Tuesday 19 March 2013

Anak adalah anugerah Illahi yang x terhingga untuk manusia biasa sepertiku, setelah hampir setahun lebih aku menunggu kehadirannya disisi, ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Illahi, pada tanggal 29 January 2013, Selasa, Jam 3.15 petang, di Wad Bersalin Hospital Kuala Krai lahirlah seorang putera comel yang telah kuberi nama Tholhah Ubaidillah bin Mohd Affendi.

Kisahnya bermula apabila hari ahad 27 januari lagi isteriku dimasukkan ke wad bersalin hospital kuala krai tapi tunggu punya tunggu belum jugak ada tanda...sebelah malam kesian plak tengok mak mertua tido diruang menunggu semata2 nak tunggu isteriku bersalin dan menunggu cucunya lahir kedunia...hinggalah hari selasa, jam 7.45 pagi isteriku menelefon bagitau air ketuban dah keluar...kebetulan aku tinggal sekejap utk masuk sekolah utk punch-kad,aku dpt panggilan kecemasan dan apa lagi, aku terus hidupkan enjin kereta dan terus memecut laju ke Hospital kuala krai...meter naik 140-160km/h....hehehe...
sesampai aku di hospital, Doktor yang ada memanggilku utk masuk ke labour room bagi menemani isteriku...masa tu cukup kasihan melihat isteriku berlawan dengan kesakitan, payah betul nak bersalin rupanya....tak dapat aku bayangkan macamana sakitnya orang bersalin....insaf aku masa tu...terus teringat kat mak aku masa lahirkan aku dulu...hehehe...sakit demi sakit hinggalah hampir jam 3 petang...isteriku, wajahmu yang kesakitan melahirkan anak akan ku ingat sampai bila2....

hinggalah jam 3.15 petang terdengarlah suara tangisan pertama.....uwaaaa~~uwaaaaa~~kwaaaaa~~~beberapa minit sebelum tu dah ada beby kuar kat bilik sebelah...punyelah kuat sora anak die...bile kuar anak aku, rupanya anak aku lagi kuat soranya...nak lawan budak sebelah la tu kot...ekekeke.......hati aku sungguh sayu dan bersyukur sangat2 dengan anugerah Allah....bayi lelaki,3.15 kg...bayi yang disambut terus diletakkan didada isteri, mata bayi terbuka dan terus senyap apabila melihat tepat kearah ibunya, masya-Allah...hebat ciptaanMu ya Allah....sampai terlupa aku nak azan, mujurla kak misi yang tolong ingatkan...ekekeke...aku terus mengazan dan mengiqamatkan kalimat agung ke telinga bayiku...Alhamdulillah cukup teruja menjadi seorang ayah....best wooo time tu....syukur Alhamdulillah...isteriku, jutaan terima kasih yang tak terhingga untukmu kerana bersusah payah mengandungkan anak kita dan berperang dengan kesakitan untuk melahirkan anak yang diberi nama Tholhah Ubaidillah ini...syukran jaziilan isteriku....pengorbananmu dikenang selama2nya....

Tholhah anakku sayang, abi dan ibu berdoa dan berharap agar Tholhah akan menjadi seorang insan yang SOLEH, taat dan takutkan Allah, menjunjung sunnah Rasulullah SAW, seorang yang mutadayyin, banyak ilmu, warak, berguna dan berjasa kepada semua orang....ingat tu Tholhah...

Sambung balik citer tadi...pas selesai kat labour room, anak dan isteri aku dimasukkan ke wad biasa dan kak misi nak tolong mandikan anak aku...tapi anak aku steady je waktu mandi...tak nangis pon...hebat hero aku ni....pas mandi apalagi, mintak susu la jawabnya....

Hinggalah keesokannya baru dapat balik...lega rasa hati semuanya berjalan lancar...Tholhah umur satu hari dah balik naik keta....abi & ibu dia dulu bukan setakat keta, keta sorong pon tak dapat naik....sampai umah tokma dekat2 maghrib...kelihatan tokma & tokpa tersengih menyambut cucunya yang comel ni....terima kasih byk2 kat Doktor & kak2 misi Hospital Kuala Krai...:)
Sehinggalah entry ini ditulis, anak aku sihat alhamdulillah...dah makin besa dan hensem dah budak ni....:)

Syukur alhamdulillah semuanya selamat....:)

Tuesday 2 February 2010

IBU...bangunlah Ibu...............

MALAM ini adalah malam terakhirku di Jordan...berbagai perasaan yang bercampur baur melanda hatiku..sedih ada,takut ada,gembira ada,runsing ada bahkan beribu perasaan yang bermain didadaku...sedih,kerana setelah 10 tahun aku berjuang ditanah syam ini,esok hari aku akan berangkat pulang ke Malaysia...takut,kerana tercetusnya kebimbangan yang hebat kerana dikhuatirkan akan berlaku sesuatu yang menghalang perjalananku utnuk bertemu ibuku...gembira,kerana diketika ini aku telah berjaya grade didalam pengajianku...runsing,kerana terlalu memikirkan keadaan ibuku yang sampai kewaktu ini masih belum stabil....ibu,bangunlah ibu......

walaupun esok hari aku akan bertolak pulang dengan penerbangan Gulf Air ke Malaysia,tapi diriku tetap tidak sabar untuk bertemu segera dengan ibuku....Ibuku kini,sedang bertarung dengan ujian berat dari Allah swt dengan keadaannya yang masih belum sedar lagi selepas dari pembedahannya di kepala...ibuku kini salah seorang dari sekalian orang yang menanggung penyakit stroke yang kritikal...kepala ibuku terpaksa dibedah untuk membuang darahnya yang membeku...berita yang aku dengar dari adik dan kakakku sungguh tak mampu aku mendengarnya..............kakiku lemah longlai akibat terkejut dengan dugaan Allah sebegini....YA ALLAH,aku rela penyakit stroke yang melanda ibuku itu dipindahkan saja kepadaku agar ibuku dapat hidup dengan aman seperti sediakala......ibu, kau adalah segalanya bagiku...........ibu,bangunlah ibu.................

ibu,masihku ingat tatkala dua kali ibu berkorban untukku daripada binatang berbisa......kali pertama semasa aku baru mula belajar disekolah rendah dan mula belajar tentang dunia,satu hari sekembalinya aku dari sekolah untuk mandi,ibu terlihat seekor kala jenking yang merayap dibaju T yang dipakaiku dan hampir2 hendak menyengat belakangku,ibu datang menepis kala jenking tersebut tetapi tersengat ditangan ibu..............aku tahu ibu terpaksa menepis kerana kesuntukkan masa untuk mencapai barang lain kerana kala jenking tersebut hampir2 menyengatku......demi menyelamatkanku,ibu sanggup mengorbankan tangan suci ibu sehingga ibu yang menanggung sakitnya......ibu, bangunlah ibu...................

untuk kali keduanya ketika aku sudah meningkat remaja,ketika aku,ayah dan ibu sedang menebas lalang dan semak di kebun getah,aku tertebas sarang tebuan tanah yang sarangnya sebesar hampir sebiji bola sedang melekat dipepohonan lalang....akibat tertebas sarang tebuan tanah dilalang,aku melolong meraung kesakitan kerana bisanya sengatan tersebut....aku cuba melarikan diri sekuat yang mungkin tapi apakan daya aku lemah rebah ketanah bahkan ketika itu tebuan juga masih mengejarku untuk menanamkan bisanya...tapi dalam situasi genting seperti itu,ibu datang menyelamatkanku dengan menutup badanku dengan kain buruk....lantas ayah juga turut sama membantuku...tetapi demi usaha ibu dan ayah menyelamatkanku,ibu lebih banyak disengat tebuan tanah sehingga natijahnya ibu demam berminggu2..............ibu, bangunlah ibu.....................

ibu,bangunlah ibu........bukaklah mata ibu kerana anakmu ini mahu pulang dan berbicara dengan ibu.............ibu mesti membuka mata ibu untuk anakmu ini mendengar cerita2 ibu sebagaimana tahun2 sebelum ini......cerita2 ibu sebelum ini tidak lain tidak bukan untuk memujuk anakmu daripada menangis,sunyi dan menghiburkan hati......ibu bangunlah ibu.........

tahun 1993 adalah tahun banjir besar yang melanda Gua Musang,kebetulan rumah kita dihujung jalan dan beberapa meter sahaja dari sungai....seketika kampung kita terkandas dan banyak jalan tidak boleh dilalui untuk keluar membeli makanan,dan ayah juga jatuh sakit ketika itu,ibu sedang menyangkul tanah dibelukar yang tidak ditenggelami air dalam keadaan hujan basah kuyup untuk menarik kayu ubi...........dalam keadaan hujan lebat,dengan baju ibu basah menahan sejuk,ibu sanggup menyangkul dan menarik ketulan ubi kayu untuk direbus untuk kami menghilangkan lapar..........aku dan adik yang terlihat ibu diluar,terus datang menerpa kearah ibu untuk mengambil alih tugas menyangkul dan menarik ubi kayu yang dijadikan sebagai makanan sementara,aku lontarkan persoalan untuk dijawab ibu,kenapa ibu tidak memanggil dan menyuruhku saja menyangkul dan menarik isi ubi ini?soalan aku dibalas dengan senyuman.....senyuman dari seorang ibu yang aku tak mengerti kenapa ibu senyum sedemikian....mungkin kerana ibu tidak mahu menyusahkan anak2nya asalkan ibu yang basah,ibu yang bersusah payah..........ibu, bangunlah ibu.........................

tatkala abg,aku dan adik2 memerlukan perbelanjaan untuk sekolah termasuk yuran buku2 teks,ibulah yang selalu mendahulukan gelang dan rantai ibu yang dihadiahkan ayah untuk dikorbankan ibu demi kami adik beradik......kini dengan berkat pengorbanan ibu,kedudukan ekonomi keluarga kita sudah boleh dikatakan kukuh berbanding dahulu....tapi bagaimana pula dengan ibu sekarang?ibu, bangunlah ibu.....................

itu hanyalah sebahagian pengorbanan2 yang ibu curahkan pada kami.....pengorbanan yang kami tidak nampak dan tahu lebih banyak dan tidak terbilang........lebih2 lagi jagaan dan belaian ibu terhadap kami semasa kami semua masih kecil...............makan minum kami,kesihatan kami,keselamatan kami,pelajaran kami semua ibu dan ayah korbankan diri semata2 kerana kami................tapi mahu juga kami membalas jasa2 baik ibu dan ayah..........tapi untuk membalas jasa baik ibu,anakmu ini perlukan ibu sedar dan lihat untuk kami gembirakan hati ibu sebagaimana ibu menggembirakan hati kami semasa kecil dahulu...............ibu, bangunlah ibu..................

ibu masih lagi ditahan diwad ICU dalam keadaan tidak sedarkan diri............ibu,bangunlah ibu kerana anakmu ini akan pulang untuk memeluk ibu.........Ya Allah, sembuhkan penyakit ibuku,sihatkanlah dia sebagaimana dia berusaha menyihatkan kami,tidak pernah jemu,tidak pernah mengeluh........demi kami selesa dan senang.....tapi kini,kami pula mahukan ibu sihat,senang dan selesa Ya Allah................ibu, bangunlah ibu.................................

ibu,ketahuilah sejak diriku mengetahui yang ibu tidak sedarkan diri kerana stroke,dan selepas pembedahan ibu,ibu masih belum sedar,diriku kini umpama seorang manusia yang seperti kehilangan segalanya.....masakan tidak,ibu adalah harta yang paling bernilai bagi kami.................bercakapku dengan kawan,otakku tertumpu pada ibu........makanku dengan dengan kawan,otakku tertumpu pada ibu...........apa2 sahaja pekerjaan dan perbuatan disini
tetapi otakku tak lekang dari mengingati ibu..................kerana kebimbangan hati ini terhadapmu ibu........................ibu,bukalah matamu ibu..........................
ibu, bangunlah ibu.................................
~~ibu,bangunlah ibu............................
~~jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada semua kawan2 yang turut sama melakukan solat hajat,bacaan yasin dan doa untuk ibuku.......syukran jaziilan sahabat semua.........mudah2an ibu akan bangun berkat doa kalian semua...Amin.............

Thursday 28 January 2010

Dapat telur sebijik, Riuh satu kampung....

Waktu habis pengajian adalah waktu terbaik untuk aku memostingkan artikel2 baru...jadi entry aku kali ini berkenaan dengan sikap dan adab yang perlu ada dan disemai dalam diri seorang penuntut ilmu...selain hadaf (0bjektif) sebenar ditujukan kepada umum tetapi ianya juga adalah untuk diriku supaya sentiasa menjaga adab2 sebagai seorang penuntut agama Allah swt....

dan tujuan posting ini dientrykan bukan untuk mengaibkan dan merendahkan seseorang,tetapi sebagai pengajaran terhadap orang2 yang baru sahaja mendapat pengetahuan yang sedikit,lalu bisinglah ia mencanangnya kesana-sini,bercakap dengan bangganya,cuba berdebat dengan sesiapa sahaja dengan harapan supaya orang menilainya sebagai seorang yang punyai ilmu pengetahuan...Nauzubillahi min zaalik...betapa besarnya kemurkaan Allah swt kepada orang2 yang sebegini,kerana kelantangannya cuba untuk menarik orang ramai supaya memuji akan diri...tanpa dirinya sedar yang dia sendiri menjatuhkan maruahnya disisi Allah swt dan merendahkan akhlak serta nilai adabnya sendiri...

bahkan bila anda baru saja mendapat tahu sesuatu bab dan perkara dan anda sudah mula ingin berdebat dengan seseorang,hakikatnya itu menunjukkan diri anda benar2 seorang yang tidak berpengetahuan...memang suatu kewajipan untuk anda berkongsi ilmu,tetapi jika berniat untuk berkongsi ilmu,gunalah dengan cara sebaiknya....bukan berdebat,bukan berbahas....jika tidak,anda sebenarnya tidak lebih seperti dapat telur sebijik,riuh satu kampung....

Larangan Nabi Saw didalam satu hadis berkenaan hal ini : Daripada Ibnu Juraij daripada Ibnu Abi Muliikah daripada Aisyah Radiallahu Anha dari Nabi Saw bersabda :

إن أبغض الرجال إلى الله الألد الخصم


Hadis tersebut menjelaskan ayat dari surah Al-baqarah ini dengan memberi pengertian bahawa-itu- adalah orang2 yang kuat berjidal atau berdebat dengan lantang (syadid)....jadi orang2 yang kuat berjidal dan berbahas padahal ianya tidak lebih untuk menonjolkan dirinya dan menarik perhatian manusia kearahnya ialah tidak lebih tidak bukan adalah manusia yang paling dimurkai oleh Allah berdasarkan pada hadis tersebut...hal ini juga ada dinukilkan didalam kitab Fathul-Bari Syarah Soheh Bukhary lil-Imam Al-Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar Al-Asqolani,jilid ke-5 bab Qaulillahi Ta'ala sebagaimana pada 204 dalam surah Al-baqarah...

Beramanahlah dalam ilmu, orang yang melakukan jenayah dalam ilmu adalah lebih teruk berbanding orang yang melakukan jenayah sivil...

Belajar,belajar dan belajar membuatkan kita semakin merendahkan diri, bukan makin angkuh dengan ilmu yang sedikit...
~Sama2lah ambil renungan...agar terhindar dari kemurkaan Allah swt...

Sekalung Penghargaan.....

kini tinggal kenangan

Alhamdulillah....satu ucapan yang penuh kelegaan aku utarakan pada Robbiy...setelah lama menunggu,kali ini aku berjaya merentasi lautan masa selama 10tahun untuk mengakhiri zamanku sebagai mahasiswa...kini aku dah grade dalam pengajianku dibidang feqh dan ushul...syukur padaMu ya Robbiy...persoalannya,mampukah aku menerjunkan diriku dalam kelompok masyarakat yang sentiasa dahagakan pengetahuan?

walaupun aku diuji Allah swt dengan menarik sedikit nikmat kesihatanku sehinggakan aku terpaksa mengulang balik pengajianku selepas sihat dan mencukupkan pengajianku dibumi anbia' ini selama 10 tahun,tapi aku rasakan pengalaman itu masih belum cukup untuk aku terjun ke lembah masyarakat yang sedia menanti...kerana didada ini masih terlalu banyak lagi ruang2 kosong yang belum terisi dengan ilmu2 Allah sebagaimana yang aku dapat ini hanyalah diibaratkan lebih kecil dari satu pasir dari pasir2 milik Allah dibumiNya ini...walaubagaimanapun,sekecil2 ilmu yang dimiliki haruslah dipersembahkan kepada masyarakat tak kira usia tak kira darjat....

dan menjadi tanggungjawab yang terletak dipundak bahu mahasiswa untuk menghebahkan ilmu2 Allah swt kepada masyarakat,kerana inilah amanah Allah terhadap mereka untuk membawa masyarakat daripada tidak tahu kepada berilmu,daripada kegelapan kepada kecerahan,daripada ibadah terhadap hamba kepada ibadah terhadap Allah yang Maha Esa...

dan untuk aku,walaupun pengalaman2 itu aku berasakan tidak cukup,tetapi tempoh 10 tahun itu pelbagai peristiwa manis,pahit getir yang aku tempuhi sepanjang kakiku menginjak dibumi syam ini...bumi yang tersimpan pelbagai khazanah2 silam,tempat perkampungan para Rasul,juga daerah2 kaum yang dihancurkan,persinggahan dan jalan yang dilalui Nabi saw,medan peperangan mukmin melawan kuffar dan maqam2 sahabat baginda saw yang merata....pengalaman sedikit yang cukup berharga dan ianya tak akan kembali lagi kebelakang selama2nya! percayalah,walaupun anda terpaksa menelan pahit maung ketika berjuang,jika anda sudah bersedia memasuki alam baru di Malaysia, pengalaman2 dibumi syam ini sungguh indah untuk dikenang.....

dan selangkahku sebelum balik ke Malaysia,sedikit ilmuku yang aku perolehi ini tiada harganya jika aku tidak hargai pengorbanan kawan2 yang sentiasa bersamaku....setelah syukur padaMu ya Allah, aku dahulukan juga perhargaan terima kasih kepada kawan2ku dari ahli bayt serumahku iaitu ustaz Bucas itik,Matwe cicak,Matdin tikus@Matdin rambo,Jemer kelawar,Matleng labah2,Pesa gajah dan Abdulloh beruang....juga rakan batch aku Matzul kuda,tak lupa juga pada akhie Robbani biri,Poknik ikan tukko,yang berbahagia Ayie labi2,ustaz Miqdad ayam telur,ustaz Hadi dugong,ustaz Faisal unta...

mustahil untuk dilupakan juga ahli BBB (bayt batu burok),iaitu Al-Fadhil ustaz Ifwat,ustaz Kudin,ustaz Pokcek,ustaz Faiz,ustaz Pudin dan adik Fatin yang comel...

juga ustaz Tarmizi (pakar bahasa) el-mouhtaram,ustaz Poklong Al-indonisi,ustaz Din & Hafiz kdar,ustaz Najmi Tok Nujum,ustaz Syafique kdar,ustaz Amz dan ustaz Syafiq nogori....ustaz Fatah tok imam masjid,ustaz Afiq Adnan,juga ustaz chef Nayyie,ustaz MasDol dan Taha,ustaz Hussin Assuuri,ustaz Khazri Assuuri,Ustaz Syafiq Assuuri,ustaz Izoul bandle,ustaz Amir,ustaz Pudad cute,ustaz Ket,ustaz Rozaimie,ustaz Solehin....ustaz Shah,ustaz Syaheed,ustaz Epol,ustaz Hanan,ustaz lotfi,ustaz Khai dan ahli rumah,ustaz Mad Sudan dan ustaz Jibam...

Ahli bayt dihujung kampung ustaz Hazmi,ustaz Arif,ustaz Hamzah (pakar bekam),ustaz Hadi Amzar (pakar Adab Fathimi) dan ahli rumah...adik Pudin Bakar,ustaz Syarif,ustaz Syahidi,ustaz Hadi Harun,ustaz Azmuddin,ustaz Mat Nisah dah ahli rumah...

Adik Abdul Rahim dan ahli bayt Chempaka...adik2 bayt Pulau Chondong (ustaz Ostaz,Aji,Chemat,Daud Jija,Faiz dan Matyo)....Ustaz Hayyie dan ahli rumah,ustaz Ehsan dan ahli rumah,adik2 DQ,adik2 bayt Kedah dan juga sekelian sahabat yang nama mereka tidak tersebut disini yang berada dibumi Mu'tah tanah pejuang....

~Tujuan juga disebutkan nama adik2 baru dan yang bakal grade disini adalah untuk melemparkan 1 nasihat untuk entum; "Jadilah orang yang Alim,kerana status alim itu mudah2an akan menjadikan anda orang yang paling bertaqwa...kerana pada taqwa itulah terletaknya redha Allah,robbul A'lamiin..."~

Mudah2an kita berjumpa dihadapan Allah di akhirat nanti dalam satu barisan yang sama, iaitu golongan kanan yang menerima catatan amal dengan tangan kanan(sebagaimana rujukan surah Al-waqiah), iaitu golongan orang2 yang Soolihin,Muttaqiin...mudah2an insya'Allah....

maaf pada sahabat2 yang terrrrrrgelar dengan gelaran tertentu pada mereka,kerana gelaran tersebut adalah ma'ruf terhadap mereka dan saya yakin mereka tidak akan berkecil hati....hehehe...

~~Salam perjuangan lid-diinil Islamiy dan salam persahabatan Lillahi Taala....:-)

Sunday 20 December 2009

Salam Ma'al Hijrah...

Peta perjalanan Hijrah Rasulullah SAW...

Sudah beberapa hari saya tidak menjenguk blog ini kerana masalah line internet yang meragam...cuma masuk hari ini barulah penulis dapat memasukan kembali entry baru...dan bersempena ma'al hijrah ini, penulis pasti ingin memasukkan entry berkenaan sambutan ma'al hijrah...yang mana sambutan ma'al hijrah ini antara tujuannya ialah mengingati kembali sejarah perjuangan nabi junjungan kita SAW yang bekerja keras demi menyelamatkan umat manusia dari jalan kegelapan berhijrah kejalan kebenaran...atau mendorong manusia 'min ibaadatil ibaad ila ibaadati ROBBIL ibaad'...

Sempena kedatangan ma'al hijrah ini, penulis ingin mengucapkan salam Ma'al Hijrah untuk sahabat, pembaca dan seluruh muslimin muslimat santero dunia...semoga kedatangan 'hijrah' ini mampu mengubah kita seorang yang kurang baik kepada yang baik....dari yang baik kepada yang LEBIH BAIK...sama2lah kita berhijrah untuk menjadi muslim yang TAAT akan perintah Allah dan rasulNya lebih2 lagi dizaman yang penuh cabaran mehnah tribulasi ini....dan semoga kita tidak terkesan dengan angin2 jahat yang dicipta barat dengan tujuan mereka tidak lain tidak bukan semata2 untuk merosakkan agama Islam kita dan merosakkan akidah 'Tauhid Satu' sebagaimana yang ditunjangi oleh kita selama ini...

TAPI YANG MENYEDIHKAN DISINI, bukan setakat ancaman luar dan dalam oleh golongan2 kuffar atau barat, TETAPI sesama ISLAM kita BERTELAGAH....inilah REALITI yang berlaku terhadap umat kita pada hari ini termasuklah negara kita Malaysia yang dicintai...

Masyarakat berbalah sesama masyarakat, cendekiawan berbalah sesama cedekiawan, pelajar2 IPT berbalah sesama pelajar IPT dengan kumpulan masing2....kalau berbalah dalam bentuk yang benar2 ilmiyyah, itu tidak mengapa seperti para sahabat dan imam 4 mazhab, tetapi kita berbalah tidak tahu hujung pangkal, saling mengeji,mencerca dan mengutuk, tiada keptusan yang dapat dimabil bahkan perbalahan tadi adalah perbalahan berpanjangan....bahkan juga suatu hal yang paling digeruni ialah sesama kita saling melemparkan tuduhan kafir mengkafir...ini adalah realiti bukan cakap kosong! dan penulis rasa semua orang sedar akan hal ini....so inilah yang amat menyedihkan kita dan patut diambil keputusan segera dan drastik bagi menghalang sesama umat islam yang ada pada hari ini daripada terus berpecah dan ditakuti berpecahnya umat kita ini bukan kerana setakat tindakan tangan2 kotor kuffar tetapi kerana hasil tindakan dari umat islam kita sendiri....
Sama2lah kita merenung kembali firman Allah Azza Wa Jalla :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu semua dengan Tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah..." Aali-Imran ayat 103...

Sama2 kita memuhasabahkan diri setiap masa, mudah2an kita ini sentiasa berada dalam landasan yang betul sebagaimana landasan yang dibawa oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW...Salam Ma'al Hijrah Untuk Semua.....:)

Sunday 13 December 2009

Hati-hati dengan dakyah Kristian...

Beberapa hari lalu saya mendapat berita dari seorang kawan baik yang sedang berada di Kuching, Sarawak...berita ini berkenaan dengan gelombang Kristianisasi yang sedang melanda negara kita khususnya di Sabah dan Sarawak pada ketika ini...perkara ini haruslah diambil berat oleh individu muslim semua lebih2 lagi pihak berkuasa agama yang terlibat supaya anak2 muda islam kita tidak akan terjebak dengan janji2 manis dan penangan pergerakan agresif Kristian sekarang ini...

Mereka mubaligh2 Kristian di Sarawak sekarang ini menggunakan pendekatan orang tengah untuk mendekati anak2 muda muslim kita...orang tengah yang dimaksudkan disini ialah suspek yang hendak disasarkan itu akan didekati oleh orang yang dikenali suspek sendiri yang sememangnya menganut agama Kristian dan mereka ini akan DIUPAH oleh mubaligh berkenaan jika mereka berjaya membawa dan memesongkan akidah islam orang yang disasarkan...dan orang tengah ini juga diajar beberapa kaedah dan cara untuk mendekati anak2 muda islam dan seterusnya memesongkan akidah mereka untuk bertukar kepada Kristian...

Dan mengikut cerita kawan saya, antara kaedah yang digunakan orang tengah dan mubaligh Kristian seperti menumpukan terhadap minat dan hobi seseorang....contohnya, jika orang yang hendak disasarkan itu berminat dan mahu menyertai bisnes perniagaan, maka orang tengah itu tadi cuba mendekati suspek/mangsa dan mengajak mereka untuk sama2 berbincang dan mencari jalan untuk membina perniagaan untuk suspek....mereka tidak terus bercakap soal agama kerana mereka tahu jika terus menyentuh soal agama, suspek akan tidak akan berminat....tetapi, mereka orang2 tengah ini akan mula memasukkan soal agama sedikit demi sedikit apabila sudah lama bertarung bersama2 suspek dalam setiap masalah untuk membantu memulakan perniagaan suspek....perkara ini dilalui sendiri kawan baik saya dan juga terkena kepada kawan2nya semasa menuntut di sebuah Maktab Perguruan di Sarawak....ini hanya satu contoh yang digunakan mereka, dan banyak lagi contoh2 lain yang mereka lakukan berdasarkan minat dan hobi muslim yang disasarkan....

Mereka yang mencari anak2 muda untuk dimurtadkan ini bukan hanya bekerja sukarela atau mengisi masa terluang tetapi mereka ini dibayar oleh mubaligh Kristian sendiri dan difahamkan mubaligh2 Kristian ini mendapat biayaan dan dana dari gereja2 utama di Itali....jadi tidak hairanlah mereka bekerja bersungguh2 untuk mencari dan menambah duit poket bagi memenuhi perbelanjaan peribadi mereka...yang menjadi mangsanya adalah anak2 muda muslim kita....kes2 murtad ini sebenarnya sudah lama bermain di media massa tetapi sampai kini tiada penyelesaian bahkan sehingga ke hari jumlah anak2 kita murtad semakin bertambah!

Jadi atas kesedaran ini saya mahu mengajak saudara2 seislam semua agar kita semua berganting bahu berusaha untuk menyedarkan masyarakat islam tentang bahayanya dakyah Kristianisasi secara halus ini....sekaligus menyelamatkan akidah anak2 muda kita daripada terpedaya dengan dakyah2 golongan Kristian ini...mereka orang2 yang diupah oleh mubaligh Kristian ini sudah tentu akan bekerja dengan lebih keras semata2 kerana dijolok dengan wang yang dibayar dengan lumayan untuk 'satu kepala' orang islam....

~~Allahumma thabbit qalbina 'ala to'atik...
~~Allahumma thabbit qalbina 'ala diinik...
~~Moga kita termasuk dalam golongan org2 yang Muttaqiin...Soolihiin...Amin.

Tuesday 8 December 2009

Ustaz Arman di Hospital...

Gambar dipetik dari blog Ustaz

Updated; UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ...ALLAHYARHAM UST ARMAN TELAHPUN PERGI MENINGGALKAN KITA MENYAMBUT SERUAN ILAHI UNTUK KEMBALI KEPADA-NYA....AL-FAATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM....SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AMIIN...
Sama2lah kita mengambil pengajaran dan bermuhasabah terhadap diri kita diatas pemergian setiap insan di atas muka bumi ini...Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 Muttaqiin...insya'Allah...

Salam sejahtera...

Beberapa hari lalu, Ustaz Arman kita telah dimasukkan ke wad ICU kerana beliau diserang sakit Strok atau angin ahmar...Ustaz Arman Bin Mohd Rusoff merupakan seorang pegawai Atase Pendidikan di Amman, Jordan...beliau merupakan seorang pegawai yang dedikasi dan amat disenangi oleh pelajar...dan beliau juga walaupun beliau senior, beliau merupakan seorang sahabat saya yang amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar2 di Jordan dan juga Syria...

Kali ini Ustaz Arman telah diuji Allah swt dengan ujian yang cukup besar...yang beliau telah diserang penyakit strok dan sehingga kini masih dirawat di sebuah hospital di Amman...kepada Ustaz Arman tercinta, saya mendoakan kesejahteraan anda dan didoakan semoga Allah menyembuhkan sakit strok yang dialami ustaz....Syafakallah ya akhie...mudah2an,,Amin...

Disini saya ingin mengajak para sahabat2 semua supaya turut sama2 memanjatkan doa kepada Allah swt supaya Ustaz Arman disembuhkan Allah Azza wa Jalla seperti sediakala....
Sama2lah kita mendoakan untuk beliau....

Dan saya juga ingin mengucapkan ber....banyak2 terima kasih kepada sahabat2 sekelian yang turut sama2 mendirikan solat hajat di Puskma tadi yang diimami oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Farid (Bunchas) yang mana solat hajat tadi didoakan khas kepada Allah swt untuk Ustaz Arman...terima kasih juga kepada pihak akhawat yang turut sama serta untuk sama2 menunaikan solat hajat...dan solat hajat ini sememangnya bertujuan memohon hajat kepada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit Ustaz Arman dan kembali seperti sediakala...ini kerana saya difahamkan, sehingga sekarang ini Ustaz Arman masih belum sedar dari katilnya dihospital tersebut...mudah2an selepas ini beliau sembuh dan sihat seperti biasa...Insya'Allah..Amiin...

teratak-ilmiah

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...