengan Pak Haji yang aku kenali dalam beberapa hari sebelumnya..kiranya ini adalah kali kedua aku bertemu dengannya..kali pertama aku bertemunya dikampung pinggiran bandar dan kali kedua aku ditakdirkan bertemu lagi tetapi kali ini pertemuan di bandar...ketika pertemuan kali yang kedua ini kami banyak bercakap dan membincangkan pelbagai isu yang termasuk masalah berkaitan persekitaran sosial,rumahtangga dan paling banyak masalah berkaitan agama...

Suatu hal yang mengejutkan aku ialah ketika aku hendak melakukan solat zohor ditengah2 kerancakkan aku berbual2 dengan pakcik yang menjangkau usia 50-an ini,ketika aku hendak melaksanakan kewajipan bersolat zohor ditengah2 kesibukan bandar,tiba2 pakcik yang aku gelar pak haji ini memberitahuku,buat apa nak bersolat zohor lagi kalau kita ada kerja dan sedang berada ditengah2 bandar ini?kita boleh tunaikan solat zohor dalam waktu asar,katanya...aku hanya memandang wajah pak haji tadi dengan seribu kekerutan pelik..kenapa pak haji ni berkata demikian?nak kata bermusafir tak jugak sebab aku tahu dari mana pakcik ni datang dan dia sendiri bagitau semasa berbual yang dia sampai ke bandar dari rumahnya bukan dari jarak atau tempat yang jauh..rumah kami kebandar jarak perjalanan pula x sampai 20minit..
Disebabkan pak haji berkata demikian maka aku pergi bersendirian ke sebuah masjid yang terletak ditengah2 bandar yang tersohor dengan panggilan masjid keling atau masjid tambi..aku pergi bersendirian dengan penuh persoalan yang bermainan dikotak fikiran aku...

Selesai aku solat,aku kembali semula ke tempat kami mula2 bertemu dan aku dapati pak haji masih lagi disitu..dan aku cuba bertanya dengan penuh hati2 kerana bimbang hatinya akan terluka dengan terjahan soalan2 aku kenapa pak haji tersebut tidak menunaikan solat zohor dalam waktu zohor sebaliknya hanya akan tunaikan solat zohor dalam waktu asar..kenapa dan mengapa?jawapan diberikan pak haji tadi cukup simple,boleh buat solat zohor dalam waktu asar sekiranya kita sibuk,ada urusan atau kerja dan sebagainya...ada pulak cenggitu...dan lebih mengejutkan kata pak haji tadi,solat zohor yang hendak dilaksanakan dalam waktu asar mestilah dilaksanakan 2 rakaat sebelum solat fardhu asar dan 2 rakaat juga selepas solat fardhu asar!otakku tersentak sebab tak pernah aku terbaca dalam mana2 mazhab yang membolehkan ummat berbuat begitu hatta mazhab2 lain selain mazhab 4...dan ketika betul2 dalam waktu asar,memang inilah yang dilakukan oleh pak haji tersebut...dilakukannya 2 rakaat sebelum solat fardhu asar dan 2 rakaat lagi selepas solat fardhu asar sebagai solat zohor yang tidak dilaksanakannya dalam waktu zohor...aku menyaksikannya dengan mata kepalaku sendiri!

Dan dakwa pak haji lagi yang baru sekali menunaikan haji yang dia terlalu yakin yang hajinya telah diterima oleh Allah swt dan dia mendakwa bahawa setiap orang yang telah menunaikan haji dan pulang ke Malaysia jika tidak memakai kopiah putih akan berdosa!....masya'Allah..mazhab mana ni pak haji...aku tanya kenapa berdosa pak haji?jawabnya,berdosa sebab orang yang sudah naik haji mempunyai darjat yang lebih tinggi dari orang biasa yang belum pergi haji dan selagi tidak memakai kopiah putih selepas menunaikan haji selagi itulah dia berdosa termasuk memakai kopiah hitam,biru atau sebagainya yang selain dari berwarna putih...kebetulan aku ketika itu berkopiah hitam!aduh pak haji ni...sapa la yang mengajar pak haji camni...

Satu lagi bab solat ialah dakwaan pak haji ini bahawa solat subuh hanya sah dilakukan pada mula2 masuk waktu subuh sahaja atau terus dilakukan selepas selesainya azan,jika seseorang tidak melaksanakan solat subuh pada tepat waktu itu,ataupun hanya melakukannya pada pukul 6pagi atau 6.20 pagi maka solat tersebut dianggap pak haji tadi sebagai tidak sah...aduh pak haji oh pak haji...aku bertanya,macamana dengan orang yang tak sedar ketika azan dan hanya tersedar pukul 6.15pagi?dijawab pak haji,kalau dia bersolat pun solatnya tidak sah dan dia akan dikira berdosa atas alasan meninggalkan solatnya dan tidak solat pada tepat waktu...bagi pak haji ini,berlainan pula dengan solat2 lain,jika solat fardhu lain boleh dilaksanakan sehinggalah masuknya waktu solat yang lain..tetapi jika subuh tidak boleh,katanya...oh pak haji...

Dan yang menjadi masalahnya keesokkan hari kemudian selepas aku men'ziarahi'nya ialah bila aku cuba memperbaiki balik pemahaman pak haji tersebut tentang ibadah solatnya,maka awal2 lagi dia mendakwa bahawa dia yang betul dan yang lain semua salah...aku cuba menggunakan beberapa hujah dan dalil untuk menguatkan kataku tapi semuanya tertolak dan dibankang bulat2 oleh pak haji tersebut dengan hujah akalnya...ahh tak puas hati sungguh aku...bukan aku tak puas hati kerana sakit hati atau berdendam dengan pak haji tersebut,tapi aku tak puas hati kerana sehingga kini pak haji itu masih lagi setia dengan pegangannya dan pemahamannya yang salah...dan aku nekad bahawa aku akan cuba ikhtiarkan untuk mengalih serta memperbaiki pemahaman salah pak haji tersebut kepada pemahaman dan pelaksanaan ibadah yang betul,sempurna dan kena dengan syariat islam yang sebenar...

~islam itu mudah...

4 comments:

Nasuha said...

hoho..naseb baik pak haji x kena sekeh..huhu..smoga pakcik bjayo myelesaikan masalah masyarakat dgn sksamo n bijaksano..slamat myambut ramadhan..huhu...

Abu Tholhah said...

buleh jah pakcik nok sekeh...tapi takut makin x dengar kato...huhuu..ore tuo x dengar kato ore mudo...haha

n slamat myambut ramadhan jugak utk wa...

Nasuha said...

mmg la...ore tuo mmg x dgr kato ore mudo pongg..tamboh2 kato budak kecikkk...huaaa

Abu Tholhah said...

warghh kah3...

buke stakat xse dgr kato budok kecikk..tapi siap disekeh lagi sebutir duo...wakakaka

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...