Wednesday 7 May 2008

Wahai pemilik mulut!



Mulut Longkang!
Inilah yang perlu aku labelkan kepada sesiapa yang mempunyai mulut yang tidak bayar insuran.
Mana tidaknya bibir cukup pemurah untuk melepaskan kata-kata kesat dan mencarut.
Kata-kata kesat bukan perkara luar biasa untuk di-iramakan.

Wah, mungkin mereka fikir seluruh alam meredhoi.

"Berkata-kata kesatlah, tiada siapa akan terasa!"

"Mencarutlah, kitakan dah kawan lama!"

Habis mana pergi akhlakmu sebagai muslim?
Tak malukah bergelar muslim, tapi tak pernah menunjukkan bunga-bunga muslim.

Bunga-bunga muslim?
Apa tu?


Yelah, bunga-bunga muslimlah yang menunjukkan tertunjangnya dirimu dengan akar yang baik. Menumbuhkan batang pokok yang kuat. Dahan-dahan dan ranting-ranting yang teguh tidak patah. Serta daun-daunan segar penarik peribadimu...

Cakap apa ni Syeikh?? Tak faham lah...


Sedarlah, Agamamu bertunjangkan akidah sebagai akarnya. Lalu kau semai ia dengan berbatangkan amal ibadahmu. Dari situ tumbuhnya cabang-cabang ranting hasil ibadah sunatmu. Ianya mula memutikkan dedaunan Taqarrub kepada ilahi. Dan hasilnya, masyaAllah..Akhlak muslim!

Tak pentingkah akhlak muslim ni?
Penting..

Kalau tak, takdelah Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

'Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.' (Al-Muwathok)

Untuk mulut-mulut longkang!
Sedarlah perangaimu itu bukan sifat Nabi SAW.
Tidak disukai Allah SWT.

Firman Allah dalam surah An-Nisa' 148;


Renungilah hadis nabi SAW yang diriwayatkan oleh bukhari & muslim, dari Abu Hurairah RA berkata bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud : " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik,atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah ia muliakan jirannya,dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudiannya,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.-diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mempunyai nilai peradaban islam yang tinggi,sopan santunnya yang terpuji. Seorang yang beriman yang sebenarnya tentu menggunakan pengajaran peradaban ini untuk keselamatan dirinya dengan memelihara perkataannya,dan untuk menjaga hubungan baik dengan jiran serta sahabat2nya dengan memuliakan mereka sesuai dengan keadaan masing2.

Mengenai berkata yang baik atau diam,imam syafi'i menyatakan makna hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata,hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya dan kemudharatan keatasnya,berkatalah. Tetapi bila ternyata sebaliknya,diamlah. Abul Qasim Al-qusyairi (beliau merupakan seorang ahli tasawwuf) berkata : Diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang2 besar,dan berkata pada waktunya adalah perkara yang sangat mulia.

Rasulullah SAW mengajar supaya seseorang yang beriman selalu mengawasi peerkataannya dan membiasakan diamnya sekiranya diam itu ada faedahnya. Tetapi kalau diam itu bukan pada tempatnya,maka ianya sudah tentu tercela. Diam seperti ini ialah diam dari mengatakan yang hak dan menegur suatu yang salah. Dan orang yang diam seperti inilah dikatakan 'syaitan' yang kelu..

"Anda pandai berkata2 tidak semestinya anda bijak,dan anda diam tidak semestinya anda bodoh"

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...