Thursday 28 January 2010

Dapat telur sebijik, Riuh satu kampung....

Waktu habis pengajian adalah waktu terbaik untuk aku memostingkan artikel2 baru...jadi entry aku kali ini berkenaan dengan sikap dan adab yang perlu ada dan disemai dalam diri seorang penuntut ilmu...selain hadaf (0bjektif) sebenar ditujukan kepada umum tetapi ianya juga adalah untuk diriku supaya sentiasa menjaga adab2 sebagai seorang penuntut agama Allah swt....

dan tujuan posting ini dientrykan bukan untuk mengaibkan dan merendahkan seseorang,tetapi sebagai pengajaran terhadap orang2 yang baru sahaja mendapat pengetahuan yang sedikit,lalu bisinglah ia mencanangnya kesana-sini,bercakap dengan bangganya,cuba berdebat dengan sesiapa sahaja dengan harapan supaya orang menilainya sebagai seorang yang punyai ilmu pengetahuan...Nauzubillahi min zaalik...betapa besarnya kemurkaan Allah swt kepada orang2 yang sebegini,kerana kelantangannya cuba untuk menarik orang ramai supaya memuji akan diri...tanpa dirinya sedar yang dia sendiri menjatuhkan maruahnya disisi Allah swt dan merendahkan akhlak serta nilai adabnya sendiri...

bahkan bila anda baru saja mendapat tahu sesuatu bab dan perkara dan anda sudah mula ingin berdebat dengan seseorang,hakikatnya itu menunjukkan diri anda benar2 seorang yang tidak berpengetahuan...memang suatu kewajipan untuk anda berkongsi ilmu,tetapi jika berniat untuk berkongsi ilmu,gunalah dengan cara sebaiknya....bukan berdebat,bukan berbahas....jika tidak,anda sebenarnya tidak lebih seperti dapat telur sebijik,riuh satu kampung....

Larangan Nabi Saw didalam satu hadis berkenaan hal ini : Daripada Ibnu Juraij daripada Ibnu Abi Muliikah daripada Aisyah Radiallahu Anha dari Nabi Saw bersabda :

إن أبغض الرجال إلى الله الألد الخصم


Hadis tersebut menjelaskan ayat dari surah Al-baqarah ini dengan memberi pengertian bahawa-itu- adalah orang2 yang kuat berjidal atau berdebat dengan lantang (syadid)....jadi orang2 yang kuat berjidal dan berbahas padahal ianya tidak lebih untuk menonjolkan dirinya dan menarik perhatian manusia kearahnya ialah tidak lebih tidak bukan adalah manusia yang paling dimurkai oleh Allah berdasarkan pada hadis tersebut...hal ini juga ada dinukilkan didalam kitab Fathul-Bari Syarah Soheh Bukhary lil-Imam Al-Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar Al-Asqolani,jilid ke-5 bab Qaulillahi Ta'ala sebagaimana pada 204 dalam surah Al-baqarah...

Beramanahlah dalam ilmu, orang yang melakukan jenayah dalam ilmu adalah lebih teruk berbanding orang yang melakukan jenayah sivil...

Belajar,belajar dan belajar membuatkan kita semakin merendahkan diri, bukan makin angkuh dengan ilmu yang sedikit...
~Sama2lah ambil renungan...agar terhindar dari kemurkaan Allah swt...

Sekalung Penghargaan.....

kini tinggal kenangan

Alhamdulillah....satu ucapan yang penuh kelegaan aku utarakan pada Robbiy...setelah lama menunggu,kali ini aku berjaya merentasi lautan masa selama 10tahun untuk mengakhiri zamanku sebagai mahasiswa...kini aku dah grade dalam pengajianku dibidang feqh dan ushul...syukur padaMu ya Robbiy...persoalannya,mampukah aku menerjunkan diriku dalam kelompok masyarakat yang sentiasa dahagakan pengetahuan?

walaupun aku diuji Allah swt dengan menarik sedikit nikmat kesihatanku sehinggakan aku terpaksa mengulang balik pengajianku selepas sihat dan mencukupkan pengajianku dibumi anbia' ini selama 10 tahun,tapi aku rasakan pengalaman itu masih belum cukup untuk aku terjun ke lembah masyarakat yang sedia menanti...kerana didada ini masih terlalu banyak lagi ruang2 kosong yang belum terisi dengan ilmu2 Allah sebagaimana yang aku dapat ini hanyalah diibaratkan lebih kecil dari satu pasir dari pasir2 milik Allah dibumiNya ini...walaubagaimanapun,sekecil2 ilmu yang dimiliki haruslah dipersembahkan kepada masyarakat tak kira usia tak kira darjat....

dan menjadi tanggungjawab yang terletak dipundak bahu mahasiswa untuk menghebahkan ilmu2 Allah swt kepada masyarakat,kerana inilah amanah Allah terhadap mereka untuk membawa masyarakat daripada tidak tahu kepada berilmu,daripada kegelapan kepada kecerahan,daripada ibadah terhadap hamba kepada ibadah terhadap Allah yang Maha Esa...

dan untuk aku,walaupun pengalaman2 itu aku berasakan tidak cukup,tetapi tempoh 10 tahun itu pelbagai peristiwa manis,pahit getir yang aku tempuhi sepanjang kakiku menginjak dibumi syam ini...bumi yang tersimpan pelbagai khazanah2 silam,tempat perkampungan para Rasul,juga daerah2 kaum yang dihancurkan,persinggahan dan jalan yang dilalui Nabi saw,medan peperangan mukmin melawan kuffar dan maqam2 sahabat baginda saw yang merata....pengalaman sedikit yang cukup berharga dan ianya tak akan kembali lagi kebelakang selama2nya! percayalah,walaupun anda terpaksa menelan pahit maung ketika berjuang,jika anda sudah bersedia memasuki alam baru di Malaysia, pengalaman2 dibumi syam ini sungguh indah untuk dikenang.....

dan selangkahku sebelum balik ke Malaysia,sedikit ilmuku yang aku perolehi ini tiada harganya jika aku tidak hargai pengorbanan kawan2 yang sentiasa bersamaku....setelah syukur padaMu ya Allah, aku dahulukan juga perhargaan terima kasih kepada kawan2ku dari ahli bayt serumahku iaitu ustaz Bucas itik,Matwe cicak,Matdin tikus@Matdin rambo,Jemer kelawar,Matleng labah2,Pesa gajah dan Abdulloh beruang....juga rakan batch aku Matzul kuda,tak lupa juga pada akhie Robbani biri,Poknik ikan tukko,yang berbahagia Ayie labi2,ustaz Miqdad ayam telur,ustaz Hadi dugong,ustaz Faisal unta...

mustahil untuk dilupakan juga ahli BBB (bayt batu burok),iaitu Al-Fadhil ustaz Ifwat,ustaz Kudin,ustaz Pokcek,ustaz Faiz,ustaz Pudin dan adik Fatin yang comel...

juga ustaz Tarmizi (pakar bahasa) el-mouhtaram,ustaz Poklong Al-indonisi,ustaz Din & Hafiz kdar,ustaz Najmi Tok Nujum,ustaz Syafique kdar,ustaz Amz dan ustaz Syafiq nogori....ustaz Fatah tok imam masjid,ustaz Afiq Adnan,juga ustaz chef Nayyie,ustaz MasDol dan Taha,ustaz Hussin Assuuri,ustaz Khazri Assuuri,Ustaz Syafiq Assuuri,ustaz Izoul bandle,ustaz Amir,ustaz Pudad cute,ustaz Ket,ustaz Rozaimie,ustaz Solehin....ustaz Shah,ustaz Syaheed,ustaz Epol,ustaz Hanan,ustaz lotfi,ustaz Khai dan ahli rumah,ustaz Mad Sudan dan ustaz Jibam...

Ahli bayt dihujung kampung ustaz Hazmi,ustaz Arif,ustaz Hamzah (pakar bekam),ustaz Hadi Amzar (pakar Adab Fathimi) dan ahli rumah...adik Pudin Bakar,ustaz Syarif,ustaz Syahidi,ustaz Hadi Harun,ustaz Azmuddin,ustaz Mat Nisah dah ahli rumah...

Adik Abdul Rahim dan ahli bayt Chempaka...adik2 bayt Pulau Chondong (ustaz Ostaz,Aji,Chemat,Daud Jija,Faiz dan Matyo)....Ustaz Hayyie dan ahli rumah,ustaz Ehsan dan ahli rumah,adik2 DQ,adik2 bayt Kedah dan juga sekelian sahabat yang nama mereka tidak tersebut disini yang berada dibumi Mu'tah tanah pejuang....

~Tujuan juga disebutkan nama adik2 baru dan yang bakal grade disini adalah untuk melemparkan 1 nasihat untuk entum; "Jadilah orang yang Alim,kerana status alim itu mudah2an akan menjadikan anda orang yang paling bertaqwa...kerana pada taqwa itulah terletaknya redha Allah,robbul A'lamiin..."~

Mudah2an kita berjumpa dihadapan Allah di akhirat nanti dalam satu barisan yang sama, iaitu golongan kanan yang menerima catatan amal dengan tangan kanan(sebagaimana rujukan surah Al-waqiah), iaitu golongan orang2 yang Soolihin,Muttaqiin...mudah2an insya'Allah....

maaf pada sahabat2 yang terrrrrrgelar dengan gelaran tertentu pada mereka,kerana gelaran tersebut adalah ma'ruf terhadap mereka dan saya yakin mereka tidak akan berkecil hati....hehehe...

~~Salam perjuangan lid-diinil Islamiy dan salam persahabatan Lillahi Taala....:-)

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...