Monday 14 July 2008

Alang2 menyeluk pekasam...Biar sampai ke pangkal lengan..

2 hari yang lepas..aku telah pergi 'menziarahi' balai polis Karak yang menempatkan bangunan bahagian iqamah sanawiah (visa penduduk tetap tahunan) untuk ajanib..kali ni aku pergi sebagai muraja'ah iaitu sebagai rujukan balik ke balai polis Karak untuk menyempurkan kerja membuat visa sebagaimana aku telah datang sebelumnya untuk membuat amaliat mu'amalah @ failing...

Jadi bila hari tu aku datang..aku betul2 jadi bekeng bila aku diperlakukan seperti bola yang senang disepak sesuka hati oleh si polis bahagian bahagian visa tersebut...kes aku nih berlainan sikit dengan pelajar malaysia lain sebab visa aku dicuri arab semasa aku bersembahyang solat asar dimasjid..visa aku tu aku letak didalam beg buku ku yang aku letak hanya bersebelahanku sahaja yang aku kira sukar la jugak orang nak curik..tapi aku silap, tgh2 aku solat masih sempat jugak beg aku dicurik..so apalagi hilanglah visa iqamah aku yang aku letak skali dalam beg tuh..

Jadi bila aku datang balai polis ni untuk buat kad iqamah baru,polis yang dekat Karak tu suruh aku pergi buat report terlebih dahulu dibalai polis Mazar dan kepilan keterangan tadi diperlukan untuk aku menuntut iqamah baru..(kalau duk kat Jordan takde iqamah kena tangkap beb)..so kena return balikla aku ke balai polis Mazar yang bukannya dekat 10 langkah tapi dekat 45minit perjalanan dengan bas...lepas aku kembali ke balai polis Mazar,aku buat report n bawak skali kepilan keterangan2 yang dimahukan oleh pihak polis Karak...setel di balai polis Mazar,aku dengan derasnya mengejar masa dan bas untuk kembali semula ke balai polis Karak..sampai je kat balai polis Karak,aku dengan hampeh dan panasnya dikhabarkan bahawa muamalah aku tak boleh diproses kerana tidak mengisi borang namuzaj (A) dan borang itu hanya ada dibalai polis Mazar! pulak...!! so kenalah sekali lagi aku patah balik ke balai polis Mazar untuk mengambil dan mengisi borang tersebut seterusnya membawanya ke balai polis Karak sebagaimana yang dituntut tetapi malangnya borang namuzaj (A) yang diisi oleh aku setelah disuruh oleh pegawai berpangkat sarjan tu dikoyak oleh Boss pegawai polis atau ketua polis seksyen warganegara asing...ketua polis tu suruh pegawainya isi borang untuk aku dengan menggunakan borang namuzaj (B)...bila aku bagitau yang pihak pegawai polis Karak mahukan borang namuzaj A, dia berkeras mengatakan bahawa dia betul dan yang perlu diisi ialah borang namuzaj (B)...so aku fikir mungkin dia yang betul sebab dia orang besar dan dah tentu banyak pengalaman...

Then aku patah smula dengan semangat baru ke balai polis Karak untuk menyetelkan kerja aku..tetapi dengan hot dan panasnya hatiku bahawa borang yang diisi oleh pegawai polis di Mazar tu adalah salah! bukannya borang B tapi A! walaupun kedua2nya untuk visa iqamah tetapi tetap tak boleh diterima! memang nak kena sekeh semua polis2 di Karak n Mazar nih sebab buat kerja entah hapa2!...aku mula merungut apa kena dengan korang nih?? lalu dengan buat2 sabar aku keluar melangkah dengan longlai dan seterusnya aku kembali ke balai polis Mazar untuk mendapatkan dan mengisi semula borang namuzaj A sebagaimana yang asalnya yang dikoyak oleh ketua polis yang tak pandai kerja tapi buat2 pandaiiii...bila aku berjaya dapatkan balik borang namuzaj A tersebut,terus aku bagitau kat diorang semua2 tuh...terima kasih banyak2 diatas kerja2 anda yang tersangat bagus dan cemerlang....beginilah kerja pegawai2 berwawasan dan berketrampilan...lepas aku mengomel terus aku belah sebab aku tahu yang orang yang akan sakit hati mendengar luahan dan ngomelan aku tadi...bila aku sampai smula di balai polis Karak,barulah diorang mula membuat urusan muamalah tersebut setelah aku benar2 kepenatan setelah 4 kali aku berulang-alik antara kedua2 balai polis nih...bila dah setel semua urusan...dan tinggallah masa untuk aku meninggalkan kaunter pegawai polis tuh,skali lagi aku mengomel dan berleter...kali nih aku lepaskan tension aku bermuamalah dengan polis jordan nih...aku hamburkan kata2 aku tanpa berlapik2 lagi dengan mengatakan korang nih buat kerja takde nizom (peraturan) ker? lalu sepantas kilat dibalas seorang pegawai polis yang aku kira besar jugakla pangkatnya.."Ya kami memang xde nizom (peraturan).." hohhh..aku jugak dengan selamba membalas balik "patutla buat kerja bathi'ah! (lembab!!)...takut hapa akuu..peduli hapa akuu..
walaupun korang ada pistol tapi aku ada penyekeh!!...bila aku balas balik camtu diorang semua diam...dan aku sambung lagi..korang nih kalau camni korang kerja kat Malaysia dah tentu kena buang...reject!!! "camni ke kerja korang yang selalu duk laung2 'urdun awwalan' tuh?? leter aku semakin berani walaupun aku perasan muka sorang2 dah merah padam...mungkin merah padam kerana malu dan mungkin jugak merah padam kerana marah kat aku....ahhhh aku lantak hapa!padan muka diorang tuh selepas memadankan muka aku!...bila aku nak berangkat meninggalkan kaunter yang panas tu,tiba2 sorang pegawai lagi berbunyi mulutnya "tapi kau malizi kena bersyukur sebab negara kami aman.." aman la tu konon! setiap hari sesama korang pon ada2 je bergaduh...acap kali ada2 je kes2 kecurian lebih2 lagi dirumah budak melayu!...sekali lagi aku mengomel dihadapan polis yang ramai2 tuh, "aku pernah pergi ke Damsyik,aku pernah pergi ke Beirut,aku pernah pergi ke Qaherah(walaupun kaherah ni aku tak pernah pergi pun)...aku tengok syria,lubnan dan mesir jauh lebih bagus,lebih afdhol dan ahsan dari jordan..." Dan kalau korang nak bekerja buatla kerja betul2 bukan kerja sambil berbual2 dan makan minum! hahaha...pedulik hapa aku...baru diorang betul2 senyap dan aku terus memulakan langkahku untuk balik dan menyambungkan lagi urusan2 dan kerja2 aku yang lain...

Hahaha..tak sangka jugak tiba2 aku buleh jadi bekeng...bila aku diatas bas dalam perjalanan pulang..aku tersenyum keseorangan...bukan tersenyum puashati menyembur kerja2 polis tapi aku tersenyum kerana aku sendiri tak sangka aku boleh menjadi seorang penyembur yang dahsyat didepan pegawai2 polis camtu...hahaha..

~alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...

Thursday 10 July 2008

Hukum Wanita Hamil...

Selepas artikel bab 'masalah zihar isteri..yang banyak berlaku tanpa disedari' yang telah penulis 'entry'kan baru2 ini..kali ini penulis akan memasukkan pula hal berkaitan hukum bagi wanita yang hamil..iaitu hukum solat,puasa,hukum talaq,masalah fiqiah dan fatrah bagi wanita hamil..

Hukum Solat bagi yang hamil :
  • Wajib menunaikannya setiap waktu sepertimana wanita yang tidak hamil.
  • Sekiranya sebelum bersalin lima atau tiga hari pada bulan Ramadhan,ada tanda-tanda sakit maka darah itu dihukum 'darah nifas'. Tetapi jika tiada tanda-tanda,ia dihukum 'darah istihadhah'.
*Darah nifas ialah: Darah yang keluar daripada perempuan yang mengiringi anak (sewaktu melahirkan anak.)
*Darah istihadhah ialah: Darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan yang dinamakan al-azal iaitu urat atau sejenis kulit yang berada didalam farj (hampir dengan rahim) perempuan,dan disitulah tempat masuknya air mani lelaki yang bakal menjadi anak dan dari situ juga keluarnya darah nifas. Darah istihadhah ini menyebabkan terbatalnya wuduk (air sembahyang) tetapi tidak mewajibkan mandi janabah (mandi hadas besar) dan ia menyebabkan hadas yang berkekalan. Sungguhpun demikian tidaklah menghalang seseorang perempuan itu dari mengerjakan ibadat seperti solat,puasa dan lain-lainnya. Malahan wajib bagi perempuan yang kedatangan darah istihadhah tadi mengerjakan segala amalan yang difardhukan itu seperti biasa. Cuma sebelum berwuduk maka hendaklah ia membasuh farjnya (kemaluannya) dan menyekatnya dengan sesuatu agar tidak meleleh.

Hukum Puasa bagi wanita hamil:
  • Wajib mengqada' sekiranya takut mudharat pada dirinya sendiri,tetapi jika khuatir pada dirinya dan anak yang dikandungkan,wajib qada' serta beri makan kepada fakir miskin setiap hari dengan jumlah yang telah ditentukan.
  • Perempuan yang bersalin pada bulan ramadhan dan tidak sempat qada',kemudian menyusukan anaknya kemudian hamil lagi,maka wajib puasa tanpa fidyah kerana ada keuzuran.
  • Wajib keatas wanita yang bersalin berpuasa apabila suci daripada darah sebelum cukup 40 hari. Begitu juga dengan solat dan jimak.
Hukum Talaq:
  • Wanita yang ditalaq ketika hamil,iddahnya sehingga dia melahirkan anak. Bagi yang tidak hamil,maka iddahnya 3 quru' iaitu 3 kali suci.
  • Bagi wanita yang suaminya meninggal dunia ketika dia sedang hamil,maka iddahnya juga dikira sehingga dia melahirkan anak.
Masalah Fiqiah:
  • Jika darah yang keluar adalah berwarna kuning keruh ketika nifas sepanjang 40 hari,maka hukumnya adalah darah nifas. Dan sekiranya darah biasa berlarutan selepas itu dan tidak putus-putus,maka ia tetap dikira darah nifas. Tetapi jika sebaliknya,maka ia adalah darah istihadhah.
  • Jika wanita yang bernifas suci pada waktu asar,maka dia wajib qada' solat asarnya sahaja kerana tiada dalil yang mewajibkan dia perlu qada' solat zohor.
  • Hukum orang yang bernifas sama sahaja dengan orang yang dalam keadaan haid. Hanya ada beberapa perbezaan tertentu di antara kedua-duanya.
  • Perempuan yang tidak keluar darah ketika bersalin sehingga selepas 15 hari atau lebih,kemudian keluar darah,maka darah tersebut dikira darah haid.
*Pendapat 1: Sekiranya keluar darah 1 jam atau sehari atau beberapa hari selepas bersalin,maka darah itu adalah darah nifas. Kemudian suci 15 hari atau lebih,maka fatrah itu adalah fatrah suci. Kemudian keluar pula darah 1 hari 1 malam atau lebih,maka ia dihukum sebagai darah haid.
*Pendapat 2: (Pendapat masyhur dan qat'ie) Kedua-dua darah itu adalah darah nifas. Maka fatrah 15hari itu adalah fitrah.
  • Keguguran anak atau janin samada bayi yang dilahirkan itu mati atau seketul daging,maka yang keluar itu dihukum darah nifas.
  • Hukum pembedahan bagi wanita yang mengandung,jika ia tidak melihat sebarang darah sebaik sahaja bersalin,maka dikira sebagai suci.
  • Jika anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan kering,maka ibunya wajib mandi kerana bersalin membayangkan adanya nifas yang mewajibkan dia mandi.
Fatrah Hamil:
  • Iaitu sekurang-kurangnya 6 bulan. Tetapi kebiasannya 9 bulan.
  • Darah yang keluar ketika hamil mengikut Imam Syafei dan Maliki adalah dikira darah haid. Manakala mengikut Imam Hanafi dan Hambali ianya dikira darah istihadhah.
  • Darah yang keluar ketika sakit dan hamil sekiranya cukup fatrah haid sehari semalam ataupun 15hari 15malam,adalah dikira darah haid. Dan sekiranya tidak cukup fatrah itu,maka ia dikira darah istihadhah.

Tuesday 8 July 2008

Perbezaan/Perbandingan antara Al-Quran dengan Bible...

Perbandingan Bahagian Pertama Antara Al-Quran dan Bible




-Al- Quran Ialah Kalam Allah

-Bible Ialah Tulisan Dan Olahan Manusia


"Dan jika kamu tetap meragui Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami, buatlah satu surah yang seumpama Al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."

Al-Quran ialah wahyu daripada Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw..Allah mencabar mereka yang meragui wahyuNya dengan firmanNya didalam surah Al-Baqarah 2:23

Didalam Britannica Encyslopedia Intermediate, didalam bab 'Koran' telah disebutkan: "Yang berkata-kata (didalam Al-quran) ialah Allah dan yang menerima weahyu itu ialah Muhammad, Rasul pilihan Allah. Umat islam menyakini Al-quran diturunkan oleh Allah dengan perantaraan malaikat Jibril kepada rasulNya untuk disampaikan kepada bangsa Arab (ketika itu)." Definisi ini selari dengan apa yang dipegangi oleh orang-orang islam selama ini bahawa Al-quran bukan ciptaan makhluk tetapi wahyu Allah sepenuhnya. Ketika ia diturunkan kepada Rasul, Baginda telah mengarahkan sahabat-sahabat Baginda untuk menulisnya tanpa sebarang tokok tambah dan tulisan itu kemudiannya dibukukan dizaman khlifah Uthman ibn Affan r.a hinggalah ke hari ini.
Definisi Al-Quran mengikut 'Britannica

Encyclopedia Intermediate'


Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-quran sebenarnya Kalam Allah (sila baca di: http://www.islamic-paths.org/Home/English/Discover/Pillars/Shahada/Convert_Story/Miller.htm

Diantara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-quran diturunkan kepada mereka yang hidup dipadang pasir,isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran? "Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku. Sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!"

Ini membuktikan Al-quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah..
Tulisan Dr. Gary Miller Berhubung Kehebatan Al-Quran

Sebaliknya, Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia.

Salah satu organisasi kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab soalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang didalam penulisan Bible. Sebenarnya Bible ialah himpunan karangan/tulisan dari lebih 40 orang penyumbang, 30 bagi kitab Perjanjian Lama dan 10 bagi kitab Perjanjian baru. Sebagai contoh, bab 'Psalms' mempunyai ramai pengarang, yang terkenal dikalangan mereka ialah Nabi Daud. Pengarang-pengarang lain ialah Nabi Musa, Asaph, seorang yang dikenali sebagai Ethan dan anak-anak lelaki Korah."


Perlu diingatkan bahawa pengarang-pengarang ini dikenali sebagai 'authors'. 'Author' mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc. " Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit dimana perlu.

Penjelasan Berhubung Penulis-Penulis Bible Yang Dibuat Oleh International Bible Society Menyebutkan Seramai 40 Orang Telah Menyumbang Kepada Isi Bible. Tulisan Mereka Dianggap Sebagai Kalam Tuhan.

Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan:

“(Penulis-penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan sumber-sumber

itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka

telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri.”

(Bruce Metzger 'The Text Of The N. Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration,' Oxford Univ. Press; hal. 195)

Kisah-kisah berhubung Nabi Isa didalam agama Kristian dikenali sebagai 'Gospel'. Gospel adalah sebahagian daripada Bible. Siapakah penulis gospel sebenarnya? Adakah ia berdasarkan wahyu daripada tuhan? Net Bible Institute yang berpusat di California, Amerika menerangkan: "Kisah berhubung kehidupan dan ajaran nabi Isa diketahui melalui keempat-empat Gospel yang ada pada hari ini. Siapakah pengarang-pengarangnya? Mereka ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Merekalah pengarang (authors) Gospel yang sebenarnya."
Salah seorang yang telah mengaku menulis dan mengedit Bible ialah Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987). Beliau merupakan seorang paderi yang dihormati dan pernah memimpin gereja Moody Memorial Church di Chicago, gereja Central Baptist Church di London, gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi. Dr. Frank Logsdon adalah salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bible dalam usaha untuk melahirkan Bible NASV. http://www.whidbey.net/~dcloud/articles/logsdon2.htm

Pengakuan Dr. Franklin Logsdon Yang Telah Membantu Menulis Bible NASV. Beliau Mengaku Telah Mengedit Isi Bible Dan

Berasa Amat Bersalah Dengan Perbuatannya Itu


Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang islam malah juga oleh tokoh-tokoh kristian! salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini didalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang professor didalam bidang 'Biblical Interprepretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Peranchis. (http://www.christianity.com/CC/article/1,1183,PTID1000|CHID|CIID238468,00.html)

Paderi (Father) John Breck menimbulkan isu berhubung penulis-penulis Bible


Father John Breck menjelaskan pertikaian berhubung identiti penulis sebahagian bab di dalam Bible telah wujud sejak dahulu lagi. Hal ini mengesahkan tentang betapa melesetnya

pandangan yang mengatakan Bible ialah Kalam Tuhan....!

Kesalahan-kesalahan dan kelemahan Bible ciptaan manusia...

BAHAGIAN DUA

Allah memelihara kesucian al-quran dan ia tidak akan tercemar hingga ke akhir zaman..Allah berfirman didalam surah A-hijr 15:9
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."

Adrian Brockett didalam 'Approaches to the history of the Interpretation of the Quran' pada halaman 44 telah berkata: " Al-quran hanya mempunyai satu teks sahaja dan isinya tidak pernah diubah sejak dari zaman pemerintahan khalifah islam dahulu. Al-quran berkemban secara statik (kerana isinya tidak berubah)."
Komen Adrian Brockett Berhubung Al-Quran. Beliau Berkata Teks Al-Quran Tidak Pernah Berubah

Arhur J, Arberry didalam Pendahuluan Terjemahan Al-qurannya telah berkata: "Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian kedalam Al-quran untuk memudahkan bacaan, Al-quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu."
Tulisan Arthur J, Arberry Di Dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya Menjelaskan Al-Quran terbitan Abad Ke-20 Adalah Sama Dengan Yang Diterbitkan Di Zaman Khalifah Uthman 1300 Tahun Dahulu

Harry Gaylord Dorman didalam 'Towards Understanding Islam' pada halaman 3 telah berkata: "Kemukjizatan Al-quran terletak pada stailnya yang begitu sempurna lagi unggul sehingga tidak ada sesiapa pun yang mampu menirunya. Isi ajaran,maklumat dan pernyataannya berhubung masa depan amat tepat lagi menakjubkan dan semua ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis."
Harry Gaylord Dorman mengkagumi Al-Quran kerana ketepatan isi dan maklumat yang terdapat di dalamnya sedangkan Nabi Muhammad tidak tahu membaca dan menulis

Profesor Laura Veccia Vaglieri didalam 'Apologie de Islamisme' pada halaman 57-59 telah berkata: " (Salah satu bukti yang menunjukkan Al-quran wahyu Tuhan) ialah kemurniaan isinya yang tidak perenah berubah sejak dari awal lagi."

Bagi Prof. Laura Veccia Vaglieri, isi Al-Quran yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi merupakan bukti Al-Quran ialah wahyu Tuhan

Sebaliknya Bible sentiasa berubah dan semakan semula sering dilakukan ke atasnya. Terry Watkins telah mendakwa 64,576 kalimat-kalimat Bible telah dibuang dari New International Version berbanding dengan Bible yang sebelumnya!

(Terry Watkins dari Dial-The-Truth Ministries mengatakan sebanyak 64,576 kalimat telah dibuang dari Bible New International Version (NIV) berbanding dengan Bible sebelumnya. Ini bermakna, sebanyak 3% daripada kalam Tuhan telah dibuang dan digantikan dengan kalimat lain

(http://www.av1611.org/niv.html)


Majalah Time telah melaporkan tentang kekeliruan yang sedang melanda penganut-penganut Kristian berhubung dengan pelbagaian versi Bible yang sedang berada didalam pasaran pada hari ini.

(Terry Watkins dari Dial-The-Truth Ministries mengatakan sebanyak 64,576 kalimat telah dibuang dari Bible New International Version (NIV) berbanding dengan Bible sebelumnya. Ini bermakna, sebanyak 3% daripada kalam Tuhan telah dibuang dan digantikan dengan kalimat lain

(http://www.av1611.org/niv.html)


Setiap versi Bible tidak sama kalimat dan isinya.
Bible Versi New King James Version (NKJV) telah membuang kalimat 'Lord' sebanyak 66 kali, kalimat 'God' 51 kali dan kalimat 'Heaven' 50 kali. Sebanyak 2,289 kalimat dari bahagian Perjanjian Baru telah dibuang dari Bible King James Version (KJV) untuk melahirkan Versi NKJV. Secara keseluruhannya, lebih daripada 100,000 perubahan kalimat telah dibuat di dalam NKJV. Demikian juga yang telah berlaku ke atas Bible New International Version (NIV), New American Standard Version (NASV) dan Revised Standard Version (RSV)

(http://www.av1611.org/nkjv.html)


Ensiklopedia 'New Advent Catholic Encyclopedia' secara rasmi telah mengesahkan bahawa kontroversi berhubung isi Bible telah wujud sejak awal lagi.
The New Advent Catholic Encyclopedia mengesahkan bahawa kontroversi berhubung isi Bible telah wujud sejak awal lagi. Di antara bab yang dipertikaikan di peringkat awal dahulu ialah 'Epistle to the Hebrews, James, bahagian kedua St. Peter, bahagian kedua dan ketiga John, Jude and Apocalypse.' Kontroversi ini berterusan sehingga melahirkan golongan Protestant dengan versi Bible yang berbeza dengan golongan Katolik.

(http://www.newadvent.org/cathen/03274a.htm)


Tokoh-tokoh kristian semakin berani mempersoalkan tentang kesucian Bible selepas versi demi versi memenuhi pasaran! Diantara mereka ialah David B. Loughran, Pengasas Stewarton Bible School, Stewarton, Scotland.

David B. Loughran, Pengasas Stewarton Bible School, Stewarton, Scotland, berdepan dengan pelbagai versi Bible akhirnya telah bertanya: "Versi yang manakah sebenarnya Kalam Tuhan?"

(http://atschool.eduweb.co.uk/sbs777/vital/kjv/)


Kontroversi berhubung Bible menjadi semakin hangat bila kenyataan-kenyataan seperti dibawah ini dikeluarkan oleh tokoh-tokoh kristian.

Tokoh-tokoh Kristian dari Fundamental Evangelistic Association telah mengeluarkan satu amaran kepada penganut-penganut Kristian: "Awas, Bible Versi Moden Berbahaya!"

http://www.fundamentalbiblechurch.org/Tracts/fbcmodrn.htm


Berdepan dengan semua ini yang mana satukah yang akan anda pilih, Al-quran yang tidak pernah berubah isinya atau Bible yang pelbagai versinya?

~Sudah terang lagi bersuluh..tepuk dada tanya iman...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...