Sunday 1 June 2008

Kuasa HP.......

Hidup macam tak lengkap kalau takde Hp....

Aku rasa semua pembaca dan sesiapa sahaja bersetuju dengan pendapat aku ni...bahawa HIDUP MACAM TAK LENGKAP KALAU TAKDE HP...masakan tidak,Hp nih dah dikira sebagai bahan dan keperluan asas kepada setiap individu...kalau takde Hp macam hidup dizaman batu...

Dan kita boleh bayangkan kalau seseorang yang terlupa dan tercari2 dimana Hp yang diletakkannya,kita akan nampak sesorang itu dalam keadaan bergelabah...dan mulalah cepat2 suruh member call...huhuhu...dan aku sendiri pernah alami pengalaman yang amat menggelikan hati dimana seorang sahabat aku nih kelam kabut seribut taufan bila Hp yang dicari2nya masih tak ditemui.....tapi hakikatnya,Hp yang dicari2kan itu bukannya diletakkan disuatu tempat tetapi sedang berada di TANGANnya sendiri...!!

Itulah bila bercakap pasal Hp nih kita boleh lihat pelbagai ragam pemilik Hp itu sendiri...macam2...
Ada yang seorang sahabat aku yang selain dari yang aku sebutkan diatas tadi....setiap 25jam (ditolak sejam) tak pernah lekang dengan Hp kesayangannya....memang tak boleh berjauhan...umpama isi dengan kuku,umpama dinding dengan catnya,ibarat pijat dengan tilamnya....kalau setakat keluar rumah bawak Hp itu memang biasalah tapi sahabat aku nih,bukan setakat keluar rumah Hp tak pernah out dari tangan,sampai nak masuk toilet pun masih lagi setia bersama2 Hpnya,sanggup dibawa bersama.....masa bersembang pun ada ditangan,masa nak makan pun ada ditangan (kiri),masa tengah tidur pun masih terpegang di TANGAN....!!huhuhu...hebat sahabatku ini...respek aku tabik! Janji dia bahagia.......:P

Dan yang seorang lagi ni pulak pesen jenguk....dia ni memang tak serupa sikit dengan diatas dan selalu jugak tinggal Hp dia kat tempat2 yang ada ruang untuk letak barang....tepi Tv,atas Tv,atas meja,atas katil,rak kasut dan lain2...maybe dia ni jenis tak minat pegang kot....tapi yang jelasnya ialah pesennya yang sekejap jenguk-sekejap jenguk kearah skrin Hpnya.....pantang dia tinggal sekejap jer terus nak jenguk skrin,asal buat keja sekejap jer patah balik jenguk hp....ada SMS,terus tersengeh....takde SMS buat muka kosong...!

Tapi itulah realiti dan hakikatnya Hp nih memang salah satu keperluan asas yang utama yang sememangnya diperlukan oleh setiap orang.....cuma kuasa Hp inilah yang membuatkan setiap orang yang memilikinya mempunyai pelbagai ragam dan fe'el yang kadang2 mencuit hati orang disekeliling.....

~kepada sahabat2ku yang termasuk dalam watak2 dalam penulisan n posting artikel nih,ambo mintak maaf deh....huhuhu....goodluck semo...! :))

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...