Tuesday 13 May 2008

Apalah Dosa Bayi Ini...

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Tidak lama sebelum ini kita telah digemparkan sebuah akhbar dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu memuaskan hati dan nafsunya sendiri...semuanya adalah kerana kejahilan dan penyakit hati..penyakit bagi hati ialah kerana tiadanya ilmu dan hidayahilmu agamalah yang memandu manusia kearah kesejahteraan..tetapi ada juga orang yang kurang atau tersangat sedikit ilmu agamanya tapi mendakwa dirinya terlalu hebat dalam agama hingga ada yang sanggup menjual ilmu agamanya samada dalam sedar ataupun tidak..semoga Allah sentiasa menunjuki kita kejalan yang lurus..dan semoga kita semoga menjadi insan yang sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.


2 comments:

Meooo Comicore Club said...

nak muntah tgk. lps nih tanak g blog nih dah....

Abu Tholhah said...

hehehe...maaf dipinta..tuan blog tidak berniat utk membuatkan pengunjung dan pembaca2 sekelian berasa loya atau muntah..tetapi dengan niat utk menjelaskan kemorosotan nilai2 moral dan syaksiah dalam diri manusia akhir2 zaman ini..disebabkan kejahilan dan tidak mengamalkan ajaran islam yg sebenar...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...