Tuesday 24 February 2009

USTAZ MEMANG BEGITU....

Alhamdulillah selesai kelas hari ini (selasa 24hb feb) sebelum pulang kerumah aku dijemput oleh rakanku yang berasal dari Indonesia untuk sama2 minum di kafe jamiah...dia yang beria-ia nak membelanjakan aku minum, jadi kebetulan perut aku turut mengiakan ajakan tersebut bagi memenuhi kantung perutku yang berkeroncong untuk diisi, lalu aku ikuti rakanku memenuhi ajakannya dan memenuhi juga isi perutku dengan air secawan...air secawan pun jadilah..janji perutku tak meragam kerana dah terlewat utk menerima makanan pagi...

Semasa aku bersama2 rakan indonesiaku bercakap2 mengenai subjek dan apa rancangan yang akan dibuat selepas grade nanti, rakanku ada menceritakan bahawa kebanyakkan ustaz2 yang grade sekarang ni tak sama seperti dulu...maksudnya, ustaz2 atau ustazah sekarang ini banyak yang pulang ke tanahair selepas pengajian masing2 kelihatan lesu dan sunyi akan suara2 mereka didalam masyarakat...itu hanya pendapat beliau dan bukan pendapat aku...dan boleh jadi aku menyokongnya dan boleh jadi tidak...

Tapi yang pasti bagi aku adalah ustaz2 dan ustazah sekarang ni memang ramai yang kelihatan lesu dan tak bermaya untuk sama2 menguatkan usaha dakwah dan pembaik pulihan didalam masyarakat...disamping pembangunan pesat didalam pelbagai bidang termasuk teknologi, sains, ekonomi dan sebagainya, masyarakat masih tetap memerlukan golongan2 seperti ustaz ini yang boleh membawa mereka kearah kemajuan yang seimbang antara duniawi dengan ukhrawi...
tapi mampukah kita ustaz2 dan ustazah sekarang ini menjadi pembina dan jururawat kepada masyarakat dalam pelbagai aliran cabaran dan mehnah tribulasi ini??


Kita tahu siapa DOKTOR, kita tahu siapa JURUTERA, kita tahu siapa GURU, kita tahu siapa PEGUAM. Tapi siapakah USTAZ USTAZAH?? Ustaz ustazah terutama dalam masyarakat melayu tidak didefinisikan dengan jelas...seperti mana jelasnya ahli mantiq mendefinisikan manusia yang jami' dan mani' sifatnya...sekiranya disoal siapa ustaz ustazah, jawapannya masih kabur...tidak seperti profession yang lain...

Pengertiaanya jelas, seseorang tidak akan diiktiraf sebagai Doktor melainkan tamat menjalani "housemanship'...seseorang tidak boleh menggelarkan diri sebagai peguam melainkan dia tamat tempoh "chambering"...seorang akauntan hanya layak disebut akauntan setelah memperolehi AACA...tetapi tidak kepada Ustaz/ustazah...sesiapa sahaja dengan mudah boleh diberi gelaran itu...

Bagi pakcik, makcik, paklong, maklong dikampung, mereka mempunyai pengertian sendiri...Ustaz disisi mereka merujuk kepada siapa sahaja yang belajar agama, terutama di timur tengah...asalkan pernah berada di timur tengah untuk belajar agama maka mereka layak memegang title ustaz setelah pulang...ditambah dengan set kopiah, serban dan jubah yang dipakai, beberapa potong ayat al-quran dan hadis yang dihafal, satu dua fakta sirah yang dibaca, gelaran ustaz akan lebih kuat melekat pada diri ustaz...pendek kata sesiapa sahaja yang pernah dalam hayatnya belajar agama dengan mudah menerima gelaran ini...

Ringkasnya, pemahaman yang ada dalam benak kebanyakkan masyarakat seolah2 tidak membezakan antara ustaz yang banyak bertalaqqi dengan pensyarah dan pengajar dengan ustaz yang banyak bertalaqqi di internet...ustaz yang banyak mengumpul koleksi kitab dengan ustaz yang banyak mengumpul koleksi filem...ustaz yang banyak menziarahi masyaikh dengan ustaz yang banyak menziarahi shopping complex...ustaz yang harinya bermula seawal 5-6 pagi dengan ustaz yang harinya bermula selewat 12 tengahari...ustaz yang letih tidak cukup tidur menelaah dengan ustaz yang letih dengan sebab terlebih tidurnya...ustaz yang penuh didada dengan matan dan syair dengan ustaz yang penuh didada dengan matan lagu dan nasyid...ustaz yang banyak menulis dengan ustaz yang malas membaca apa yang ditulis...ustaz yang berkerut dahi merisaukan masalah ummah dengan ustaz yang berkerut dahi kecewa dengan kegagalan perpindahan david beckham ke AC Milan...ustaz yang sedar dengan dirinya yang banyak kekurangan dengan ustaz yang tidak merasai apa2 kekurangan...Anda teruskan sendiri senarainya....

Yang penting, kesemuanya akan dibakulkan dalams atu bakul yang sama setelah pulang ke Malaysia, iaitu bakul ustaz...semuanya akan dipanggil ustaz/ustazah...
Ustaz inilah nantinya akan diminta mengisi kekosongan kuliah disurau dan masjid, ceramah agama sempena isra' mikraj, ma'al hijrah dan maulid...ustaz ini nantinya diminta untuk mengisi khemah ibadah...ustaz inilah nantinya akan ditanya masalah faraid, zakat, puasa dan solat...ustaz inilah nanti diminta berkhutbah jumaat, aidilfitri dan aidiladha...
Maka ustaz ini jugalah yang nantinya akan berdolak dalik seribu alasan..."bagi pada orang lain dulu.." "bidang saya lughah, saya tak boleh jawab tentang feqah.." "saya tak bersedia lagi.." "baru semalam balik dari Jordan..." " saya tak pandai nak berceramah.." dan beraneka alasan lain...setelah bertahun ditimur tengah, agaknya boleh ke pakcik, makcik dan budak kecik menerima alasan semua alasan ini...?

Tidak kurang juga yang menggagahkan diri menerima cabaran dek kerana tercabar membawa title ustaz...akhirnya keluarlah fatwa2 pelik lagi ajaib...maka jangan cepat melatah jika hari ini masyarakat mula meragui pada sesetengah insan yang bernama ustaz...krisis keyakinan pada golongan agamawan berakar pada 1001 perkara pelik dan ajaib yang terbit dari kalam dan perbuatan ustaz...bermula dari soal sikap, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya...
Masyarakat yang berfikir dan cermat memerhati menyimpulkan, ustaz hari ini hanya pada nama bukan ruh, hanya pada kata2 bukan amalan, hanya pada idea bukan pelaksanaan, hanya pada kulit bukan isinya...ustaz tidak mampu membimbing masyarakat...ustaz hanya pandai bercakap (dibaca dengan menggoreng)...dakwah ustaz tidak berhemah...ustaz tidak progresif dan dinamik...pendekatan ustaz tidak ap-proachable...ustaz tidak up to date...ustaz tidak itu dan ini...
Anda mungkin marah dan aku juga marah apabila institusi ustaz diperlekehkan sedemian rupa...tetapi cuba kita bercermin sejenak, marah semata tidak akan merubah wajah ustaz...kita sememangnya perlukan revolusi, dan revolusi memerlukan PENGORBANAN...

~artikel ini juga aku tujukan untuk diriku yang lemah ini...semoga sama2 kita membangunkan kembali kehebatan ustaz ustazah dari timur tengah...insya'allah...

3 comments:

nsmujahidahnmnor said...

setuju2!!! imej ustaz ustazah kian hari kian tercemar..

terigt kt satu tmpt kenangan dedulu ( rahsie )..ade dialog ( yg tlh ditokok tmbh oleh sy )yg berbunyi :

" ceh ustzh ni, namee je uszh..tapii..pakai tudung pendek dr aku..mekappp pon..perghh tak tahann "

" isk..ustzh ni ajaa ikut silibus je..nak mengajar ke nk mendidik ni?"

"ustaz tu ade ikhtilat ngn student weh..ko pecaye x?"
(ikhtilat yg salah maksud sy)

"aku..klu dpt ank2 nnt, taktau la nk hntr kt skolah mane..haish..risau jgk jgk ustz ustzh zmn skrg. rase mcm nk didik anak sediri je"

------------------------------

cth dialog yg pnah didgr la..
ni menunjukkan imej yg kian tercemar di klgn ustz ustzh..

permasalahan ini ade sbbnye datang dr diri sndiri n ade juge yg dtg dr su'zhon2 masyarakat..
[pdpt sy shj]

ape yg penting, diri kite sndiri..perlu menjadi cth mithali utk membuktikan bhwa ustz n ustzh yg berkualiti masih wujud di bumi ini..terutama, dr bumi anbiya' ini..

sy x nafi, docto2 juge ade yg dipanggil ustz/ah dek krn kebaikan yg ade padanye..maka, blh la para doktor juge bersedia dgn hukum2 islam. ini krn tiada yg membatasi ilmu kedoktoran n ilmu syariah.. lagi bagus jika kite menguasainye same2..

wahhh..pjgnye komen sy..sbb baru sedar pjg.so, trus berhenti..maappp

Abu Tholhah said...

saya juga bsetuju dgn Dr nick...zaman skarang ni orang x seberapa hormat dekat ustaz ustzh...x sama mcm dulu..klu dulu dengar ust ustzh org akn hormat bahkan ada rasa segan silu bila berdepan dgn golongn ustaz ustzh ini...tp skarang ni,bkn prasaan hormat tp diumpat dan direndah tarafkan oleh mereka seolah2 golongn ustaz ustzh ni nilai mrk dah hilang atau smakin berkurangn dlm masyarakat...

n x dinafikan jgk faktor dan puncanya sndiri juga adakalanya dtg dari ustaz ustzh tsebut...hingga dikatakan krn nila setitik rosak susu sebelangga...

dan seperkara lagi,krn slalu sgt timbul isu2 pelik dan perkara yg myalahi hukum adat yg terkeluar dr ustaz sbelum ini,maka kesannya masyarakat terlalu mudah merumuskan setiap perkara yg nmpak sdikit bertentangan dr pemikirannya,maka ustaz ustzh yg baru ini ditolak dan dianggap sbg ustaz x betul walaupun apa yg dibuat oleh ustz ustzh itu td sbenarnya sudah betul...

nsmujahidahnmnor said...

manusia mmg suke menghukum dgn cepat..

tu yg kuar pepatah.
kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...