Sunday 20 December 2009

Salam Ma'al Hijrah...

Peta perjalanan Hijrah Rasulullah SAW...

Sudah beberapa hari saya tidak menjenguk blog ini kerana masalah line internet yang meragam...cuma masuk hari ini barulah penulis dapat memasukan kembali entry baru...dan bersempena ma'al hijrah ini, penulis pasti ingin memasukkan entry berkenaan sambutan ma'al hijrah...yang mana sambutan ma'al hijrah ini antara tujuannya ialah mengingati kembali sejarah perjuangan nabi junjungan kita SAW yang bekerja keras demi menyelamatkan umat manusia dari jalan kegelapan berhijrah kejalan kebenaran...atau mendorong manusia 'min ibaadatil ibaad ila ibaadati ROBBIL ibaad'...

Sempena kedatangan ma'al hijrah ini, penulis ingin mengucapkan salam Ma'al Hijrah untuk sahabat, pembaca dan seluruh muslimin muslimat santero dunia...semoga kedatangan 'hijrah' ini mampu mengubah kita seorang yang kurang baik kepada yang baik....dari yang baik kepada yang LEBIH BAIK...sama2lah kita berhijrah untuk menjadi muslim yang TAAT akan perintah Allah dan rasulNya lebih2 lagi dizaman yang penuh cabaran mehnah tribulasi ini....dan semoga kita tidak terkesan dengan angin2 jahat yang dicipta barat dengan tujuan mereka tidak lain tidak bukan semata2 untuk merosakkan agama Islam kita dan merosakkan akidah 'Tauhid Satu' sebagaimana yang ditunjangi oleh kita selama ini...

TAPI YANG MENYEDIHKAN DISINI, bukan setakat ancaman luar dan dalam oleh golongan2 kuffar atau barat, TETAPI sesama ISLAM kita BERTELAGAH....inilah REALITI yang berlaku terhadap umat kita pada hari ini termasuklah negara kita Malaysia yang dicintai...

Masyarakat berbalah sesama masyarakat, cendekiawan berbalah sesama cedekiawan, pelajar2 IPT berbalah sesama pelajar IPT dengan kumpulan masing2....kalau berbalah dalam bentuk yang benar2 ilmiyyah, itu tidak mengapa seperti para sahabat dan imam 4 mazhab, tetapi kita berbalah tidak tahu hujung pangkal, saling mengeji,mencerca dan mengutuk, tiada keptusan yang dapat dimabil bahkan perbalahan tadi adalah perbalahan berpanjangan....bahkan juga suatu hal yang paling digeruni ialah sesama kita saling melemparkan tuduhan kafir mengkafir...ini adalah realiti bukan cakap kosong! dan penulis rasa semua orang sedar akan hal ini....so inilah yang amat menyedihkan kita dan patut diambil keputusan segera dan drastik bagi menghalang sesama umat islam yang ada pada hari ini daripada terus berpecah dan ditakuti berpecahnya umat kita ini bukan kerana setakat tindakan tangan2 kotor kuffar tetapi kerana hasil tindakan dari umat islam kita sendiri....
Sama2lah kita merenung kembali firman Allah Azza Wa Jalla :

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu semua dengan Tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah..." Aali-Imran ayat 103...

Sama2 kita memuhasabahkan diri setiap masa, mudah2an kita ini sentiasa berada dalam landasan yang betul sebagaimana landasan yang dibawa oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW...Salam Ma'al Hijrah Untuk Semua.....:)

Sunday 13 December 2009

Hati-hati dengan dakyah Kristian...

Beberapa hari lalu saya mendapat berita dari seorang kawan baik yang sedang berada di Kuching, Sarawak...berita ini berkenaan dengan gelombang Kristianisasi yang sedang melanda negara kita khususnya di Sabah dan Sarawak pada ketika ini...perkara ini haruslah diambil berat oleh individu muslim semua lebih2 lagi pihak berkuasa agama yang terlibat supaya anak2 muda islam kita tidak akan terjebak dengan janji2 manis dan penangan pergerakan agresif Kristian sekarang ini...

Mereka mubaligh2 Kristian di Sarawak sekarang ini menggunakan pendekatan orang tengah untuk mendekati anak2 muda muslim kita...orang tengah yang dimaksudkan disini ialah suspek yang hendak disasarkan itu akan didekati oleh orang yang dikenali suspek sendiri yang sememangnya menganut agama Kristian dan mereka ini akan DIUPAH oleh mubaligh berkenaan jika mereka berjaya membawa dan memesongkan akidah islam orang yang disasarkan...dan orang tengah ini juga diajar beberapa kaedah dan cara untuk mendekati anak2 muda islam dan seterusnya memesongkan akidah mereka untuk bertukar kepada Kristian...

Dan mengikut cerita kawan saya, antara kaedah yang digunakan orang tengah dan mubaligh Kristian seperti menumpukan terhadap minat dan hobi seseorang....contohnya, jika orang yang hendak disasarkan itu berminat dan mahu menyertai bisnes perniagaan, maka orang tengah itu tadi cuba mendekati suspek/mangsa dan mengajak mereka untuk sama2 berbincang dan mencari jalan untuk membina perniagaan untuk suspek....mereka tidak terus bercakap soal agama kerana mereka tahu jika terus menyentuh soal agama, suspek akan tidak akan berminat....tetapi, mereka orang2 tengah ini akan mula memasukkan soal agama sedikit demi sedikit apabila sudah lama bertarung bersama2 suspek dalam setiap masalah untuk membantu memulakan perniagaan suspek....perkara ini dilalui sendiri kawan baik saya dan juga terkena kepada kawan2nya semasa menuntut di sebuah Maktab Perguruan di Sarawak....ini hanya satu contoh yang digunakan mereka, dan banyak lagi contoh2 lain yang mereka lakukan berdasarkan minat dan hobi muslim yang disasarkan....

Mereka yang mencari anak2 muda untuk dimurtadkan ini bukan hanya bekerja sukarela atau mengisi masa terluang tetapi mereka ini dibayar oleh mubaligh Kristian sendiri dan difahamkan mubaligh2 Kristian ini mendapat biayaan dan dana dari gereja2 utama di Itali....jadi tidak hairanlah mereka bekerja bersungguh2 untuk mencari dan menambah duit poket bagi memenuhi perbelanjaan peribadi mereka...yang menjadi mangsanya adalah anak2 muda muslim kita....kes2 murtad ini sebenarnya sudah lama bermain di media massa tetapi sampai kini tiada penyelesaian bahkan sehingga ke hari jumlah anak2 kita murtad semakin bertambah!

Jadi atas kesedaran ini saya mahu mengajak saudara2 seislam semua agar kita semua berganting bahu berusaha untuk menyedarkan masyarakat islam tentang bahayanya dakyah Kristianisasi secara halus ini....sekaligus menyelamatkan akidah anak2 muda kita daripada terpedaya dengan dakyah2 golongan Kristian ini...mereka orang2 yang diupah oleh mubaligh Kristian ini sudah tentu akan bekerja dengan lebih keras semata2 kerana dijolok dengan wang yang dibayar dengan lumayan untuk 'satu kepala' orang islam....

~~Allahumma thabbit qalbina 'ala to'atik...
~~Allahumma thabbit qalbina 'ala diinik...
~~Moga kita termasuk dalam golongan org2 yang Muttaqiin...Soolihiin...Amin.

Tuesday 8 December 2009

Ustaz Arman di Hospital...

Gambar dipetik dari blog Ustaz

Updated; UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ...ALLAHYARHAM UST ARMAN TELAHPUN PERGI MENINGGALKAN KITA MENYAMBUT SERUAN ILAHI UNTUK KEMBALI KEPADA-NYA....AL-FAATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM....SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AMIIN...
Sama2lah kita mengambil pengajaran dan bermuhasabah terhadap diri kita diatas pemergian setiap insan di atas muka bumi ini...Semoga kita termasuk dalam golongan orang2 Muttaqiin...insya'Allah...

Salam sejahtera...

Beberapa hari lalu, Ustaz Arman kita telah dimasukkan ke wad ICU kerana beliau diserang sakit Strok atau angin ahmar...Ustaz Arman Bin Mohd Rusoff merupakan seorang pegawai Atase Pendidikan di Amman, Jordan...beliau merupakan seorang pegawai yang dedikasi dan amat disenangi oleh pelajar...dan beliau juga walaupun beliau senior, beliau merupakan seorang sahabat saya yang amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar2 di Jordan dan juga Syria...

Kali ini Ustaz Arman telah diuji Allah swt dengan ujian yang cukup besar...yang beliau telah diserang penyakit strok dan sehingga kini masih dirawat di sebuah hospital di Amman...kepada Ustaz Arman tercinta, saya mendoakan kesejahteraan anda dan didoakan semoga Allah menyembuhkan sakit strok yang dialami ustaz....Syafakallah ya akhie...mudah2an,,Amin...

Disini saya ingin mengajak para sahabat2 semua supaya turut sama2 memanjatkan doa kepada Allah swt supaya Ustaz Arman disembuhkan Allah Azza wa Jalla seperti sediakala....
Sama2lah kita mendoakan untuk beliau....

Dan saya juga ingin mengucapkan ber....banyak2 terima kasih kepada sahabat2 sekelian yang turut sama2 mendirikan solat hajat di Puskma tadi yang diimami oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Farid (Bunchas) yang mana solat hajat tadi didoakan khas kepada Allah swt untuk Ustaz Arman...terima kasih juga kepada pihak akhawat yang turut sama serta untuk sama2 menunaikan solat hajat...dan solat hajat ini sememangnya bertujuan memohon hajat kepada Allah swt untuk menyembuhkan penyakit Ustaz Arman dan kembali seperti sediakala...ini kerana saya difahamkan, sehingga sekarang ini Ustaz Arman masih belum sedar dari katilnya dihospital tersebut...mudah2an selepas ini beliau sembuh dan sihat seperti biasa...Insya'Allah..Amiin...

Thursday 3 December 2009

Kawan yang menghiburkan...!

Semalam adalah hari muhadharah yang membuatkan aku tercuit hati..geli hati dek kawan2 dalam muhadharah...kelas ini adalah kelas English Language 2, yang diajar oleh Dr Ahmad Ad-Draisat...

Ketika waktu muhadharah berbaki 35minit lebih kurang (kelas sejam setengah), Dr Draisat menanyakan siapa yang telah pergi Haji baru2 ni...jadi kebetulan dalam kelas aku, ada seorang pelajar Malizi (nama dirahsiakan) yang dah pulang dari menunaikan haji dan datang muhadharah pada hari itu...so, dek kerana Dr Draisat mahu pelajar Malizi bermusyarakah dalam kelas, lalu disuruhnya seorang pelajar Malizi ini pergi ke hadapan kelas dan menceritakan sedikit perihal tentang pilgrim (haji) dan menceritakan pengalaman tersebut dalam bahasa inggeris...

Cuma sahabat kesayangan aku ini hanya errr...hurm hurm...and errr sahaja, bila Dr perasan yang pelajar kita ini menggelabah, lalu Dr menyuruh sahabat aku ini menceritakan sahaja tentang haji dalam bahasa arab...lalu keluarlah ayat yang dia pergi haji "isnin-marrah"...kelas dah mula riuh rendah...dan Dr membetulkan balik ayatnya " ohhh marrotain" (dua kali..)...
bila Dr bertanya kenapa tak cerita dalam bahasa inggeris? beliau menjawab "ana khauf".....

itu cerita pertama, selepas giliran arab menceritakan pengalaman mereka tentang ibadah haji yang dah lepas2 in english, lalu kali ini Dr Draisat menyuruh pula pelajar menceritakan pengalaman hari raya aidiladha masing2 yang juga dalam bahasa inggeris , lalu angkatlah tangan seorang lagi kawanku dengan confident mahu menceritakan pengalamannya tentang hari raya aidiladha nya di Malaysia...berani sungguh kawanku yang seorang nih...tabik hormat!

dengan langkah confident beliau keluar kedepan dan memulakan bicara... "we.....aidiladha....herkkkqqqq (dengan menggunakan tangannya ke tekak menunjukkan isyarat tentang sembelihan....) maksudnya, kami menyambut hari raya dengan menyembelih korban...dengan bahasa isyarat menggunakan tangan ke tekak, rakan2 arab yang lain mula mengilai dan ketawa berdekah2....ish berani dan semangat sungguh kawanku ini...
Dr bertanya, "berapa ekor haiwan disembelih?"...."errrr na'am three cows! yeah three cows...." jawabnya....ditanya lagi, sembelihan tu dibahagikan atau dimakan? "we eat....barbeque..." terangnya...disoal lagi, lepas barbeque buat apa? jawab kawanku "we going to mosque" tetapi mosque beliau menyebut "moscow".....Dr kehairanan termasuklah aku..."hmm lepas makan pergi rusia (moscow) ker?" pa lagi gelaklah kawan2 arab yang lain.....heheh..."no moscow,mosque"....disebut sebetulnya oleh Dr....

apapun aku tabik hormat dengan 2 orang kawanku ini kerana semangat dan keberaniaan mereka utk bercakap dan keluar ke depan...dari segi keberaniaan, inilah pelajar Malaysia contoh!...

dan aku yakin kawanku ini sebenarnya memang tererrrr dalam B.I, cuma aku rasa mereka hanya gugup sahaja bila didepan...aku yakin mereka memang power B.I....tak macam aku seorang penakut dan pengecut!hehehehe....

Tuesday 1 December 2009

Syabas dan Tahniah As-syeikh Al-Allamah Ali Jumuah (mufti Mesir)...

Berbagai perasaan bercampur-baur bermain dalam benakku apabila terasa agama sendiri dipijak2 oleh barat...marah ada, sedih ada, pilu ada, nak menyepak pun ada...

mungkin bagi sesetengah orang, isu pengharaman pembinaan menara baru masjid di Switzerland dianggap sebagai suatu hal remeh temeh, enteng atau kecil...tetapi tidak sekali2 bagi aku...masakan tidak, mereka2 yang sengaja memungut suara orang ramai untuk mengharamkan pembinaan menara masjid itu sehinggalah pengharamannya dilaksanakan sebenarnya menghina agama islam yang dianuti muslimin...bukan setakat di Switzerland, bahkan umat islam seluruh dunia...

mereka pemimpin parti berhaluan kanan yang berpengaruh sengaja memungut suara orang ramai untuk mengharamkan pembinaan menara masjid kerana mereka sendiri tahu bahawa mereka mampu untuk mendapat suara majoriti di negara mereka sendiri...bila majoriti suara dah berjaya dipungut, mereka mencadangkan berdasarkan suara majoriti tersebut agar tidak membenarkan orang2 islam membina menara masjid yang diagung2kan sebagai syiar islam itu...
Switzerland, memang diketahui adalah merupakan negara yang paling aman sekali di dunia ini...tapi status sebagai negara teraman didunia ini dicemari oleh tangan2 ahli politik mereka sendiri dengan membangkitkan sensitiviti umat islam keseluruhannya...mereka sendiri mencabul hak kebebasan beragama sebagaimana yang dilaung2kan....agaknya mereka politikus kanan Switzerland ini hanya berteriak sahaja melaungkan kebebasan beragama tetapi perbuatan mereka membelakanginya....tak ubah umpama orang yang melolong membenci rasuah tetapi dia sendiri mengamalkannya....dan mereka ini politikus berhaluan kanan switzerland tak ubah seperti Yahudi Israel yang memekik melaungkan demokrasi tetapi dalam masa yang sama membunuh demokrasi dengan menyembelih ahli qaryah Palestin...
dan penulis sangat2 berbesar hati menyokong dengan ucapan syabas dan tahniah kepada As-Syeikh Al-Allamah Ali Jumuah mufti Mesir kerana mengutuk keputusan pungutan suara di Switzerland semalam yang mengharamkan pembinaan menara baru masjid dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia...
As-syeikh Al-Allamah memang wajar mengutuk tindakan itu kerana pengaruhnya sebagai seorang mufti begitu besar...setakat ini hanya beliau sahaja pemimpin islam berpengaruh yang mengkritik tindakan pemimpin berhaluan kanan Switzerland secara terbuka....syabas dan tahniah diatas keberanian beliau demi islam tercinta...jika laungan seorang insan biasa seperti penulis ini apalah sangat untuk disampaikan kepada hati2 kotor diluar sana...melainkan kita semua sama2 bergabung dibawah satu majmu'ah islamiah untuk sama2 membantah balik tindakan mereka yang merosakkan kebebasan beragama dan mencabul kebebasan demokrasi yang dipegang selama ini...

~~Allahumman'surnal muslimiina wal-mujaahidiina fi kulli makaan...
Allahumma Aamin...

Monday 30 November 2009

Bantuan Untuk Nabilah Huda Bt Zaim


Assalamualaikum wbt.

Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih...
~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

Tuesday 24 November 2009

2 Nabi Allah....antara KORBAN dan PENGORBANAN...

Masa berlalu dengan cepat...aku rasa baru je lepas raya korban,sekarang ni raya korban lagi...pejam celik-pejam celik,cepat sengoti masa berlalu...

Dan sekarang ni manusia berbondong-bondong untuk menjadi tetamu Allah di tanah haram al-mukarramah dengan tujuan utk mencari KEREDHAAN Allah...kepada kawan2ku yang sedang berada disana,carilah redha Allah sebanyak yang mungkin...aku doakan antum semua semoga antum mendapat HAJJAN MABRUURAN,WA SA'YAN MASHKUURAN,WA ZANBAN MAGHFUURAN...mudah2an..Amin..sesungguhnya antara nikmat yang paling besar ialah menjadi TETAMU Allah dibumi sana...

Title untuk entry aku kali ini ialah 2 orang nabi Allah, (Ibrahim as dan Ismail as) antara korban dan pengorbanan....KORBAN yang melibatkan 2 nabi Allah disini ialah nabi Ismail sendiri yang disuruh oleh Allah swt untuk diKORBANkan oleh bapanya nabi Ibrahim....pengorbanan disini pula ialah pengorbanan nabi Ibrahim sendiri yang sanggup utk berkorban menyembelih anaknya Ismail disebabkan KEPATUHAN TOTAL kepada Allah....walhal beliau berpuluh-puluh tahun menanti masa untuk mendapat seorang anak melalui isterinya Hajar...walaupun lama menunggu untuk mendapat anak,bila dah dapat, Allah swt perintahkan pula nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail dan nabi Ismail sendiri juga sanggup disembelih bahkan mencadangkan kepada bapanya Ibrahim supaya menyegerakan perintah Allah...dan kerana KEPATUHAN yang tinggi kepada Allah juga,mereka berdua berjaya untuk menunaikan perintah Allah walaupun dihasut oleh Syaitan laknatullah untuk menyelesaikan tugas tersebut...Cuma Allah swt sendiri menghalangnya disaat akhir dan menggantikannya dengan seekor kambing...pengorbanan kedua2 nabi ini sebenarnya dibalas lagi dengan nikmat yang lain....nikmat yang paling besar sekali disini ialah KEREDHAAN Allah kepada mereka disamping nikmat sembelihan hadiah dari Allah swt...

Besarnya ibadah ini sebagai lambang PENGABDIAN dan KEPATUHAN kepada Allah hinggalah disebut didalam Al-quran surah As-saaffat 37:107 yang bermaksud :" Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar"...hikmah disini ialah ketaatan, kepatuhan dan keikhlasan,Allah gantikan dengan nikmat yang LEBIH BAIK.....peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan KORBAN pada hari raya haji dan hari tasyrik....jika nabi Ibrahim sanggup untuk mengorbankan anaknya dengan sembelih demi Allah taala,mengapa kita susah untuk berkorban dalam agama kerana Allah??kata2 ini juga ditujukan kepada diriku agar menjadi muslim yang lebih baik dan penuh taat kepada Allah Azza wa jalla...

Berbalik kepada ibadah korban di negara kita Malaysia tercinta...Pada kelazimannya di negara kita hari raya Haji diraikan tidaklah semeriah meraikan Aidilfitri, kerana hendak meraikan Aidilfitri orang kita sanggup berbelanja BESAR dan berhabis-habisan dan persediaan pun dibuat lebih awal. Tetapi tahukah kita bahawa kedudukan Aidiladha itu LEBIH BESAR dan lebih tinggi daripada Aidilfitri...maka jika kita sanggup berbelanja besar pada Aidilfitri, kenapa pula kita tidak sanggup berbelanja pada Aidiladha, terutamanya menyertai ibadat korban yang menjanjikan pahala yang begitu besar di sisi Allah Subhanahu Wataala....
main2 plak dia ni dengan aku,kena tendang kat pusat baru tau!!

Mari kita berkongsi ilmu...sebuah hadis nabi tentang kemuliaan ibadah korban,riwayat dari Aisyah Radiallahuanha, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."...

Berdasarkan pengalaman aku di Malaysia, ketika ibadah korban dilakukan, ada seorang sebagai ketua keluarga mengagihkan-agihkan sembelihan korbannya kepada anak-beranaknya dibawah tanggungannya dan siap dibawa pulang dirumah untuk dijadikan hidangan makan bersama keluarganya sedangkan dia sendiri menyatakan bahawa korbannya tadi adalah kerana korban nazar....

Hukum berkorban adalah SUNAT MUAKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut...Tetapi akan menjadi WAJIB jika seseorang itu bernazar hendak berkorban...Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian berhubung dengan korban wajib (nazar) dan korban sunat ini, antaranya daging korban yang wajib tadi hendaklah disedekahkan keseluruhannya termasuklah kulit dan tanduk binatang itu dan HARAM hukumnya bagi orang yang berkorban wajib dan orang yang di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut...Sekiranya orang yang berkorban wajib dan orang-orang di bawah tanggungannya memakan sesuatu daripada korban yang wajib itu, maka wajib ke atasnya MENGGANTIKAN dan menyedekahkannya...

Manakala daging korban sunat pula, wajib disedekahkan sebahagian daripada daging tersebut dalam keadaan mentah kepada fakir miskin, dan sunat bagi orang yang berkorban memakan sedikit daripada daging korban sunatnya dan selebihnya terserahlah sama ada untuk disedekahkan atau dimakannya atau dijadikan jamuan...Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hajj tafsirannya: "Makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." ayat 28...

Adapun cara yang lebih afdal bagi pembahagian daging korban sunat ialah kesemua daging itu disedekahkan kepada fakir dan miskin, kecuali sedikit (kadar beberapa suap) diambil untuk mengambil berkat. Diharuskan juga daging itu dibahagikan tiga iaitu 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin, 1/3 dihadiahkan kepada bukan fakir dan miskin, dan 1/3 untuk dimakan oleh orang yang berkorban...
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 36 yang tafsirannya: "Makanlah sebahagian daripadanya, dan berikanlah bahagian yang lain kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta."...

Perlu diingat bahawa daging korban sama ada wajib ataupun sunat adalah haram disedekahkan atau dijual kepada orang kafir, sama ada yang memberi dan menjual itu orang yang berkorban atau fakir miskin yang menerima sedekah atau orang kaya yang diberi hadiah daging itu. Tetapi jika fakir miskin yang menerima sedekah daging itu menjualnya kepada orang Islam, maka adalah harus dan sah hukumnya. Akan tetapi jika daging korban yang diberi kepada orang kaya sebagai hadiah lalu dijualnya, maka hukumnya adalah haram. Manakala kulit, tanduk dan bulu binatang tersebut adalah haram dijual oleh orang yang berkorban, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesiapa yang menjual kulit korbannya, maka tiada dikira baginya korban."...

Daging korban tidak boleh dipindah ke negara lain, ia hendaklah disedekahkan di negara tempat ia berkorban itu sahaja. Bagi orang yang menyembelih pula, haram diberikan kepadanya daging korban dengan niat sebagai upah menyembelih, tetapi adalah harus sekiranya diberikan sebagai sedekah atau hadiah...
bila diorang nak semelih aku nih?!

Perlu diingat juga bahawa bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah dan tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu berupa kulit, hati, tanduk dan seumpamanya...Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak, kemudian dihidangkan kepada orang yang fakir dan miskin, kerana HAK fakir dan miskin itu BUKAN pada makan daging tersebut, tetapi adalah MEMILIKI daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak...

Memandangkan hukum berkorban itu sunat muakkadah dan mempunyai banyak kelebihan, maka rebutlah peluang seumpama ini dengan memahami hukum-hakam yang berkaitan dengannya...Mudah-mudahan ibadat korban kita itu benar-benar menepati hukum syarak dan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarabbalalamin....

sumber : -kitab Soheh Al-Bukhary,syarah Ibnu Hajar Al-Asqolani (hadis 5503-5633)
-manhaj as-saalikiin wataudhiihul-fiqh fid-din,syarah As-syeikh Abdur Rahman Al-jabren
-fataawa al-had'y wal-adhaahi,syarah Abi Abdul Muiz Muhammad Ali
-kitab solat-aleid al-adha,majmuu'ah syarah as-sunnah lil-Baghawiy
-Tafsir Al-munir karangan Al-ustaz Dr Wahbah Az-zuhaily...
penulis mengucapkan "Selamat HariRaya Aidil-Adha" kepada semua,terutama seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan amnya dan kawan2 di Mu'tah khasnya....Salam lebaran, MAAF ZAHIR & BATIN.....uhuks!

Saturday 21 November 2009

Makin banyak aku belajar, makin aku rasa tak tahu....


Semakin banyak perkara yang aku pelajari, semakin aku rasakan banyak benda yang belum aku ketahui!

Ketika menelaah buku2, kadang aku merasakan sudah cukup bagus pemahaman aku. Tapi setiap kali aku meminta teman2 membuat khulasah/penerangan, aku merasakan yang aku masih ditahap budak kecil dan masih banyak kekurangan dan harus belajar lebih jauh lagi. Dan kadang2 bila aku menuliskan beberapa posting, aku rasa dah cukup bagus dan berpuas hati dengan entry yang aku publishkan…tapi bila tengok pada posting rakan2, ternyata apa yang saya tulis tidak ada apa-apanya. Lebih banyak yang jauh lebih bagus lagi, baik tulisan maupun idenya…

Sama seperti seketika kita melihat pasir-pasir yang ada di depan laman rumah, kita merasakan pasir itu sangat banyak. Kalaulah disuruh menjumlahkan biji2 pasir tersebut, tak mungkin dan tidak mampu untuk membilangnnya. Tapi kalau kita berusaha memerhati keluar, kita akan melihat gegunungan pasir-pasir termasuklah yang ada di pantai . Maknanya pasir di halaman rumah kita tak ada apa-apanya....

Demikianlah kita sebagai manusia, seringkali/kadang2 kita merasakan bahawa kita lebih dari orang lain. Kemudian timbul kesombongan di dalam diri kita. Kalaulah nak direnungkan, apa sangat yang kita nak sombongkan sebagai manusia…padahal dari segi hakikatnya. Kita sendiri memerlukan sesuatu yang tidak ada pada diri kita dan memerlukan oranglain untuk meng’complete’kan hidup kita… Satu hal yang aku sendiri sedar adalah, semakin banyak kita belajar sepatutnya akan mengajarkan kepada kita untuk berasa lebih rendah hati lagi…semakin banyak kita belajar, semakin tunduk kita kepada Allah swt… Dengan belajar akan membuat kita semakin sedar ternyata masih banyak hal yang belum kita ketahui lagi…

Hinggalah timbul sesuatu perasaan yang menyentak dibenak kita, Ha’ah betul jugak yea??...Ha’ah yeeelah!...Kita akan malu sendiri kalau sebelumnya kita sudah merasakan dah banyak yang perkara yang kita ketahui…Tapi hakikatnya berbanding dengan segala ilmu2 Allah yang Maha Besar, tak sampai setengah butir pasirpun ilmu kita berbanding pasir2 dibumi Allah ini…sungguh hinanya manusia yang dah merasakan sombong dan bongkak dengan ilmunya yang sedikit…Nauzubillahi min zaalik...

~~Teringat aku pada pesanan yang amat ringkas tapi nilainya tinggi: “Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad…”

Wednesday 18 November 2009

Kisah Ketam Kawan Kodok.....(kesemuanya K)


Ketam ketip kuku kakinya...Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut...kakakku kata, kalau kukuku kelurut,kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan....Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa,"Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih.. Kuh..kuh..kuh..kuh!! Kodok.. Kodok...kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kata, "Kelakar...." "Kelakar ke kurang Kesopanan?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat... "kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok! Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku?Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok....

~~karangan karya keluaran kak ketty (karangkraf)....
~~komenku: kenangilah kawan kita...kerana "kawanlah"
keluarga kedua kita....

Saturday 14 November 2009

Pencuri Dalam Solat...

Hari khamis baru2 ni adalah kali pertama dalam semester ni aku gi solat di Masjid Besar Al-Hussien,masjid yang terletak didalam kawasan jamiah...sebelum ni jika habis kelas atau ditengah2 perantaraan antara kelas ke kelas yang lain, aku hanya bersolat di surau Syariah, surau Adab, dan kadang2 diruang solat dibangunan Syu'un Tolabah...

Seketika aku menunaikan solat zohor bersama pelajar Arab (dari Saudi), beliau menjadi Imam dan kami ketika itu 3 orang...2 arabiy dan sorang malizi...Aku sendiri tak pasti samada aku khusyuk ataupun tidak...(mungkin tak khusyuk kot,sebab tu aku boleh menulis pasal hal ni...hehehe)

Masakan tidak solat aku terganggu kerana solat itu umpama solat ekspress...terlalu laju...dan aku hampir2 hendak memufaraqahkan diri aku (keluar dari saf solat) dan melakukan solat bersendirian atau menunggu jemaah lain...ini kerana rukuk dan sujud imam tersebut seperti kelajuan ayam mematuk bertih jagung...laju! Disebabkan aku makmum,aku tetap berusaha mencukupkan tomakninah ku kerana aku khuatir solatku tidak diterima.....

Didalam hadis nabawi, rasulullah saw melarang keras orang2 yang bersolat dengan laju...kerana takut tertinggal tomakninah dan lain2...bukankah tomakninah itu termasuk satu rukun?? jika tertinggal RUKUN,solat menjadi tidak sah...

kenapa kita boleh meluangkan masa yang lama dengan aktiviti2 lain tetapi kita tak mampu bahkan memendekkan lagi waktu solat kita..??bukankah waktu ketika bersolat itu adalah lebih penting dari pekerjaan lain kerana diwaktu itu kita sedang menghadap dan bermunajat kepada Tuhan pencipta yang maha Agung??

oleh kerana itu mesti setiap dari kita berusaha untuk meninggalkan segala kesibukan duniawi dan menghadapkan wajah kita kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tunduk mengharapkan keredhaan-Nya, akan tetapi banyak diantara kita yang merasakan hilangnya atau berkurangnya khusyuk dalam solat kita, dan hal itu dipengaruhi oleh banyak faktor, diantaranya adalah:

- Kerana kita tidak memahami makna bacaan dan doa-doa yang ada dalam solat...

- Tidak merenungi isi dan kandungan solat kita...

- Banyaknya beban fikiran atau urusan yang belum diselesaikan ketika kita hendak melakukan solat...

- Tidak menghadirkan hati dan jiwa kita ketika mulai takbiratul ihram sehingga fikiran kita melayang kemana-mana dan memikirkan hal-hal diluar solat...

- Tidak menghadirkan kesedaran kita bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah swt yang Maha Agung...

- Disamping itu kita juga sering tidak Tomakninah (tenang) dalam melakukan solat, padahal itu termasuk kesalahan besar yang disebut oleh Rasulullah saw, sebagai pencurian, bahkan pencurian terbesar adalah pencurian dalam solat. Rasulullah saw bersabda:

(( أَسْوَأُ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِيْ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ؟ قَالَ: لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهَا وَلاَ سُجُوْدَهَا ))

Maksudnya : “Sejahat-jahatnya pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya", sahabat bertanya: “Bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Beliau menjawab: "(Ia) tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya"...

Meninggalkan toma’ninah, tidak meluruskan dan merehatkan punggung sesaat ketika rukuk dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari rukuk serta ketika duduk diantara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar kaum muslimin.

Bahkan boleh dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak toma’ninah dalam solatnya.

Toma’ninah adalah rukun solat, tanpa melakukannya solat menjadi tidak sah. Ini adalah persoalan yang sangat serius. Rasulullah saw bersabda:

(( لاَ تُجْزِئُ صَلاَةُ الرَّجُلِ حَتَّى يُقِيْمَ ظَهْرَهُ فِي الرُّكُوْعِ وَالسُّجُوْدِ ))

“Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika rukuk dan sujud “...

Tak diragukan lagi, ini merupakan suatu kemungkaran, pelakunya harus dicegah dan diperingatkan akan ancamannya.

Abu Abdillah Al Asy’ari telah berkata: “(suatu ketika) Rasulullah saw solat bersama sahabatnya, kemudian beliau duduk bersama sekelompok dari mereka. Tiba-tiba seorang laki-laki masuk kedalam masjid dan berdiri menunaikan solat. Orang itu rukuk lalu sujud dengan cara mematuk, maka Rasulullah saw barsabda:

(( أَتَرَوْنَ هَذَا؟ مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلىَ غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلاَتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ، إِنَّمَا مَثَلُ الَّذِيْ يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِيْ سُجُوْدِهِ كَالْجَائِعِ لاَ يَأْكُلُ إِلاَّ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ فَمَاذَا يُغْنِيَانِ عَنْهُ ))

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?, barang siapa meninggal dunia dalam keadaan seperti ini (solatnya), maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad (islam)... Ia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana ia boleh merasa cukup (kenyang) dengannya". [5]

Zaid bin Wahb rahimahullah berkata: "Hudzaifah pernah melihat seorang laki-laki tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, ia lalu berkata: "Kamu belum solat, seandainya engkau mati (dengan membawa solat seperti ini), niscaya engkau mati di luar fitrah (Islam) yang sesuai dengan fitrah diciptakannya Muhammad saw".

Orang yang tidak thuma’ninah dalam shalat, sedang ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solat yang dia lakukan tanpa thuma’ninah pada masa-masa lalu. Ia tidak wajib mengulangi solat-solatnya di masa lalu, berdasarkan hadis:

(( ِارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ))

“Kembalilah, dan solatlah, sesungguhnya engkau belum solat"...
DAGAIMANA CARA KITA UNTUK DAPAT KHUSYUK DAN TOMAKNINAH?

Ada beberapa cara yang mungkin kita boleh praktikkan agar kita mampu perolehi khusyuk dalam solat kita, dan bisa merenungi makna dan kandungan doa-doa kita dalam solat, serta menjauhkan godaan dan bisikan syaitan yang kerjanya merosakkan solat kita, hal-hal tersebut diantaranya adalah:

1. Merasakan keagungan Allah dan menghadirkan segenap perasaan kita ketika hendak atau sedang melakukan solat. Ketika kita mengatakan " الله أكبر " (Allah Maha Besar), maka dibenak kita tidak ada yang lebih besar dari-Nya, dan meninggalkan seluruh urusan duniawi dibelakang kita...Oleh yang demikian,ketika kita solat hendaknya kita memberikan tumpuan penuh untuk menjaga kesinambungan hubungan kita dengan sang Pencipta dan terus berusaha untuk memahami dan menyedari doa dan bacaan-bacaan yang kita bacakan semasa solat.

2. Mengikhlaskan niat hanya untuk Allah semata. Karena semua amal perbuatan kita tergantung kepada niatnya.

3. Memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah, kerana dengan banyak beristighfar hati kita akan bersih dan tenang, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau beristighfar dalam sehari semalam tidak kurang dari tujuh puluh kali.

4. Meninggalkan maksiat. Karena ia menyebabkan keresahan dan meninggalkan noda didalam dihati.

5. Memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan godaannya.

6. Banyak berdoa kepada Allah, kerana ia adalah senjata bagi setiap muslim, mohonlah agar dimudahkan untuk menjalani ketaatan kepada-Nya dan dijauhkan dari fitnah dan pelbagai dugaan yang nampak mahupun yang tidak nampak..

Jadi untuk mengelakkan ibadah kita menjadi sia-sia,samal-samalh kita mejaga solat kita daripada menjadi rosak dan sia-sia...Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti diatas dengan kutukan bahawa mereka akan celaka... Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri? Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung...
Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan...
Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya...
~~Teringat kata2 seorang penceramah bebas terkenal, Solat umpama bayaran tol ke syurga...tak bayar tol tak dapat masuk lebuhraya, tak solat tak boleh masuk masuk syurga...

Monday 26 October 2009

Anda tercari-cari bahan untuk membina website?? domain?? bagaimana cara membina website terunggul?


pelajari dari website ini...ia bakal mengubah hidup anda......klik :-

http://www.bengkelwebsite.com/index.php?ref=solehah



dan web ini adalah antara website terbaik untuk menyediakan anda satu tapak laman web yang bagus dan terunggul....cukup berbeza dan anda alamilah sendiri kebaikannya....antara yang terbaik untuk anda...

klik disini>>>
http://www.bengkelwebsite.com/index.php?ref=solehah
http://www.namsahaz.com/?aff=1703

maskahwin...wang menghalang perkahwinan anda??

Salam Bakal Pengantin...

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.

Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM8,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin....

baca berikutnya disini>>>

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=fendimz

Sunday 1 March 2009

Ontah laaa.....

Ontah laaa.....<--- jawapan aku kepada soalan2 berikut...:- Ustaz bila nak kawin nyer?? Mu bila nak kawin?? Pem bila nak kawin?? Bonik bilo nok nikoh?? Aduiii laaa...dah banyak kali orang tanya aku dan dah banyak kali aku jawab ontah laaa.... mereka2,diorang2 dan bebudok2 ni semo kalau tak tanya soklan camtu kat aku tak boley ker?? Aku rasa bukan aku sorang je yang sebaya dengan aku yang belum kawin...bahkan ramai lagi...n ramai jugak yang umur mereka lebih dari umur aku rileeeekkk jer lambat kawin...haha... Bagi aku yang aku ni lambat sikit nak kawin bukan sebab apapun, buat masa ni aku malas nak pikir hal2 sebegini...biarlah, aku akan fikirkan nanti kalau aku dah rasa ianya dah sampai masa untuk aku fikirkan...hehehe...sahabat2 aku, kalau nak lihat aku tenang dan bahagia, nasihatilah aku,ok...hehehe..n timakasih atas nasihat2 korang nanti...:) Dan disini aku tertarik untuk berkongsi tentang kenapa lelaki lambat nak kawin atau memilih untuk terus membujang...mungkin anda yang belum berkahwin dan masih membujang termasuk dalam kategori ini...mungkin juga aku n mungkin juga tidak...hehe..

Antara sebab (10 sebab) kenapa lelaki memilih untuk terus membujang...:
1) Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya...
2) Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri...
3) Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti...
4) Tidak mempercayai golongan wanita...
5) Terlalu mencintai seseorang, dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin...
6) Memang tiada bernafsu terhadap wanita...
7) Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan oleh kekasih...
8) Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadapa ibunya...
9) Takut tidak boleh perfome sebagai suami dan takut mendapat anak cacat dan tidak cemerlang sebagaimana dirinya...
10) Menulahkan pihak lain, misalnya "sebab engkau tak kahwin dengan aku, sampai bila2 aku tak akan kawin.Padan muka engkau..." (sepatutnya padan muka aku!)...
Kepada anak2 muda yang rasa nak sangat berkahwin, kahwinlah cepat2 dengan bagitau pada family korang...itupun kalau korang tak tahan sangat...sebab kalau dah tak tahan, lagi bagus buat cepat2...dan kalau yang dah ada tu jangan lambat2 n kalau yang belum ada tu jangan membujang selamanya macam aku...hehehe...
bertepatan dengan hadis :

dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya : " Rasulullah saw pernah melarang 'Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah saw mengizinkan tentunya kami sudah meng'uzlah diri kami". (mengasingkan diri tanpa nikah untuk beribadat kepada Allah swt)...
hadis riwayat Muslim...
~perkahwinan sebagai pelindung separuh daripada iman seseorang...

Tuesday 24 February 2009

USTAZ MEMANG BEGITU....

Alhamdulillah selesai kelas hari ini (selasa 24hb feb) sebelum pulang kerumah aku dijemput oleh rakanku yang berasal dari Indonesia untuk sama2 minum di kafe jamiah...dia yang beria-ia nak membelanjakan aku minum, jadi kebetulan perut aku turut mengiakan ajakan tersebut bagi memenuhi kantung perutku yang berkeroncong untuk diisi, lalu aku ikuti rakanku memenuhi ajakannya dan memenuhi juga isi perutku dengan air secawan...air secawan pun jadilah..janji perutku tak meragam kerana dah terlewat utk menerima makanan pagi...

Semasa aku bersama2 rakan indonesiaku bercakap2 mengenai subjek dan apa rancangan yang akan dibuat selepas grade nanti, rakanku ada menceritakan bahawa kebanyakkan ustaz2 yang grade sekarang ni tak sama seperti dulu...maksudnya, ustaz2 atau ustazah sekarang ini banyak yang pulang ke tanahair selepas pengajian masing2 kelihatan lesu dan sunyi akan suara2 mereka didalam masyarakat...itu hanya pendapat beliau dan bukan pendapat aku...dan boleh jadi aku menyokongnya dan boleh jadi tidak...

Tapi yang pasti bagi aku adalah ustaz2 dan ustazah sekarang ni memang ramai yang kelihatan lesu dan tak bermaya untuk sama2 menguatkan usaha dakwah dan pembaik pulihan didalam masyarakat...disamping pembangunan pesat didalam pelbagai bidang termasuk teknologi, sains, ekonomi dan sebagainya, masyarakat masih tetap memerlukan golongan2 seperti ustaz ini yang boleh membawa mereka kearah kemajuan yang seimbang antara duniawi dengan ukhrawi...
tapi mampukah kita ustaz2 dan ustazah sekarang ini menjadi pembina dan jururawat kepada masyarakat dalam pelbagai aliran cabaran dan mehnah tribulasi ini??


Kita tahu siapa DOKTOR, kita tahu siapa JURUTERA, kita tahu siapa GURU, kita tahu siapa PEGUAM. Tapi siapakah USTAZ USTAZAH?? Ustaz ustazah terutama dalam masyarakat melayu tidak didefinisikan dengan jelas...seperti mana jelasnya ahli mantiq mendefinisikan manusia yang jami' dan mani' sifatnya...sekiranya disoal siapa ustaz ustazah, jawapannya masih kabur...tidak seperti profession yang lain...

Pengertiaanya jelas, seseorang tidak akan diiktiraf sebagai Doktor melainkan tamat menjalani "housemanship'...seseorang tidak boleh menggelarkan diri sebagai peguam melainkan dia tamat tempoh "chambering"...seorang akauntan hanya layak disebut akauntan setelah memperolehi AACA...tetapi tidak kepada Ustaz/ustazah...sesiapa sahaja dengan mudah boleh diberi gelaran itu...

Bagi pakcik, makcik, paklong, maklong dikampung, mereka mempunyai pengertian sendiri...Ustaz disisi mereka merujuk kepada siapa sahaja yang belajar agama, terutama di timur tengah...asalkan pernah berada di timur tengah untuk belajar agama maka mereka layak memegang title ustaz setelah pulang...ditambah dengan set kopiah, serban dan jubah yang dipakai, beberapa potong ayat al-quran dan hadis yang dihafal, satu dua fakta sirah yang dibaca, gelaran ustaz akan lebih kuat melekat pada diri ustaz...pendek kata sesiapa sahaja yang pernah dalam hayatnya belajar agama dengan mudah menerima gelaran ini...

Ringkasnya, pemahaman yang ada dalam benak kebanyakkan masyarakat seolah2 tidak membezakan antara ustaz yang banyak bertalaqqi dengan pensyarah dan pengajar dengan ustaz yang banyak bertalaqqi di internet...ustaz yang banyak mengumpul koleksi kitab dengan ustaz yang banyak mengumpul koleksi filem...ustaz yang banyak menziarahi masyaikh dengan ustaz yang banyak menziarahi shopping complex...ustaz yang harinya bermula seawal 5-6 pagi dengan ustaz yang harinya bermula selewat 12 tengahari...ustaz yang letih tidak cukup tidur menelaah dengan ustaz yang letih dengan sebab terlebih tidurnya...ustaz yang penuh didada dengan matan dan syair dengan ustaz yang penuh didada dengan matan lagu dan nasyid...ustaz yang banyak menulis dengan ustaz yang malas membaca apa yang ditulis...ustaz yang berkerut dahi merisaukan masalah ummah dengan ustaz yang berkerut dahi kecewa dengan kegagalan perpindahan david beckham ke AC Milan...ustaz yang sedar dengan dirinya yang banyak kekurangan dengan ustaz yang tidak merasai apa2 kekurangan...Anda teruskan sendiri senarainya....

Yang penting, kesemuanya akan dibakulkan dalams atu bakul yang sama setelah pulang ke Malaysia, iaitu bakul ustaz...semuanya akan dipanggil ustaz/ustazah...
Ustaz inilah nantinya akan diminta mengisi kekosongan kuliah disurau dan masjid, ceramah agama sempena isra' mikraj, ma'al hijrah dan maulid...ustaz ini nantinya diminta untuk mengisi khemah ibadah...ustaz inilah nantinya akan ditanya masalah faraid, zakat, puasa dan solat...ustaz inilah nanti diminta berkhutbah jumaat, aidilfitri dan aidiladha...
Maka ustaz ini jugalah yang nantinya akan berdolak dalik seribu alasan..."bagi pada orang lain dulu.." "bidang saya lughah, saya tak boleh jawab tentang feqah.." "saya tak bersedia lagi.." "baru semalam balik dari Jordan..." " saya tak pandai nak berceramah.." dan beraneka alasan lain...setelah bertahun ditimur tengah, agaknya boleh ke pakcik, makcik dan budak kecik menerima alasan semua alasan ini...?

Tidak kurang juga yang menggagahkan diri menerima cabaran dek kerana tercabar membawa title ustaz...akhirnya keluarlah fatwa2 pelik lagi ajaib...maka jangan cepat melatah jika hari ini masyarakat mula meragui pada sesetengah insan yang bernama ustaz...krisis keyakinan pada golongan agamawan berakar pada 1001 perkara pelik dan ajaib yang terbit dari kalam dan perbuatan ustaz...bermula dari soal sikap, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya...
Masyarakat yang berfikir dan cermat memerhati menyimpulkan, ustaz hari ini hanya pada nama bukan ruh, hanya pada kata2 bukan amalan, hanya pada idea bukan pelaksanaan, hanya pada kulit bukan isinya...ustaz tidak mampu membimbing masyarakat...ustaz hanya pandai bercakap (dibaca dengan menggoreng)...dakwah ustaz tidak berhemah...ustaz tidak progresif dan dinamik...pendekatan ustaz tidak ap-proachable...ustaz tidak up to date...ustaz tidak itu dan ini...
Anda mungkin marah dan aku juga marah apabila institusi ustaz diperlekehkan sedemian rupa...tetapi cuba kita bercermin sejenak, marah semata tidak akan merubah wajah ustaz...kita sememangnya perlukan revolusi, dan revolusi memerlukan PENGORBANAN...

~artikel ini juga aku tujukan untuk diriku yang lemah ini...semoga sama2 kita membangunkan kembali kehebatan ustaz ustazah dari timur tengah...insya'allah...

Friday 20 February 2009

Antara Tom & Jerry dan Upin & Ipin...

" Dik, balik umah ayah petang nanti, tolong carikan file biru bonik (nama panggilan aku dirumah) yang ada dalam almari mak tu..." aku bersuara didalam telefon.."takleh la bonik, adik nok gi tengok wayang...cito Upin & Ipin...adik beli doh tiket masuk, nanti abis tengok cito Upin & Ipin, adik balik cari laaa..." jawab adik bongsu dalam keluarga aku....
Di panggung2 wayang di negara kita sekarang ni banyak memaparkan cerita Upin & Ipin...cerita animasi Upin & Ipin antara cerita2 yang boleh dikatakan top jugaklah diantara cerita2 animasi lain seperti Usop Sontorian, Keluarga Sidik, Ujang, Badang, Wok Yoh/Samad/Said dan lain2...aku ni bukanlah minat sangat dengan cerita2 sebegini tapi disebabkan keglamouran cerita2 ini jadi aku dapat tahu juga sedikit sebanyak...selain cerita2 animasi tempatan, banyak jugaklah cerita2 animasi luar yang dibawa masuk ke dalam tv2 dan wayang2 tempatan dinegara kita...dan antara pengikut2 yang paling setia mengikuti cerita2 ini adalah kanak2....
bukan aku nak kata cerita Tom & Jerry atau seumpamanya itu salah, masing2 ada pro dan kontranya, baik dan buruknya...cuma cerita2 yang melimpah2 ini memerlukan kawalan dari mak2 dan ayah2 dari memasuki dan mempengaruhi minda bersih anak2 kecil kita ini...
Dan cumanya juga, hal yang aku nak sentuh sedikit disini ialah mengenai bahayanya kanak2 kecil yang selalu sangat atau terlalu minat dengan cerita2 animasi dan kartun yang banyak dilayarkan dinegara kita...Bagi aku kalau cerita seperti Upin & Ipin memang sesuai dan boleh diterima untuk dipertontonkan kepada kanak2, cuma yang membimbangkan ialah cerita2 animasi lain yang dipersembahkan dengan banyaknya sehingga cerita2 yang dipaparkan dalam animasi tersebut memberi pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan minda anak2...pengaruh cerita2 ini bukan hanya kepada cerita2 animasi sahaja,bahkan cerita2 lain selain animasi juga banyak memberi kesan2 tersendiri kepada kanak2 yang sedang dan masih 'fresh' otak2 mereka disumbat dengan cerita2 yang boleh menjejaskan minda mereka tanpa dikawal...
Tapi suatu hal yang perlu ditekankan disini ialah, masalah kanak2 menonton bukannya salah anak2 tersebut, tetapi masalah sebenarnya ialah kawalan dari ibu-bapa itu sendiri...bukannya ibu-bapa tak boleh memberikan anak2nya menonton cerita atau cerita animasi di televisyen atau wayang, tetapi ibu-bapa itu sendiri yang mengawal dan menentukan cerita2 mana yang perlu dipertontonkan kepada anak2....
Sebab kita takut anak2 kita yang menonton atau tertonton cerita2 liar atau animasi tanpa kawalan, lalu cerita2 itu tadi mampu mempengaruhi minda2 mereka sehingga mereka anak2 ini terikut2 dan memikirkan apa yang mereka tontonkan itu merupakan suatu alam realiti yang sedang berlaku di sekeliling mereka...ini bukan omong2 kosong atau cakap2 tin kosong, tapi ini adalah realiti yang telah, sedang dan akan berlaku jika tanpa kawalan didalam masyarakat kita...

siapa lagi pemimpin negara akan datang kalau bukan anak2 kita...
awasilah, jangan sampai tahap anak2 anda menjadi seperti ini.......
Apa tu mama?
Makanan kucing, sayang...
Mama suka Tom??
Tom kan jahat!
Tak percaya, tengok kat TV.

Apa tu mama?
Perangkap tikus, sayang...
Mama nak bunuh Jerry??
Jerry kan baik,
tak percaya, tengok kat CD.

Buat apa tu papa?
Lastik cicak, sayang...
Papa nak bunuh cicakman??
Cicakman kan hero,
tak percaya, tengok kat panggung.

Buat apa tu atuk?
Derma untuk Palestin, sayang...
Atuk sokong Islam??
Islam kan pengganas?
tak percaya, tengok dalam 'game' internet.

Rancangan apa tu kakak?
Dokumentari pendidikan, sayang...
Kakak nak jadi cikgu?
Jadi artis lagi glamor!
tak percaya, hari-hari keluar majalah.

~~Kawallah anak2 anda...
peranan2 media menguasai watan,
secara halus mencorak insan,
didiklah generasi berfikiran suci,
usah terbelit penangan globalisasi....

Tuesday 17 February 2009

Andai Aku Seperti Sirap.....

Semalam aku menghadiri majlis sambutan eid milad/sambutan ulangtahun kelahiran/harijadi seorang sahabatku Ust El-muhtaram Muhammad Shahrul Ifwat di bayt batu burok, Mu'tah...sungguh menyeronokkan kerana ramai mata2 yang datang, dapat bertemu dan bersua muka beramai dimajlis yang sama...apatah lagi diserikan dengan kehadiran adik2 baru...selepas menunaikan solat isyak berjemaah yang diimami As-syeikh Al-fadhil Ust Miqdad Zakaria Al-maranji, kami meneruskan dengan solat hajat yang diimami pula oleh tuan rumah Ust Ifwat diikuti bacaan doa bersemangat yang panjang berjela dari As-syeikh Al-fadhil Ust Miqdad...sehabis berdoa, riak muka tetamu jelas tampak bersemangat kerana agenda menjamu selera atau memakan nasi telahpun tiba...ditengah2 aku meranggos nasi bersama Ust Tarmizi yang comel, jelas kelihatan disebelahku sepinggan kek coklat manis...sungguh indah binaan kek yang diolah dan dibuat sendiri oleh kak ros (nama manja bagi Ust Rabbani), yang aku fikir binaan arkitek kek itu sudahpun hebat, apatah lagi rasanya sudah tentu lagi hebat...aku fikir tangan aku menyuap nasi tapi deria rasaku dapat merasakan kemanisan kek itu...
Sesudah selesai meranggos hidangan nasi, mulalah ruangan serumah itu bergegak gempita dengan suara2 yang pelbagai yang entah apa butir maknanya kerana bercampur gaul dengan mulut2 yang banyak...tapi yang jelas sekali suara diantara suara2 yang banyak itu adalah suara Ust Ayyie ataupun digelar si Jahar kerana mirip dengan pelakon ceritera "Budak Kelantan" yang bernama Jahar...kalu dok panggil ayyie dengan nama Jahar, dok amerika laa!...

Lalu kami mula bergambar untuk meraikan Ust Ifwat dan bermulalah acara membelah kek yang ditunggu2 semua orang termasuk Ust Tarmizi yang cumel...bila kek sudah dibelah, Ust Tarmizi lah orang pertama yang merasainya dengan membawa larikan sebiji buah strawberry...(padahal itu bukan buah strawberry tapi gula2 strawberry)...sesudah kek dibelah, lalu dibahagi2kan kepada semua yang ada termasuk aku yang sememangnya menanti...kek yang terpotong di humban kedalam mulut dan alangkah nikmatnya kek yang dicipta oleh kak ros (rabbani)...tapi ahhh manisnyaaaa....meme doh namo pon kek...
kek ini dinamakan kek coklat atau kek koko....tapi...aku mula terfikir, kenapa ianya tidak dinamakan kek gula? atau.....kek gula pasir...?? walaupun coklat itu sendiri juga manis tetapi tetap dicampuri juga dengan gulanya atau tiada manisnya coklat dan koko tanpa gula...gula sebenarnya yang berjasa tapi kenapa koko atau coklat yang mendapat nama...???
Jadi aku nak kaitkan sikit cerita antara si gula dengan sirap ni...semoga sama2 ada manfaatnya untuk kita semua...antara si gula dengan sang sirap...
Tak ada yang lebih risau melebihi makhluk Allah yang bernama gula..atau gula pasir...pemanis yang datang dari olahan tumbuhan tebu ini membandingkan dirinya dengan makhluk sejenisnya yang bernama sirap...

Masalahnya sederhana...gula pasir merasa kalau selama ini dirinya tidak dihargai manusia... Dimanfaatkan, tapi dilupakan begitu saja...walau ia sudah mengorbankan dirinya untuk memaniskan teh panas, tapi manusia tidak menyebut-nyebut dirinya dalam campuran teh dan gula itu...manusia cuma menyebut, "Ini teh manis..." Bukan teh gula...apalagi teh gula pasir...


Begitu pun ketika gula pasir dicampur dengan kopi panas...tak ada yang mengatakan campuran itu dengan ‘kopi gula pasir’...melainkan, kopi manis...hal yang sama ia alami ketika dirinya dicampur berbagai adunan kueh,kek mahupun roti...

Gula pasir merasa dirinya cuma diperlukan, tapi kemudian dilupakan...ia cuma disebut manakala manusia merasai...Setelah itu, tak ada penghargaan sedikit pun...tak ada yang menghargai pengorbanannya, kesetiaannya, dan peranannya yang begitu besar sehingga sesuatu menjadi manis...berbeza sekali dengan sirap...

Dari segi eksistensi, sirap tidak hilang ketika ianya bercampur...warnanya masih kelihatan...manusia pun menyebut, "Ini sirap ais..." atau "sirap beng..." Bukan ais manis...bahkan tidak jarang sebutan diikuti dengan katadiri yang lebih lengkap, "ais sirap mangga, sirap lemon, ais krim sirap," dan seterusnya...

Gula pasir pun akhirnya berkata kepada sirap, "Andai aku seperti kamu...."

Keadaan gula pasir dan sirap ini merupakan pelajaran tersendiri buat mereka yang kuat berusaha demi untuk manusia sejagat dan umat...sedar atau tidak, sememangnya kadang2 ada keinginan untuk kita diakui, dihargai, bahkan disebut-sebut namanya sebagai yang paling berjasa...persis seperti yang disuarakan gula pasir...

Kalaulah gula pasir faham bahawa sesebuah kebaikan yang bermutu itu hebat bagaimana sekalipun, ianya tetap tersembunyi...kalaulah gula pasir sedar bahawa setinggi apa pun sirap itu dihargai, asas asalnya juga datang dari gula pasir...

Kalaulah gula pasir mengerti bahawa sirap terbaik itu juga adalah berasal dari gula pasir asli...

Kalaulah para penggiat dan pembuat kebaikan memahami kekeliruan gula pasir, tidak akan ada ungkapan, "Andai aku seperti sirap!..."

~~Jika anda melakukan kebaikan, orang jarang dan tak akan mengingati kebaikan dilakukan anda...tetapi jika anda melakukan keburukan, orang akan mengingatinya untuk masa yang terlalu lama...
~~Jika anda melakukan kebajikan, usahlah dikenang kebajikan anda itu, kerana mengenang kebajikan tidak akan membentuk diri anda...sebaliknya jika anda mengenang keburukan yang telah dilakukan anda, anda akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri anda seadanya...
~~Jika anda ingin melakukan kebajikan, lakukanlah dengan hati yang tulus ikhlas, bukan semata2 kerana pujian dan balasan harapan...tidak ikhlas dan mengharapkan balasan tidak akan membawa anda kemana2...tiada yang lebih mahal dan bernilai melainkan keredhaan/mardhotillah semata2...

Surah At-Taubah....Kenapa Tiada Basmallah/Bismillah Diawalnya...??

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah...ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...
Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...
Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelima tersebut...
Wallahu a'lam...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...