Tuesday 2 February 2010

IBU...bangunlah Ibu...............

MALAM ini adalah malam terakhirku di Jordan...berbagai perasaan yang bercampur baur melanda hatiku..sedih ada,takut ada,gembira ada,runsing ada bahkan beribu perasaan yang bermain didadaku...sedih,kerana setelah 10 tahun aku berjuang ditanah syam ini,esok hari aku akan berangkat pulang ke Malaysia...takut,kerana tercetusnya kebimbangan yang hebat kerana dikhuatirkan akan berlaku sesuatu yang menghalang perjalananku utnuk bertemu ibuku...gembira,kerana diketika ini aku telah berjaya grade didalam pengajianku...runsing,kerana terlalu memikirkan keadaan ibuku yang sampai kewaktu ini masih belum stabil....ibu,bangunlah ibu......

walaupun esok hari aku akan bertolak pulang dengan penerbangan Gulf Air ke Malaysia,tapi diriku tetap tidak sabar untuk bertemu segera dengan ibuku....Ibuku kini,sedang bertarung dengan ujian berat dari Allah swt dengan keadaannya yang masih belum sedar lagi selepas dari pembedahannya di kepala...ibuku kini salah seorang dari sekalian orang yang menanggung penyakit stroke yang kritikal...kepala ibuku terpaksa dibedah untuk membuang darahnya yang membeku...berita yang aku dengar dari adik dan kakakku sungguh tak mampu aku mendengarnya..............kakiku lemah longlai akibat terkejut dengan dugaan Allah sebegini....YA ALLAH,aku rela penyakit stroke yang melanda ibuku itu dipindahkan saja kepadaku agar ibuku dapat hidup dengan aman seperti sediakala......ibu, kau adalah segalanya bagiku...........ibu,bangunlah ibu.................

ibu,masihku ingat tatkala dua kali ibu berkorban untukku daripada binatang berbisa......kali pertama semasa aku baru mula belajar disekolah rendah dan mula belajar tentang dunia,satu hari sekembalinya aku dari sekolah untuk mandi,ibu terlihat seekor kala jenking yang merayap dibaju T yang dipakaiku dan hampir2 hendak menyengat belakangku,ibu datang menepis kala jenking tersebut tetapi tersengat ditangan ibu..............aku tahu ibu terpaksa menepis kerana kesuntukkan masa untuk mencapai barang lain kerana kala jenking tersebut hampir2 menyengatku......demi menyelamatkanku,ibu sanggup mengorbankan tangan suci ibu sehingga ibu yang menanggung sakitnya......ibu, bangunlah ibu...................

untuk kali keduanya ketika aku sudah meningkat remaja,ketika aku,ayah dan ibu sedang menebas lalang dan semak di kebun getah,aku tertebas sarang tebuan tanah yang sarangnya sebesar hampir sebiji bola sedang melekat dipepohonan lalang....akibat tertebas sarang tebuan tanah dilalang,aku melolong meraung kesakitan kerana bisanya sengatan tersebut....aku cuba melarikan diri sekuat yang mungkin tapi apakan daya aku lemah rebah ketanah bahkan ketika itu tebuan juga masih mengejarku untuk menanamkan bisanya...tapi dalam situasi genting seperti itu,ibu datang menyelamatkanku dengan menutup badanku dengan kain buruk....lantas ayah juga turut sama membantuku...tetapi demi usaha ibu dan ayah menyelamatkanku,ibu lebih banyak disengat tebuan tanah sehingga natijahnya ibu demam berminggu2..............ibu, bangunlah ibu.....................

ibu,bangunlah ibu........bukaklah mata ibu kerana anakmu ini mahu pulang dan berbicara dengan ibu.............ibu mesti membuka mata ibu untuk anakmu ini mendengar cerita2 ibu sebagaimana tahun2 sebelum ini......cerita2 ibu sebelum ini tidak lain tidak bukan untuk memujuk anakmu daripada menangis,sunyi dan menghiburkan hati......ibu bangunlah ibu.........

tahun 1993 adalah tahun banjir besar yang melanda Gua Musang,kebetulan rumah kita dihujung jalan dan beberapa meter sahaja dari sungai....seketika kampung kita terkandas dan banyak jalan tidak boleh dilalui untuk keluar membeli makanan,dan ayah juga jatuh sakit ketika itu,ibu sedang menyangkul tanah dibelukar yang tidak ditenggelami air dalam keadaan hujan basah kuyup untuk menarik kayu ubi...........dalam keadaan hujan lebat,dengan baju ibu basah menahan sejuk,ibu sanggup menyangkul dan menarik ketulan ubi kayu untuk direbus untuk kami menghilangkan lapar..........aku dan adik yang terlihat ibu diluar,terus datang menerpa kearah ibu untuk mengambil alih tugas menyangkul dan menarik ubi kayu yang dijadikan sebagai makanan sementara,aku lontarkan persoalan untuk dijawab ibu,kenapa ibu tidak memanggil dan menyuruhku saja menyangkul dan menarik isi ubi ini?soalan aku dibalas dengan senyuman.....senyuman dari seorang ibu yang aku tak mengerti kenapa ibu senyum sedemikian....mungkin kerana ibu tidak mahu menyusahkan anak2nya asalkan ibu yang basah,ibu yang bersusah payah..........ibu, bangunlah ibu.........................

tatkala abg,aku dan adik2 memerlukan perbelanjaan untuk sekolah termasuk yuran buku2 teks,ibulah yang selalu mendahulukan gelang dan rantai ibu yang dihadiahkan ayah untuk dikorbankan ibu demi kami adik beradik......kini dengan berkat pengorbanan ibu,kedudukan ekonomi keluarga kita sudah boleh dikatakan kukuh berbanding dahulu....tapi bagaimana pula dengan ibu sekarang?ibu, bangunlah ibu.....................

itu hanyalah sebahagian pengorbanan2 yang ibu curahkan pada kami.....pengorbanan yang kami tidak nampak dan tahu lebih banyak dan tidak terbilang........lebih2 lagi jagaan dan belaian ibu terhadap kami semasa kami semua masih kecil...............makan minum kami,kesihatan kami,keselamatan kami,pelajaran kami semua ibu dan ayah korbankan diri semata2 kerana kami................tapi mahu juga kami membalas jasa2 baik ibu dan ayah..........tapi untuk membalas jasa baik ibu,anakmu ini perlukan ibu sedar dan lihat untuk kami gembirakan hati ibu sebagaimana ibu menggembirakan hati kami semasa kecil dahulu...............ibu, bangunlah ibu..................

ibu masih lagi ditahan diwad ICU dalam keadaan tidak sedarkan diri............ibu,bangunlah ibu kerana anakmu ini akan pulang untuk memeluk ibu.........Ya Allah, sembuhkan penyakit ibuku,sihatkanlah dia sebagaimana dia berusaha menyihatkan kami,tidak pernah jemu,tidak pernah mengeluh........demi kami selesa dan senang.....tapi kini,kami pula mahukan ibu sihat,senang dan selesa Ya Allah................ibu, bangunlah ibu.................................

ibu,ketahuilah sejak diriku mengetahui yang ibu tidak sedarkan diri kerana stroke,dan selepas pembedahan ibu,ibu masih belum sedar,diriku kini umpama seorang manusia yang seperti kehilangan segalanya.....masakan tidak,ibu adalah harta yang paling bernilai bagi kami.................bercakapku dengan kawan,otakku tertumpu pada ibu........makanku dengan dengan kawan,otakku tertumpu pada ibu...........apa2 sahaja pekerjaan dan perbuatan disini
tetapi otakku tak lekang dari mengingati ibu..................kerana kebimbangan hati ini terhadapmu ibu........................ibu,bukalah matamu ibu..........................
ibu, bangunlah ibu.................................
~~ibu,bangunlah ibu............................
~~jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua kawan2 yang turut sama melakukan solat hajat,bacaan yasin dan doa untuk ibuku.......syukran jaziilan sahabat semua.........mudah2an ibu akan bangun berkat doa kalian semua...Amin.............

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...