Thursday 28 August 2008

Ramadhan & Jabit Kering!

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Ruh ramadhan menjelma lagi..dan ruh ramadhan ini tetap akan menjelma bila sampai sahaja waktunya sehinggalah zaman terhentinya detik,jam dan waktu iaitu hari kiamat...ruh ramadhan ini tidak akan berhenti sehinggalah munculnya hari kiamat tetapi ruh manusia bila2 masa sahaja boleh terkeluar dari jasad tuannya sehinggalah roh tersebut dituntut lagi dihari pembalasan...ruh kita boleh terkeluar dari jasad mungkin hari ini,mungkin esok,mungkin lusa atau bila2 masa sahaja sebagaimana tertulis baginya tempoh masa dan umur setiap hambanya...
Mana2 insan yang nadinya masih berdenyut dan masih berpeluang menghirup udara Allah sudah pastinya terlalu rugi apabila mensia2kan kedatangan ramadhan yang sudah pastinya akan memberi faedah dan manfaat untuk diri kita sendiri...manfaat yang cukup besar dan diakui sendiri oleh baginda kita Nabi Muhammad Saw,samada manfaat untuk duniawi atau ukhrawi...

Bila bercakap mengenai ramadhan,tak semena2 jiwa aku cukup tersentuh bilamana suatu ketika dahulu aku pernah menyaksikan satu peristiwa yang aku kira ianya sebagai pengajaran dan iktibar yang besar untukku dan jugak orang lain yang menyaksikannya...

Satu hari dipertengahan ramadhan,seorang ibu berjalan kaki kerumah anak lelakinya untuk menuntut haknya sebagai ibu bagi membeli barangan dapur dan berbuka puasa..seorang ibu ini memang cukup dikenali di kampung kerana keramahan dan sikap mudah tersenyumnya apabila bersua dengan sesiapa sahaja...dia seorang ibu tua yang mengidap penyakit asma dan darah tinggi...si ibu ini juga merupakan seorang janda yang sudah kematian suami semenjak usia muda lagi,semenjak anak lelaki sulungnya yang kini sudah bekerja dan bergaji besar masih kanak2 kecil dan mentah,yang kedua sedang merangkak dan ketiga dalam susuan...si ibu inilah yang mendidik dan mengasuhnya sehingga ia benar2 berjaya dan makan gaji...sebagaimana anak2 si ibu ini semuanya 3 orang,yang sulung atau pertama adalah lelaki yang aku jelaskan tadi sudah berkerjaya,yang kedua sedang belajar di sekolah berasrama penuh dan tinggal dirumah keluarga angkatnya dan ketiga tinggal bersama si ibu tersebut,seorang anak bongsu yang tidak bersekolah kerana dilahirkan cacat...

Datanglah si ibu tadi kerumah anak lelakinya untuk menuntut sedikit barangan keperluan untuk dijadikan makanan berbuka puasa...anak lelakinya ini semenjak mendirikan rumahtangga,tinggal bersama bininya dan tak pernah sekali bertandang di teratak buruk ibunya yang jaraknya tak sampai setengah kilometer...namun si ibu ini walaupun anak lelakinya tak pernah menjenguknya diteratak buruknya,si ibu ini tetap menyangjung anak lelakinya dimata orang lain....dan hinggalah suatu hari ibunya sampai dipintu rumah anak lelakinya untuk meminta sedikit makanan dapur bagi dijadikan untuk suapan berbuka bersama si bongsu yang cacat,si ibu ini diherdik dan dimaki anak lelakinya sendiri kerana tak tahan dan bosan menatap muka si ibu...mungkin kerana malu dan mungkin kerana terasa tiada maruah diri atau mungkin kerana besar kepala hingga lupa kepada ibu sendiri,diherdik sesuka hati dipintu rumahnya dan didengari hampir semua jiran2 kerana keras dan besarnya suara anak mengherdik si ibu...si ibu yang cukup tabah ini hanya tersenyum dan bersuara lembut...kata si ibu "mak datang ni bukan nak mintak duit seratus dua makan belanja mak,tapi nak bagi adik (panggilan untuk bongsu yang cacat) makan...mak tak kisah kalau mak tak makan...tapi kat rumah takda apa2 lagi untuk mak buat bagi makan kat adik...mak hanya nak mintak gula atau duit beli gula dan susu,dan mak nak mintak sedikit beras atau gandum untuk adik...

Kebetulan pada hari tu si anak lelaki ini diuji dengan kehilangan jam tangan Rolex kesayangannya dan kerana marah,si ibu pula dimaki dan diherdik dengan kata2 kesat yang tidak sepatutnya...diherdik dan dimaki seorang ibu kandung sendiri kerana atas dasar kehilangan seutas jam tangan..."kalau adik dan mak nak makan,ambik dan makanlah 'menatang' jabit kering "kismis kering" ni!! dibaling kepada ibunya sebungkus kismis kering yang terletak dimeja berhampiran pintu yang ditinggalkan isterinya untuk dijadikan adunan kek dan kueh hari raya yang hanya menunggu hari untuk disambut...bungkusan kismis kering yang dibaling kearah ibunya tadi terkoyak dan terburai bertaburan diatas simen dan sebahagiannya diatas tanah..."makin menyusahkan aku adalah!" "malas aku nak tengok lagi muka orang tua ni!"rungut si anak lelaki kesayangan ibu ini..."dah! kalau nak makan,ambiklah 'menatang' jabit2 kering ni!!" pintu ditutup tanpa berpaling lagi kearah ibunya yang memerlukan makanan untuk si bongsu dan dirinya sendiri...si ibu tersenyum tapi terjeropok jatuh didepan pintu rumah anaknya...mungkin terjatuh kerana terguris hatinya walaupun tersenyum atau mungkin juga terjatuh kerana tak tahan diserang penyakit kronik darah tingginya....jiran sebelah datang membantu dan diangkat si ibu ini sambil memanggil anak si ibu..si anak bergegas keluar,tapi bukan untuk membantu ibunya bahkan sumpah seranah yang dihamburkan pada ibu sendiri..."kalau mak nak berlakon,pegi la berlakon dalam tv,nanti ada orang bayar!!"sergah si anak disaksikan jiran...ini bukan kali pertama kata2 sebegini si anak ini kepada ibunya,bahkan pelbagai kata2 cacian dan hina yang memedihkan pendengar sebelum ini jika dia mencaci-maki terhadap ibunya...

Walaupun si ibu ini tetap tersenyum,tapi jauh dilubuk hatinya tersimpan satu perasaan hiba dan sebak yang sukar ditanggung oleh hati orang biasa...dahulu,semasa si anak tadi mula2 mendapat kerja,habis satu kampung dicanangnya bahawa dia sudah memiliki kerja dan berjanji akan memberikan sebahagian duit gaji bulanan kepada ibunya,membaiki teratak buruk ibu,membeli mesin basuh untuk ibu,membeli ubat dan menyara adik bongsunya yang cacat,tapi sampai sekarang sesen pun tidak pernah dibelanjakan untuk ibunya...apatah lagi untuk si bongsu...makanan harian ibunya adalah hasil pemberian dan sedekah jiran2...itupun kalau ada yang menghulur,adalah...kalu tak ada,tak adalah...

Waktu berbuka hampir tiba,si ibu diajak oleh jiran untuk berbuka dirumah mereka tetapi ditolak lembut oleh ibu ini kerana perlu balik segera kerana bingungkan anak bongsunya dirumah...jiran terpaksa mengalah..tatkala semua jiran sudah memasuki rumah masing2 utk berbuka puasa,si ibu ini mengutip bijirin kismis kering yang bertaburan tadi satu persatu...kismis kering inilah dimakan si ibu dirumah untuk mengalas perutnya...manakala anak bongsunya yang cacat dapat merasa nasi berlauk yang dihulur jiran semasa ibu ini bertolak pulang kerumahnya...anak sendiri langsung tidak mempedulikan...

Keesokan hari anak lelaki ini pulang ke kampung bininya kerana cuti dan sebagai persiapan untuk berhari raya dikampung bininya..tapi 3 hari kemudian dia terpaksa berpatah balik kekampung ibunya kerana ibunya yang dipandang buruk,dijerkah,dicaci dan dihina sebelum ini telah kembali ke rahmatullah menyahut panggilan ilahi robbul izzati bersama2 si bongsu...Si ibu yang menghembuskan nafas terakhir dalam senyuman kerana disebabkan serangan asma dan darah tinggi yang kronik,manakala si bongsu menghembuskan nafas terakhir kerana berlaku kekejangan pada otot2 badannya...

Kedua2 anak si ibu ini bergegas pulang tetapi ibu dan bongsu sudah tiada lagi...nyawa ibu dan bongsu tak dapat dikembalikan dan bersemadi selama2nya...

Si anak lelaki sulung ini meraung2 meratap memohon ampun pada ibu tetapi apa gunanya meraung2 dan meratap dipangkuan jenazah ibu kalau ibu sudah tak dapat bersuara lagi...ibu sudah pergi meninggalkan si anak yang angkuh dan selalu menghina ibu...dimana janji anak yang ingin menjaga ibu,janji anak ingin mengubah teratak buruk ibu,janji anak ingin membeli mesin basuh ibu,janji anak ingin membeli ubat2an dan menyara bongsu yang cacat...semua ini sudah tak dapat ditunaikan lagi kerana kini ibu sudah pergi...ketempat bersemadi yang kekal abadi........

~kisah ini adalah salah satu dari peristiwa2 yang berlaku dalam perjalanan hidup aku..semoga ianya memberikan pengajaran dan iktibar utk kita...insya'allah..
~syurga dibawah telapak kaki ibu...


::KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT,AKU UCAPKAN SLMT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK...:: (",)

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...