Friday 30 May 2008

Jangan Marah...Jangan Marah...Jangan Marah

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi SAW: “Berpesanlah kepada aku”. Nabi SAW bersabda: “Janganlah engkau marah”.
Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi –Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Janganlah engkau marah”.
(Hadis Riwayat Bukhari).
Sedikit Penjelasan / شرح الحديث :
Pengarang kitab Al Ifshah berkata : “Boleh jadi Nabi mengetahui laki-laki tersebut sering marah, sehingga nasihat ini ditujukan khusus kepadanya. Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah”. Sabda beliau yang bermaksud:
“Bukanlah dikatakan orang yang kuat kerana dapat mengatasi lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya ketika marah”.

Sifat marah merupakan sifat fitrah yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya. jika dapat menempatkan marah pada tempatnya, dia dapat menjadi ibadah, namun jika salah menempatkannya dia dapat menjadi dosa. Marah juga merupakan kunci segala kejahatan sebagaimana dinyatakan oleh Jaafar bin Muhammad Radiallahu Anhu. Sebab itu Rasulullah SAW menganjurkan mencintailah kerana Allah SWT, begitu juga marahlah kerana-Nya.

Marah ada dua bentuk: Terpuji dan Tercela.

- Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan karena Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pelajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan keji, terkawal dan bukan menzahirkan emosi serta hawa nafsu dll.

- Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan karena Allah, tidak memberikan pelajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor,keji dan hina, tidak terkawal, bertujuan melampiaskan emosi dan hawa nafsu.

Diantara penyebab marah adalah: Sombong, saling membanggakan diri, menghina dan memburuk burukkan,berdebat dengan cara mengangkat diri (tunjuk terer), ikut campur dalam permasalahan yang tidak ada kepentingannya dan tamak untuk mendapatkan harta dan kedudukan dll.

Doa orang yang sedang marah adakalanya dikabulkan apabila bertepatan waktu mustajab, oleh sebab itu orang yang sedang marah dilarang berdoa keburukan untuk dirinya, hartanya atau orang lain.

Diantara cara2 menghilangkan dan mengawal sikap marah ialah :

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.
Bertepatan dengan hadis rasulullah SAW :
"Dari 'Atiah Radiallahu anha ia berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air,maka apabila salah seorang daripada kamu marah,maka hendaklah ia berwuduk". (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Dalam sebuah hadis lain dikatakan yang maksudnya, "Ketahuilah sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidakkah kau lihat betapa merahnya kedua matanya,dan tegangnya urat darah lehernya?maka barangsiapa mendapatkan seperti itu,maka hendaklah melekatkan dahinya dengan tanah (sujud)" *iaitu solat sunat minimum 2 rakaat.-Hadis riwayat At-Tarmidzi.

Pada hadis yang lain disebutkan Rasulullah SAW yang bermaksud :Ada kalimat kalau diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang,iaitu "A'udzubillahi minassyaithaani-r rajiim". (Aku berlindung dari godaan syaitan yang terkutuk). -Hadis riwayat Bukhari Muslim.

Dalam sebuah hadis yang lain yang bermaksud : Kalau kalian marah duduklah,kalau tidak hilang juga maka bertidurlah". -Hadis riwayat Abu Dawud.

Dan satu lagi hadis berbunyi yang bermaksud : "Ajarilah (orang lain), mudahkanlah jangan mempersulit masalah,kalau kalian marah,diamlah. -Hadis Riwayat Ahmad.

Review dari hadis diatas:-
-Membaca Ta'awwuz (A'uzubillah minassyaithaani-r rajim).
-Ubah posisi: Jika berdiri hendaklah duduk,jika duduk hendaklah baring.
-Berwudu' (atau mandi).
-Solat atau berzikir.
-Diamlah. Be positive thinking dan janganlah merasa diri lebih mulia dr org yg kita marahi.
-Ingatlah kebaikan orang dan lupakan keburukkannya, serta
-Ingatlah keburukan kita dan lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.

Ketahuilah bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga dari Allah. Ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang maksudnya :
"Dari Abi Ad-Darda ia berkata,wahai Rasulullah SAW,tunjukkan kepadaku sesuatu amalan yang boleh menyebabkan aku akan dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda : Jangan marah..nescaya engkau akan dapat masuk Syurga". (Riwayat Al-Imam At-Tabarani).

Imam al-Ghazali menyatakan beberapa sikap manusia perihal marah:

1- Ada yang cepat marah tetapi cepat hilang marahnya
2- Ada yang lambat marah tetapi lambat hilang
3- Ada yang lambat marah tetapi cepat hilang. (Ini yang terbaik)
4- Ada yang cepat marah dan lambat hilang. (Ini yang terburuk)

Maka, hendaklah kita selaku muslim yang hidup bersaudara untuk menjauhi sikap marah yang dikutuk dalam agama. Dalam waktu yang sama, kita juga hendaklah belajar untuk marah kerana Allah Ta'ala.

~senyum sokmo...~

Sunday 25 May 2008

Semangat dan dorongan dari Syed Mokhtar Al-Bukhary ...


- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Ke 8 terkaya di Malaysia (turun 1 tangga berbanding tahun lepas)(terbaru dikatakan beliau telah memperuntukkan 1 billion ringgit untuk disedekahkan kepada pelajar2 dalam dan luar negara,anak2 yatim dan orang2 tua...)

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muamalat
- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Terkaya Malaysia...

Kali ini penulis menyambungkan lagi entry berkenaan orang2 kaya dengan memasukkan orang2 kaya dikalangan rakyat Malaysia...siapakah taiko melayu terkaya? dan berapakah jumlah taiko melayu yang termasuk didalam senarai 40 orang ini? sama2 kita saksikan...

1-Robert Kuok
Jumlah kekayaan : us$10 billion
Industry Primary : Pemilik syarikat minyak gergasi WILMAR,peneraju syarikat hartanah di Malaysia dan Hong Kong serta memegang dan menjadi peneraju SCMP (South China Morning Post),memegang kepentingan minyak Malaysia,Indonesia bersama syarikat WILMAR antarabangsa Singapura dengan dibantu anak saudara lelakinya..beliau juga adalah tonggak kepada transmile group dan syarikat yang mengendalikan kelengkapan kargo udara...semua kejayaan ini beliau mulakan perniagaan beras dan gula dan sehingga berjaya menjadi trader ke pelbagai negara..beliau yang hanya belajar di kolej raffles dan mengambil ijazah BA bahagian sains kini telah menetap di Hong Kong...

2-T.Ananda Krishnan
Jumlah kekayaan : us$7.2 billion
Industry Primary : Bekas graduan universiti harvard dan master of business administration ini adalah pemegang utama syarikat telekomunikasi Maxis,Syarikat telekomunikasinya berjaya menarik pelabur dari Syarikat Saudi Telecom untuk menggunakan produk Maxis...juga pemegang rangkaian stesen satelit Astro dan terbaru syarikat Astro beliau telah membuat kerjasama dengan syarikat India's Sun TV Group...

3-Lee Shin Cheng
Jumlah kekayaan : us$5.5 billion
Industry Primary : Anak kelahiran Jeram,Selangor ini mengetuai syarikat IOI group,dan termasuk peneraju minyak sawit terbesar dunia dan menerajui syarikat penapisan minyak dibeberapa negara termasuk di Malaysia..pada bulan march beliau telah bersetuju membayar us$ 135 million untuk memiliki syarikat perladangan di Sarawak,negeri yang terbesar di Malaysia...Hasil keuntungan dari perniagaan juga beliau telah menambah dengan membuat projek mendirikan gedung2 perniagaan besar dan juga pusat2 peranginan di Malaysia...beliau juga sedang merancang untuk menghasilkan produk berasaskan minyak,lemak yang digunakan untuk sabun mandi,sabun pencuci,kosmetik dan penambah bahan dan perisa makanan...

4-Teh Hong Piow
Jumlah kekayaan : us$3.5 billion
Industry Primary : Seorang kerani bank hinggalah pada tahun 1965,beliau membuka sebuah bank dan kini dinamakan sebagai Public Bank dan mempunyai 14,000 pekerja,241 cawangan,dengan menambah sejumlah 66 buah bank di Hong Kong dan China serta 9 di Kemboja..beliau kini beresenang lenang dengan hanya bermain bolasepak dan futsal serta mengisi masa lapang dengan minat dalam fotografi...

5-Keluarga Lee Kim Hua
Jumlah kekayaan : us$3.4 billion
Industry Primary : Balu yang mewarisi harta suaminya seorang ahli perniagaan pusat perjuadian,Lim Goh Tong yang meninggal dunia pada oktober 2007...bagaimanapun pusat perejuadian tersebut kini diwarisi oleh anak mereka Lim Kok Thay yang memduduiki ranking ke 15 orang terkaya di Malaysia...dipercayai harta peninggalan Lim Goh Tong kepada isterinya ini akan diserahkan kepada anak2 dan cucunya...

6-Quek Leng Chan
Jumlah kekayaan : us$2.4 billion
Industry Primary : Berasal dari syarikat Guoco Group kemudian mengetuai syarikat konglomerat Hong Leong Group menjadikan beliau diantara orang yang terkaya di Malaysia...Beliau menubuhkan Hong Leong Bank disamping syarikatnya mengasaskan barangan semiconductor,seramik dan menjadi pengedar bagi kenderaan motosikal...

7-Yeoh Ting Lay
Jumlah kekayaan : us$2.1 billion
Industry Primary : Ketua konglomerat YTL corporation dan kini telah menyerahkan kepada anak lelakinya Francis..dibawah syarikatnya beliau bercadang akan membina keretapi laju bawah tanah dari Malaysia ke Singapura selepas 5 tahun tetapi terbantut disebabkan masalah politik antara kedua2 negara...sekarang mempunyai projek membina sebuah bangunan tinggi di Mumbai,India...dan sekarang ini sedang beliau memajukan Thai Luxury Resort dengan bergabung bersama New York investment bank Lehman Brothers...

8-Syed Mokhtar Al-Bukhary
Jumlah kekayaan : us$1.8 billion
Industry Primary : Beliau adalah bekas pembekal beras kawalan dibawah kumpulan Malaysia Mining Corporation (MMC),memiliki kepentingan dipelabuhan Johor,pembekal bahan tenaga dibawah Malakoff,syarikat yang mengawal gas asli dan turut memiliki projek di Arab Saudi dan Jordan...

9-Vincent Tan; us$1.3 billion,bermula dengan franchise mcDonald,mempunyai beberapa syarikat dibawah Berjaya Group,serta Berjaya Corp dan Berjaya Land...

10-Tiong Hiew King; us$1.1 billion,meneraju pasaran minyak sawit,beberapa firma dan Tri-M technologies...

11-Azman hashim; us$700 million,menubuhkan AMCorp Group,menerajui Arab-Malaysian dan kini AMMB...

12-William H.J Chang; us$660 million,sebagai pengerusi Lion Group,perniagaan besi,plantation,dan kenderaan bermotor...isterinya adalah bekas penyanyi dan pelakon Hong Kong...

13-Lee Swee Eng; us$495 million,menubuhkan KNM Group,merupakan pembekal dan mengendalikan kelengkapan untuk minyak dan gas...

14-Ong Beng Seng; us$470 million,menubuhkan Hotel Properties Sdn.Bhd,dengan mempunyai 19 hotel di 8 negeri...juga pusat membeli belah dan memiliki beberapa kepentingan dalam syarikat besi Natsteel..

15-Lim Kok Thay; us$345 million,mewarisi perniagaan pusat perjudian Genting dari bapanya,kemudian sedang menguruskan pembinaan resort dan pusat perjudian di Sentosa,Singapura dan dijangka siap pada tahun 2010..juga telah bekerjasama dengan Andrew Tan's (ke-4 terkaya filipina) untuk membina hotel dan pusat perjudian di filipina...

16-Vinod Shekar; us$320 million,Petra Group.

17-Lee Oi Hian; us$300 million,Syarikat bahan kimia dan malaysia palm oil council.

18-Yaw Teck Seng; us$295 million,Samling Group.

19-Anthony fernandes; us$290 million,AirAsia.

20-Mokhzani Mahathir; us$285 million,Peneraju syarikat petroleum Kencana,memiliki 4 buah kereta import jenama Porsche.

21-Kamarudin Meranum; us$280 million,memiliki beberapa buah hotel dan bekerjasama dengan anthony fernandes untuk bersama meraih kepentingan dalam AirAsia.

22-Jeffry Cheah; us$275 million,Sunway Group.

23-Lee Hau Hian; us$250 million,adik kepada Lee Oi Hian ini merupakan pengarah urusan syarikat Batu Kawan.

24-Chong Chook Yew; us$245 million,Syarikat Selangor Properties.

25-Yaw Chee Ming; us$240 million,anak kepada Yaw Teck Seng ranking 18 terkaya Malaysia dan turut mengendalikan Samling Group.

Manakala anak2 melayu yang termasuk dalam senarai 40 terkaya ialah Abdul Hameed Sepawi,dengan us$180 million menduduki ranking ke 30 terkaya Malaysia yang menguruskan Syarikat Ta Ann dengan menguruskan bahan2 plywood,bahan2 kontraktor dan tenaga...

Ahmayuddin Ahmad diranking ke-34,dengan jumlah us$155 million pemilik westports dan mengendalikan syarikat Pelikan untuk bahan2 seperti pensil,pen dan dakwat...

Ranking ke 35 terkaya Malaysia adalah Anakanda Raja Perak,Raja Eleena Raja Azlan Shah dengan jumlah us$150 million,seorang peguam lulusan UK,kemudian membina firma guaman dan turut menguruskan Danau Permai Resort...

Manakala diranking yang ke-40 terkaya Malaysia ialah Nazir Razak,anak saudara kepada Timbalan Perdana Menteri,beliau memiliki master's degree dari universiti Cambridge,bekerja di khidmat financial di CIMB dan kini memegang jawatan sebagai chief executive di CIMB...

Saturday 24 May 2008

The Arab Billionaire...


Kali ini penulis meng'entry'kan tentang billionaire2 arab yang cukup kaya raya,dengan maklumat yang terbaru tentang jumlah kekayaan yang dikumpulkan mereka...rata2 diantara mereka telah berjaya menambahkan lagi jumlah kekayaan mereka daripada apa yang mereka kumpulkan dan buktinya telah dicatitkan oleh beberapa sumber sebelum ini...

Jadi apa yang penulis paparkan disini bukan semata2 paparan tetapi sebagai pemangkin untuk kita semua berusaha dan jadikan ia sebagai semangat yang akan mendorong kita untuk menjadi sebahagian dari mereka...saya percaya jika anda berusaha,tiada apa yang mustahil didunia ini...berusahalah kita iaitu berusaha menjadi muslim yang yang kuat dari pelbagai cabang termasuklah dari sudut ekonomi kerana secara hakikatnya masih terlalu ramai orang2 islam yang ketinggalan dari sudut ekonomi bahkan hidup merempat ditanahair sendiri...

Bumi Allah ini luas...dan Allah swt membengtangkan dataran tanah dan lautan yang luas ini untuk anda mencari rezeki dengan cara yang halal,bukan sahaja untuk anda,bahkan untuk isteri anda,anak2 anda yang ramai,ibu bapa anda yang semestinya anda balas jasa mereka,adik beradik anda dan semua orang yang tiada berkemampuan mengharapkan bantuan dari anda yang telah berjaya...

Jadi sama2 kita menyungkil apakah yang membuatkan mereka2 yang disebutkan ini menjadi insan yang berjaya disudut ekonomi dan dorongilah semangat anda untuk menjadi seperti mereka...saudara,agama tanpa ekonomi jadikan kita tidak mampu untuk bergerak..tetapi ekonomi tanpa agama akan membuatkan kita buta kepada Pencipta...Jadi gunakanlah aqal anda yang bijak untuk sama2 meletakkannya ditangan anda...

Senarai Arab Terkaya dengan jumlah kekayaan (net worth) dan industries primary mereka...

1-HRH Prince Al-Waleed Bin Talal As-Saud (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$29.5 billion
Primary Industry : Banking & Finance,mengusahakan Syarikat Travel & pengangkutan dan hospital swasta..beliau juga telah melabur dengan lebih dari 40 pelaburan dalam sektor2 besar termasuklah syarikat apple computer,citi group dan akhbar... beberapa bulan sebelum ini beliau telah membeli pesawat peribadi Airbus A380 superjumbo,iaitu pesawat penumpang terbesar dunia,dengan harga mencecah US$ 320 million..

2-Keluarga Al-Rajhi (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$24 billion
Primary Industry : Banking & Finance,Bank al-rajhi adalah salah satu islamic bank dinegara Saudi..bank yang diusahakannya merupakan bank yang ketiga terbesar selepas Saudi American Bank dan Riyadh Bank..mempunyai lebih 600 cawangan di saudi,14oo mesin teller automatik,dan lebih 8000 merchant terminal yang beroperasi...hasil keuntungan daeri operasi bank tersebut,beliau telah menambah ibu duit dengan membangunkan beberapa buah kilang iaitu kilang paip PVC,tilam getah,syarikat hartanah dan besi serta pemilik syarikat pemproses ayam terbesar di timur tengah..

3-Keluarga Hariri (Lubnan)

Jumlah kekayaan : us$17 billion
Primary Industry : Mengusahakan syarikat teknologi dan komunikasi,membeli syarikat oger telecom dan menambahkan operasinya di saudi serta membekalkan rangkaian komunikasi dan internet ke Turki,Saudi,Afrika Selatan,Lubnan dan Jordan..Juga turut mengusahakan syarikat perbankan & finance dan memiliki 40% pegangan saham dalam Saudi Arabia's Arab National Bank..dan keluarga beliau turut trelibat dalam projek perladangan dan hartanah Saraya Luxury di Jordan dan juga mendapat kerjasama dari kerajaan negara Jordan dengan terlibat didalam projek Al-Abdali dengan perbelanjaan sebanyak us$1 billion..kerja2 projek ini sedang berjalan dan akan menjadi sebuah bandar capital yang maju di Abdali..keluarga ini juga turut memiliki Syarikat stesyen TV Future yang beroperasi di Lubnan...

4-Nasser Al-Kharafi (Kuwait)

Jumlah kekayaan : us$12 billion
Primary Industry : Keluarga ini mengusahakan barangan runcit,makanan segera dan syarikatnya mengawal exlusive arab franchises untuk mengawal KFC,wimpy,TGI Fridays,cadbury's,pizza hut dan saint cinnamon..keluarga ini juga turut membangunkan syarikat yang menyelenggarakan kerja2 mekanikal dan elektrik,kontraktor,serta menumpukan kepada petroleum,air,bahan kimia dan tenaga..keluarga ini turut memiliki keuntungan yang besar dari Atheer telecom dan sekarang menjadi antara pemegang saham yang besar dalam syarikat telekomunikasi zain...turut menyertai kontrak bersama Beirut hotel dengan melabur sebanyak us$11o million,membina padang golf di Afrika Selatan dengan pelaburan sebanyak us$200 million,us$400 million pelaburan untuk projek kumbahan di Kuwait dan memiliki taman disney-esque di Port Galib,Mesir dengan mengenakan caj masuk kepada setiap pengunjung dari seluruh dunia...

5-Maan Al-Sanea (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$10 billion
Primary Industry : Bekas pemandu pesawat tempur Saudi ini berkahwin dengan anak seorang ahli perniagaan dari keluarga Al-Gosaibi berpangaruh di Saudi dan kemudiannya membina empayar perniagaan sendiri dengan menubuhkan syarikat Saad Group untuk mengendalikan projek2 kontraktor dan industri,serta membuka pejabat operasi di Bahrain,Geneva dan London dengan bergabung bersama syarikat2 di Kuwait,Portugal,Peranchis,Cayman Island,Belanda dan Amerika..Beliau juga turut mengendalikan Banking & finance di Saudi dan mengendalikan sebuah hospital swasta dengan nama Saad specialist hospital di Saudi...

6-Mohammad Al-Amoudi (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$9.2 billion
Primary Industry : Dilahirkan di Ethiophia,bapanya berketurunan Yaman,tetapi mendapat pendidikan di Arab Saudi..langkah pertama mengedalikan syarikat kontaraktor dan perladangan,kemudian membeli syarikat minyak yang berasal Sweden dan Maghribi..hari ini beliau merupakan pelabur luar terbesar di Sweden dan sangat dihormati oleh keluarga diraja Sweden serta telah dianugerahi darjah bintang Order of the North Sweden oleh Raja King Carl XVI pada tahun 2007..beliau turut menubuhkan syarikat Corral Group dan Midcal Group dengan jumlah pekerja seramai 40,000 orang..turut memiliki beberapa buah hotel dan agriculture dibeberapa negara timur tengah...

7-Keluarga Ben Laden (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$8.5 billion
Primary Industry : contraction & industry,banking & finance...Keluarga Ben Laden merupakan keluarga ke-7 terkaya dikalangan orang2 arab membangunkan syarikat yang menjalankan projek2 berprofil tinggi yang dikenali sebagai Saudi Bin Laden Group (SBG)...dan terbaru,syarikat ini bersama syarikat infrastruktur dan tenaga (MMC Corporation Berhad) dari Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai us$3.73 dengan syarikat korporat aluminium dari negara China untuk menubuhkan pusat peleburan aluminium kedua di Jazan Economic City (JEC),bandar ekonomi keempat di Saudi...Projek ini telah diluluskan oleh General Investment Authority (Sagia) dengan ditanda tangani oleh Gabenor Amr Ad-Dabbagh...dan pelaburan2 dari China akan menjadikan syarikat ini antara syarikat yang utama di Asia...SBG juga telah menjalankan projek makanan ringan dengan Thailand untuk dipasarkan di Saudi..

Dan ketika ini syarikat Ben Laden ini sedang menggerakkan projek membina jambatan sepanjang 17 batu nautika yang menyambungi antara perairan negara Yaman dengan Djibouti...selepas projek ini tamat,ianya akan berjaya menyambungkan antara gagasan timur tengah dengan tanah besar Afrika...projek ini menelan belanja sebanyak us$20 billion dan dijangka akan siap dalam masa 9 tahun..projek ini dinamakan oleh para wartawan sebagai "the bridge of the century"...

8-Abdulaziz Al-Ghurair (United Arab Emirates)

Jumlah kekayaan : us$8 billion
Primary Industry : Banking & Finance

9-Keluarga Olayan (perempuan besi Arab Saudi)
Jumlah kekayaan : us$7.2 billion
Industry : Banking & Finance,Makanan ringan dan Teknologi
Syarikat : Olayan Group,general trading company dan Arab commercial interprise...

10-keluarga Naguib Sawiri (Egypt)

Jumlah kekayaan : us$6.2 billion
Industry : Teknologi
Syarikat : Orascom Telecom,orascom construction industries S.A.E,orascom hotels & development (OHD).

11-Keluarga Yusuf Ahmed Kanoo (Bahrain)

Jumlah kekayaan : us$6.1 billion
Industry : Travel,hospital swasta,tenaga dan construction & industry...

12-Said Khoury (Palestin)

Jumlah kekayaan : us$6 billion
Industry : Contsruction & industry,tenaga
syarikat : Consolidated contractors international company...

13-Salleh Kamil (Arab Saudi)

Jumlah kekayaan : us$5.1 billion
Industry : Makanan ringan, banking & finance
Syarikat : Pemilik Arab Radio Television (ART),Middle East Broadcsting Corporation (MBC),Al-Baraka banking group...

14-Keluarga Ali Haji Abdullah Awazi Al-Gargash (United Arab Emirates)

Jumlah kekayaan : us$5 billion
Industry : Makanan ringan,Banking & finance
Syarikat : Gargash Interprise, Daman Investment

15-Keluarga Muhammad Al-Shaya (Kuwait)

Jumlah kekayaan : us$5 billion
Industry : Makanan
Syarikat : M.H Al-Shaya company...

Dan Anda,bila lagi...??

Monday 19 May 2008

exam...exam...exam...

Rasa2nya baru je start semester thani ni tapi skang dah nak start pula final exam n sampai ke penghujung sem nih..jantung,hati n segala2 urat2 perut memang berdebar menghitung hari menunggu exam tapi dalam debaran tuh malas plak aku nak bukak buku...mana pegi semangat aku??Ya robbii...kuatkanlah semangatku..pulihkanlah azamku..mudah2an aku leh dapat jawab ngan baik dalam final exam nih..ehh macam study just untuk exam la plakkkk...aku doakan untuk diri aku n jugak untuk kawan2 aku smoga leh jawab dengan lebih baik,cemerlang,gemilang n terbilang dalam final exam nih..amin..n slamat ber imtihan...

Kepada yang nak grade n bakal grade tuh aku ucapkan alf mabruuuuuuuuukkk kat korang krn akhirnya korang akan berjaya membawa pulang segulung ijazah yang korang impikan di bumi Jordan selama ini..perjuangan korang dah hampir selesai dibumi Jordan ni tapi perjuangan korang belum lagi selesai di tanahair tercinta...

huhuhuhu....baca!!!!baca!!!!baca!!!!

Tuesday 13 May 2008

Apalah Dosa Bayi Ini...

Di era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus mencari selera yang pelbagai. Tidak lama sebelum ini kita telah digemparkan sebuah akhbar dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.

Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan penggemar penguat tenaga seks.

Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal di dalam hutan).

Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa agar kita tidak berada di zaman tersebut.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu memuaskan hati dan nafsunya sendiri...semuanya adalah kerana kejahilan dan penyakit hati..penyakit bagi hati ialah kerana tiadanya ilmu dan hidayahilmu agamalah yang memandu manusia kearah kesejahteraan..tetapi ada juga orang yang kurang atau tersangat sedikit ilmu agamanya tapi mendakwa dirinya terlalu hebat dalam agama hingga ada yang sanggup menjual ilmu agamanya samada dalam sedar ataupun tidak..semoga Allah sentiasa menunjuki kita kejalan yang lurus..dan semoga kita semoga menjadi insan yang sentiasa mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.


Wednesday 7 May 2008

Wahai pemilik mulut!



Mulut Longkang!
Inilah yang perlu aku labelkan kepada sesiapa yang mempunyai mulut yang tidak bayar insuran.
Mana tidaknya bibir cukup pemurah untuk melepaskan kata-kata kesat dan mencarut.
Kata-kata kesat bukan perkara luar biasa untuk di-iramakan.

Wah, mungkin mereka fikir seluruh alam meredhoi.

"Berkata-kata kesatlah, tiada siapa akan terasa!"

"Mencarutlah, kitakan dah kawan lama!"

Habis mana pergi akhlakmu sebagai muslim?
Tak malukah bergelar muslim, tapi tak pernah menunjukkan bunga-bunga muslim.

Bunga-bunga muslim?
Apa tu?


Yelah, bunga-bunga muslimlah yang menunjukkan tertunjangnya dirimu dengan akar yang baik. Menumbuhkan batang pokok yang kuat. Dahan-dahan dan ranting-ranting yang teguh tidak patah. Serta daun-daunan segar penarik peribadimu...

Cakap apa ni Syeikh?? Tak faham lah...


Sedarlah, Agamamu bertunjangkan akidah sebagai akarnya. Lalu kau semai ia dengan berbatangkan amal ibadahmu. Dari situ tumbuhnya cabang-cabang ranting hasil ibadah sunatmu. Ianya mula memutikkan dedaunan Taqarrub kepada ilahi. Dan hasilnya, masyaAllah..Akhlak muslim!

Tak pentingkah akhlak muslim ni?
Penting..

Kalau tak, takdelah Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

'Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.' (Al-Muwathok)

Untuk mulut-mulut longkang!
Sedarlah perangaimu itu bukan sifat Nabi SAW.
Tidak disukai Allah SWT.

Firman Allah dalam surah An-Nisa' 148;


Renungilah hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh bukhari & muslim, dari Abu Hurairah RA berkata bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah ia muliakan jirannya,dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudiannya,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.-diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mempunyai nilai peradaban islam yang tinggi,sopan santunnya yang terpuji. Seorang yang beriman yang sebenarnya tentu menggunakan pengajaran peradaban ini untuk keselamatan dirinya dengan memelihara perkataannya,dan untuk menjaga hubungan baik dengan jiran serta sahabat2nya dengan memuliakan mereka sesuai dengan keadaan masing2.

Mengenai berkata yang baik atau diam,imam syafi'i menyatakan makna hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata,hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya dan kemudharatan keatasnya,berkatalah. Tetapi bila ternyata sebaliknya,diamlah. Abul Qasim Al-qusyairi (beliau merupakan seorang ahli tasawwuf) berkata : Diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang2 besar,dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia.

Rasulullah SAW mengajar supaya seseorang yang beriman selalu mengawasi peerkataannya dan membiasakan diamnya sekiranya diam itu ada faedahnya. Tetapi kalau diam itu bukan pada tempatnya,maka ianya sudah tentu tercela. Diam seperti ini ialah diam dari mengatakan yang hak dan menegur suatu yang salah. Dan orang yang diam seperti inilah dikatakan 'syaitan' yang kelu..

"Anda pandai berkata2 tidak semestinya anda bijak,dan anda diam tidak semestinya anda bodoh"

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...