Sunday, 13 December 2009

Hati-hati dengan dakyah Kristian...

Beberapa hari lalu saya mendapat berita dari seorang kawan baik yang sedang berada di Kuching, Sarawak...berita ini berkenaan dengan gelombang Kristianisasi yang sedang melanda negara kita khususnya di Sabah dan Sarawak pada ketika ini...perkara ini haruslah diambil berat oleh individu muslim semua lebih2 lagi pihak berkuasa agama yang terlibat supaya anak2 muda islam kita tidak akan terjebak dengan janji2 manis dan penangan pergerakan agresif Kristian sekarang ini...

Mereka mubaligh2 Kristian di Sarawak sekarang ini menggunakan pendekatan orang tengah untuk mendekati anak2 muda muslim kita...orang tengah yang dimaksudkan disini ialah suspek yang hendak disasarkan itu akan didekati oleh orang yang dikenali suspek sendiri yang sememangnya menganut agama Kristian dan mereka ini akan DIUPAH oleh mubaligh berkenaan jika mereka berjaya membawa dan memesongkan akidah islam orang yang disasarkan...dan orang tengah ini juga diajar beberapa kaedah dan cara untuk mendekati anak2 muda islam dan seterusnya memesongkan akidah mereka untuk bertukar kepada Kristian...

Dan mengikut cerita kawan saya, antara kaedah yang digunakan orang tengah dan mubaligh Kristian seperti menumpukan terhadap minat dan hobi seseorang....contohnya, jika orang yang hendak disasarkan itu berminat dan mahu menyertai bisnes perniagaan, maka orang tengah itu tadi cuba mendekati suspek/mangsa dan mengajak mereka untuk sama2 berbincang dan mencari jalan untuk membina perniagaan untuk suspek....mereka tidak terus bercakap soal agama kerana mereka tahu jika terus menyentuh soal agama, suspek akan tidak akan berminat....tetapi, mereka orang2 tengah ini akan mula memasukkan soal agama sedikit demi sedikit apabila sudah lama bertarung bersama2 suspek dalam setiap masalah untuk membantu memulakan perniagaan suspek....perkara ini dilalui sendiri kawan baik saya dan juga terkena kepada kawan2nya semasa menuntut di sebuah Maktab Perguruan di Sarawak....ini hanya satu contoh yang digunakan mereka, dan banyak lagi contoh2 lain yang mereka lakukan berdasarkan minat dan hobi muslim yang disasarkan....

Mereka yang mencari anak2 muda untuk dimurtadkan ini bukan hanya bekerja sukarela atau mengisi masa terluang tetapi mereka ini dibayar oleh mubaligh Kristian sendiri dan difahamkan mubaligh2 Kristian ini mendapat biayaan dan dana dari gereja2 utama di Itali....jadi tidak hairanlah mereka bekerja bersungguh2 untuk mencari dan menambah duit poket bagi memenuhi perbelanjaan peribadi mereka...yang menjadi mangsanya adalah anak2 muda muslim kita....kes2 murtad ini sebenarnya sudah lama bermain di media massa tetapi sampai kini tiada penyelesaian bahkan sehingga ke hari jumlah anak2 kita murtad semakin bertambah!

Jadi atas kesedaran ini saya mahu mengajak saudara2 seislam semua agar kita semua berganting bahu berusaha untuk menyedarkan masyarakat islam tentang bahayanya dakyah Kristianisasi secara halus ini....sekaligus menyelamatkan akidah anak2 muda kita daripada terpedaya dengan dakyah2 golongan Kristian ini...mereka orang2 yang diupah oleh mubaligh Kristian ini sudah tentu akan bekerja dengan lebih keras semata2 kerana dijolok dengan wang yang dibayar dengan lumayan untuk 'satu kepala' orang islam....

~~Allahumma thabbit qalbina 'ala to'atik...
~~Allahumma thabbit qalbina 'ala diinik...
~~Moga kita termasuk dalam golongan org2 yang Muttaqiin...Soolihiin...Amin.

1 comment:

Counsel Me.. said...

Salam tuan blog..sy sdikit tertarik dgn tajuk post anda dan d sni sy nak beri respon sdikit. Terus terang la sy ckp bhawa sy adalah org Kristian. Dan sy mengenali ramai pendakwah kristian atau kami gelar Pastor atau Reveren. Sy pasti tuan blog tahu yg kristian d Malaysia atau d mana shja mempunyai beribu-ribu denominasi (cth: Roman Chatolic, Protestant) n mereka ada visi, misi, prinsip, dan pegangan masing2. Mungkin apa yg tuan blog katakan benar2 berlaku atau sebaliknya. Bagi denominasi kristian kami sendiri iaitu Sidang Injil Borneo, pihak kepimpinan melarang sama sekali untuk berdakwah terhadap org2 Islam. We respect Islam n we happy to be in Islam country. Bagi sy, mereka2 yg dimaksudkn oleh tuan blog ini merupakan mereka yg berpengetahuan cetek dlm agama serta tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri..sekian.

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...