Friday 20 June 2008

Iran Vs Israel

Perbalahan diantara Iran dan Israel...Untung siapa??

VS
Dunia skarang nih memang confirm dah masuk akhir zaman...dengan pelbagai tanda2nya yang Allah swt tunjuk dan jelaskan..dari hal2 kerosakan, kematian ulamak2 termasuk para2 sufi dan solihin,perubahan dan keadaan cuaca dunia yang tak menentu, kepincangan harga2 bahan2 asas dunia, peningkatan gejala sosial, lebih2 lagi perbalahan2 yang berlarutan diantara negara2 dunia seperti yang terbaru ialah diantara negara haram Israel dan Iran...

Dalam sebahagian kitab2 sirah nabi saw menjelaskan, bahawa ketika Nabi saw bersama Jibril alaihissalam melalui beberapa pintu2 langit, baginda saw ada menemui seorang wanita tua tenat yang kelihatan berbongkok...lalu nabi saw cuba menanyakan kepada Jibril alaihissalam,siapakah orang tua tersebut,maka Jibril alaihissalam menjawab bahawa wanita tua tenat berbongkok yang dimaksudkan itu ialah umur dunia....Jadi disitu jelaslah bahawa umur dunia ketika itu sudah nazak dan sedang menghampiri kehancuran iaitu KIAMAT...itu zaman nabi saw,sekarang ini nabi saw telah meninggalkan kita lebih dari 1400 tahun yang lepas....

Dan bagi penulis, pertentangan dan perbalahan diantara Israel dan Iran ini juga termasuk dari permasalahan2 dunia yang menunjukkan kepada kita planet dunia yang kita diami ini sudah menuju kepada kehancuran dunia global iaitu akhirat berdasarkan kepada banyak hadis2 nabi saw yang menjelaskan ciri2 dan tanda2 yang telah dan akan berlaku sebelum dunia menemui jalan penamatnya...Dan menurut sumber, Pegawai kanan tentera Amerika Syarikat (AS) memberitahu Israel sedang mengadakan kempen latihan tentera besar-besaran bulan ini (Jun) sebagai persiapan kemungkinan melancarkan serangan bom ke atas loji nuklear Iran...Menurut akhbar New York Times, lebih 100 pesawat pejuang F-16 dan F-15 terlibat dalam latihan tersebut yang diadakan di selatan Mediterranean dan Greek sejak minggu pertama bulan ini.-Utusan malaysia,21 Jun,luar negara.




Bagi penlis, pertembungan dan perbalahan Israel-Iran ini tak lebih dari sifat keegoan dari negara masing2 yang mahu membuktikan siapa jaguh diantara mereka dimata dunia...dan pertentangan pendapat mengenai bahan dan ujian nuklear selama berabad2...percanggahan ini juga turut dipengaruhi oleh faktor agama yang mana Iran mendominasi agama Islam walaupun rata2 penduduknya menganut mazhab syi'ah dan Israel yang menganut fahaman Yahudi...Tindakan mereka ini tanpa mereka sedar atau buat2 tak sedar akan mengheret beberapa permasalahan besar yang lain kesan dari peperangan tersebut bahkan akan meragut dan menghilangkan ratusan ribu bahkan berjuta nyawa manusia lain yang tidak berdosa disebabkan penuaian hasil peperangan yang dicetuskan oleh mereka...hakikatnya tiada siapa yang dapat untung...

Tapi mungkinkah akan berlaku peperangan diantara kedua2 pihak?atau akan berhenti perbalahan mereka dipertengahan jalan?sudah tentulah kita yang mencintai perdamaian ini berharap agar kedua2 negara ini menghentikan agenda gila lagi tak masuk akal ini supaya terhenti di tengah jalan...sama2lah kita berdoa kepada Allah swt agar kita dan seluruh umat didunia ini dalam kedamaian tanpa peperangan yang dahsyat seperti perang dunia kedua suatu ketika dahulu...

Penulis ada mendengar beberapa siri ceramah bebas daripada seorang kawan yang mengatakan bahawa sebenarnya Amerika dan sekutunya Israel tidak mahu menyerang Iran kerana mereka mahu Iran terus bermusuh dengan negara2 islam yang lain kerana fahaman aliran agama...ini kerana Iran yang terkenal dengan jolokan negara farsi ini memegang kuat ajaran syiah dan menjadikan syi'ah sebagai ikutan dan pegangan rasmi didalam negara mereka...ini berbeza dengan negara2 islam yang lain yang kebanyakkanya memegang dan menjadikan aliran ahlussunnah wal jamaah sebagai ikutan dan pegangan rasmi...apabila pertentangan pegangan ini berlaku,mereka amerika dan sekutunya akan membiarkan sahaja umat islam bertelagah sesama sendiri...dan ini jelas berlaku kerana hampir keseluruhan negara2 umat islam tidak bersatu...
~Dunia ini tak akan aman selagi manusia membelakangi agama, agama yang satu2nya diiktiraf Allah swt iaitu bukan kristian, bukan hindu-buddha, bukan yahudi tetapi Islam...

2 comments:

Nasuha said...

pakcik bila plak nak bdamai dgn bdak kcik????

Abu Tholhah said...

huahuahua..pakcik suke berdamai ngn sume org KECUALI budak kecikkk..
malah!
malah!
malah!
malah berdamai ngn budak kecikkk...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...