Saturday 14 November 2009

Pencuri Dalam Solat...

Hari khamis baru2 ni adalah kali pertama dalam semester ni aku gi solat di Masjid Besar Al-Hussien,masjid yang terletak didalam kawasan jamiah...sebelum ni jika habis kelas atau ditengah2 perantaraan antara kelas ke kelas yang lain, aku hanya bersolat di surau Syariah, surau Adab, dan kadang2 diruang solat dibangunan Syu'un Tolabah...

Seketika aku menunaikan solat zohor bersama pelajar Arab (dari Saudi), beliau menjadi Imam dan kami ketika itu 3 orang...2 arabiy dan sorang malizi...Aku sendiri tak pasti samada aku khusyuk ataupun tidak...(mungkin tak khusyuk kot,sebab tu aku boleh menulis pasal hal ni...hehehe)

Masakan tidak solat aku terganggu kerana solat itu umpama solat ekspress...terlalu laju...dan aku hampir2 hendak memufaraqahkan diri aku (keluar dari saf solat) dan melakukan solat bersendirian atau menunggu jemaah lain...ini kerana rukuk dan sujud imam tersebut seperti kelajuan ayam mematuk bertih jagung...laju! Disebabkan aku makmum,aku tetap berusaha mencukupkan tomakninah ku kerana aku khuatir solatku tidak diterima.....

Didalam hadis nabawi, rasulullah saw melarang keras orang2 yang bersolat dengan laju...kerana takut tertinggal tomakninah dan lain2...bukankah tomakninah itu termasuk satu rukun?? jika tertinggal RUKUN,solat menjadi tidak sah...

kenapa kita boleh meluangkan masa yang lama dengan aktiviti2 lain tetapi kita tak mampu bahkan memendekkan lagi waktu solat kita..??bukankah waktu ketika bersolat itu adalah lebih penting dari pekerjaan lain kerana diwaktu itu kita sedang menghadap dan bermunajat kepada Tuhan pencipta yang maha Agung??

oleh kerana itu mesti setiap dari kita berusaha untuk meninggalkan segala kesibukan duniawi dan menghadapkan wajah kita kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tunduk mengharapkan keredhaan-Nya, akan tetapi banyak diantara kita yang merasakan hilangnya atau berkurangnya khusyuk dalam solat kita, dan hal itu dipengaruhi oleh banyak faktor, diantaranya adalah:

- Kerana kita tidak memahami makna bacaan dan doa-doa yang ada dalam solat...

- Tidak merenungi isi dan kandungan solat kita...

- Banyaknya beban fikiran atau urusan yang belum diselesaikan ketika kita hendak melakukan solat...

- Tidak menghadirkan hati dan jiwa kita ketika mulai takbiratul ihram sehingga fikiran kita melayang kemana-mana dan memikirkan hal-hal diluar solat...

- Tidak menghadirkan kesedaran kita bahawa kita sedang berdiri dihadapan Allah swt yang Maha Agung...

- Disamping itu kita juga sering tidak Tomakninah (tenang) dalam melakukan solat, padahal itu termasuk kesalahan besar yang disebut oleh Rasulullah saw, sebagai pencurian, bahkan pencurian terbesar adalah pencurian dalam solat. Rasulullah saw bersabda:

(( أَسْوَأُ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِيْ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُ مِنْ صَلاَتِهِ؟ قَالَ: لاَ يُتِمُّ رُكُوْعَهَا وَلاَ سُجُوْدَهَا ))

Maksudnya : “Sejahat-jahatnya pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya", sahabat bertanya: “Bagaimana ia mencuri dalam solatnya?" Beliau menjawab: "(Ia) tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya"...

Meninggalkan toma’ninah, tidak meluruskan dan merehatkan punggung sesaat ketika rukuk dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari rukuk serta ketika duduk diantara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian besar kaum muslimin.

Bahkan boleh dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak toma’ninah dalam solatnya.

Toma’ninah adalah rukun solat, tanpa melakukannya solat menjadi tidak sah. Ini adalah persoalan yang sangat serius. Rasulullah saw bersabda:

(( لاَ تُجْزِئُ صَلاَةُ الرَّجُلِ حَتَّى يُقِيْمَ ظَهْرَهُ فِي الرُّكُوْعِ وَالسُّجُوْدِ ))

“Tidak sah solat seseorang, sehingga ia menegakkan (meluruskan) punggungnya ketika rukuk dan sujud “...

Tak diragukan lagi, ini merupakan suatu kemungkaran, pelakunya harus dicegah dan diperingatkan akan ancamannya.

Abu Abdillah Al Asy’ari telah berkata: “(suatu ketika) Rasulullah saw solat bersama sahabatnya, kemudian beliau duduk bersama sekelompok dari mereka. Tiba-tiba seorang laki-laki masuk kedalam masjid dan berdiri menunaikan solat. Orang itu rukuk lalu sujud dengan cara mematuk, maka Rasulullah saw barsabda:

(( أَتَرَوْنَ هَذَا؟ مَنْ مَاتَ عَلَى هَذَا مَاتَ عَلىَ غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ، يَنْقُرُ صَلاَتَهُ كَمَا يَنْقُرُ الْغُرَابُ الدَّمَ، إِنَّمَا مَثَلُ الَّذِيْ يَرْكَعُ وَيَنْقُرُ فِيْ سُجُوْدِهِ كَالْجَائِعِ لاَ يَأْكُلُ إِلاَّ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَيْنِ فَمَاذَا يُغْنِيَانِ عَنْهُ ))

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?, barang siapa meninggal dunia dalam keadaan seperti ini (solatnya), maka dia meninggal dalam keadaan di luar agama Muhammad (islam)... Ia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak mematuk darah. Sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam sujudnya bagaikan orang lapar yang tidak makan kecuali sebutir atau dua butir kurma, bagaimana ia boleh merasa cukup (kenyang) dengannya". [5]

Zaid bin Wahb rahimahullah berkata: "Hudzaifah pernah melihat seorang laki-laki tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, ia lalu berkata: "Kamu belum solat, seandainya engkau mati (dengan membawa solat seperti ini), niscaya engkau mati di luar fitrah (Islam) yang sesuai dengan fitrah diciptakannya Muhammad saw".

Orang yang tidak thuma’ninah dalam shalat, sedang ia mengetahui hukumnya, maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solat yang dia lakukan tanpa thuma’ninah pada masa-masa lalu. Ia tidak wajib mengulangi solat-solatnya di masa lalu, berdasarkan hadis:

(( ِارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ))

“Kembalilah, dan solatlah, sesungguhnya engkau belum solat"...
DAGAIMANA CARA KITA UNTUK DAPAT KHUSYUK DAN TOMAKNINAH?

Ada beberapa cara yang mungkin kita boleh praktikkan agar kita mampu perolehi khusyuk dalam solat kita, dan bisa merenungi makna dan kandungan doa-doa kita dalam solat, serta menjauhkan godaan dan bisikan syaitan yang kerjanya merosakkan solat kita, hal-hal tersebut diantaranya adalah:

1. Merasakan keagungan Allah dan menghadirkan segenap perasaan kita ketika hendak atau sedang melakukan solat. Ketika kita mengatakan " الله أكبر " (Allah Maha Besar), maka dibenak kita tidak ada yang lebih besar dari-Nya, dan meninggalkan seluruh urusan duniawi dibelakang kita...Oleh yang demikian,ketika kita solat hendaknya kita memberikan tumpuan penuh untuk menjaga kesinambungan hubungan kita dengan sang Pencipta dan terus berusaha untuk memahami dan menyedari doa dan bacaan-bacaan yang kita bacakan semasa solat.

2. Mengikhlaskan niat hanya untuk Allah semata. Karena semua amal perbuatan kita tergantung kepada niatnya.

3. Memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah, kerana dengan banyak beristighfar hati kita akan bersih dan tenang, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa beliau beristighfar dalam sehari semalam tidak kurang dari tujuh puluh kali.

4. Meninggalkan maksiat. Karena ia menyebabkan keresahan dan meninggalkan noda didalam dihati.

5. Memohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan dan godaannya.

6. Banyak berdoa kepada Allah, kerana ia adalah senjata bagi setiap muslim, mohonlah agar dimudahkan untuk menjalani ketaatan kepada-Nya dan dijauhkan dari fitnah dan pelbagai dugaan yang nampak mahupun yang tidak nampak..

Jadi untuk mengelakkan ibadah kita menjadi sia-sia,samal-samalh kita mejaga solat kita daripada menjadi rosak dan sia-sia...Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti diatas dengan kutukan bahawa mereka akan celaka... Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri? Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandungi makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung...
Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan...
Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya...
~~Teringat kata2 seorang penceramah bebas terkenal, Solat umpama bayaran tol ke syurga...tak bayar tol tak dapat masuk lebuhraya, tak solat tak boleh masuk masuk syurga...

2 comments:

Anonymous said...

so??? oleh itu jgn lah kamu sekali2 meninggalkan solat.. terutamanya solat subuh.. ramai yg dah jd subuh gajah dan dinosour....

subuh anda yg mana satu??? gajah ke dinosour?? ngehngeh....

Abu Tholhah said...

Ha'ah lah kan..

sejak musim2 sejuk ni ramai yang liat nak solat subuh..tido pah ceroh sampai jadi subuh bapak dinosour...

kalu buat tapi lewat, subuh gapo plak?subuh biri2 ko??

mcm2 jenamo la plok istilah ore jaman lonih..subuh gajoh,subuh dinasour n ni plak subuh biri...

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...