Tuesday 6 January 2009

Kuasa Berubah Orang Islam.....vs Kuasa Yahudi.....

Bila sedih dengan ummah islam kita sendiri yang sememangnya jauh terbelakang berbanding kristian,apatah lagi yahudi yang jauh lebih sedikit umat mereka yang sekarang ini menjadi raja dalam porfolio ekonomi dunia...jadi aku tertarik untuk mengetengahkan hasil kerja golongan2 yahudi yang sebahagian besarnya seolah2 menjadi peneraju utama dalam pelbagai sektor bidang...

Dalam perkembangan terbaru,hanya terdapat 14 juta orang yahudi di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100 ribu di Afrika...ini bermakna setiap seorang yahudi bersamaan 100 ribu orang islam (1:100ribu). Ironinya hari ini orang yahudi lebih 100 kali ganda lebih kuat daripada orang islam...pernah kita terfikir MENGAPA??

Albert Einstein (saintis tersohor sepanjang zaman) seorang yahudi. Sigmund Freud juga seorang yahudi. Karl Marx,Paul samuelson dan Milton Friedman juga seorang yahudi...
Disini dinyatakan beberapa nama yahudi yang memberi sumbangan besar kepada sejarah peradaban dan kemajuan dunia moden...
Benjamin Rubin orang pertama menghasilkan jarum yang digunakan untuk menyuntik vaksin. Jonas Salk orang pertama menemui vaksin penyakit polio. Albert Sabin membangunkan lagi vaksin penyakit polio. Gertrude Elion menghasilkan dadah untuk melawan penyakit leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin untuk penyakit hepatitis B. Paul Ehrlich menemui kaedah rawatan untuk penyakit sipilis. Elie metchnikoff memenangi Nobel Price diatas kajian beliau keatas penyakit berjangkit...
Dan sepanjang 105 tahun, 14 juta bangsa yahudi telah memenangi 15 dozen nobel price dimana hanya seramai 1.4 juta sahaja orang islam memenangi Nobel Price sepanjang tempoh tersebut...

Stanley Mezor merupakan orang pertama mencipta cip pemproses mikro. Leo Szilard membina rector nuklear yang pertama. Peter scultz mencipta kabel fiber optic yang pertama. Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss mencipta besi tahan karat, Emile Berliner mencipta mikrofon, Charles Ginsburg mencipta perakam video pertama...

Dalam dunia perniagaan : Ralph Lauren memiliki Polo, Levis Strauss memiliki Levi's Jeans, Howard Shultz memiliki Starbuck's, Sergey Brin memiliki Google, Michael Dell memiliki Dell Computer, Lary Ellision memiliki Oracle, Donna Karan memiliki DKNY, Irv Robbin memiliki Baskins & Robbins dan Bill Rosenberg memiliki Dunkin Donuts...

Adakah anda mengetahui Richard Levin Presiden Universiti Yale seorang yahudi, begitu juga Henry Kissingger (bekas setiausaha AS), Alan Greenspan (pengerusi Federal Reserve dibawah Reagan,Bush,Clinton dan G.W.Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Allbright (bekas setiausaha AS), Casper Weinberger (setiausaha pertahanan AS), David Marshall (ketua menteri pertama singapura), Yevgeny Primakov (perdana menteri Russia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (presiden Portugal), John Deutsh (bekas pengarah CIA), Herb Gray (timb. Perdana Menteri Kanada), Pierre Mendes (bekas PM peranchis), semua mereka ini merupakan yahudi....

Didalam media nama-nama seperti Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor Time), Katherine Graham (The Washington Post), Joseph Leyyeld (The New York Times), dan Max Frankel (New York Times) menguasai dunia penerbitan dan penyiaran....

Nama-nama pelakon Hollywood YANG MUNGKIN JUGA PUJAAN ANDA seperti Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya merupakan yahudi...

Malah HOLLYWOOD itu sendiri diasaskan oleh Yahudi...Diantara pengarah dan penerbit filem berbangsa yahudi termasuklah Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hill 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad), dan Ivan Reitman (Ghostbusters)...mereka ini juga semuanya yahudi..

William James Sidis, memiliki IQ 250-300 dianggap manusia paling genius yang pernah wujud juga berbangsa yahudi...

Dianggarkan terdapat 1,476,233,470 orang islam diatas muka bumi hari ini...1 billion orang islam di Asia, 400 million di Afrika, 44 million di Eropah dan 6 million di Amerika...ini bermakna setiap setiap 5 orang,seorang merupakan islam...setiap seorang hindu bersamaan 2 orang islam...setiap seorang buddha bersamaan 2 orang islam...dan setiap seorang yahudi bersamaan 100 orang islam....Pernah terfikir kenapa orang islam TETAP LEMAH???

Terdapat 57 buah negara umat islam yang menjadi anggota kepada OIC...daripada 57 negara ini,umat islam hanya memiliki 500 buah universiti...ini bersamaan satu universiti untuk 30 juta umat islam...Amerika Syarikat sahaja memiliki 5,758 buah universiti manakala india memiliki 8,407 buah universiti...Pada tahun 2004,universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan universiti2 terbaik didunia...malangnya tidak satupun universiti milik negara umat islam memasuki carta 500 universiti terbaik dunia.....

Berdasarkan data yang dikumpulka oleh PBB, kadar celik huruf dikalangan negara majoriti kristian mencatatkan jumlah sehingga 100%...manakala perbezaan yang sangat ketara dikalangan negara majoriti orang islam mencatatkan kadar celik huruf hanya sekitar 40%...lebih mengejutkan tidak terdapat satu pun negara orang islam yang mencatatkan kadar celik huruf 100%....

~~La makhluuqin biduun al-khooliq....wala shin'atin biduun as-shooni'.....

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...