Thursday 28 January 2010

Dapat telur sebijik, Riuh satu kampung....

Waktu habis pengajian adalah waktu terbaik untuk aku memostingkan artikel2 baru...jadi entry aku kali ini berkenaan dengan sikap dan adab yang perlu ada dan disemai dalam diri seorang penuntut ilmu...selain hadaf (0bjektif) sebenar ditujukan kepada umum tetapi ianya juga adalah untuk diriku supaya sentiasa menjaga adab2 sebagai seorang penuntut agama Allah swt....

dan tujuan posting ini dientrykan bukan untuk mengaibkan dan merendahkan seseorang,tetapi sebagai pengajaran terhadap orang2 yang baru sahaja mendapat pengetahuan yang sedikit,lalu bisinglah ia mencanangnya kesana-sini,bercakap dengan bangganya,cuba berdebat dengan sesiapa sahaja dengan harapan supaya orang menilainya sebagai seorang yang punyai ilmu pengetahuan...Nauzubillahi min zaalik...betapa besarnya kemurkaan Allah swt kepada orang2 yang sebegini,kerana kelantangannya cuba untuk menarik orang ramai supaya memuji akan diri...tanpa dirinya sedar yang dia sendiri menjatuhkan maruahnya disisi Allah swt dan merendahkan akhlak serta nilai adabnya sendiri...

bahkan bila anda baru saja mendapat tahu sesuatu bab dan perkara dan anda sudah mula ingin berdebat dengan seseorang,hakikatnya itu menunjukkan diri anda benar2 seorang yang tidak berpengetahuan...memang suatu kewajipan untuk anda berkongsi ilmu,tetapi jika berniat untuk berkongsi ilmu,gunalah dengan cara sebaiknya....bukan berdebat,bukan berbahas....jika tidak,anda sebenarnya tidak lebih seperti dapat telur sebijik,riuh satu kampung....

Larangan Nabi Saw didalam satu hadis berkenaan hal ini : Daripada Ibnu Juraij daripada Ibnu Abi Muliikah daripada Aisyah Radiallahu Anha dari Nabi Saw bersabda :

إن أبغض الرجال إلى الله الألد الخصم


Hadis tersebut menjelaskan ayat dari surah Al-baqarah ini dengan memberi pengertian bahawa-itu- adalah orang2 yang kuat berjidal atau berdebat dengan lantang (syadid)....jadi orang2 yang kuat berjidal dan berbahas padahal ianya tidak lebih untuk menonjolkan dirinya dan menarik perhatian manusia kearahnya ialah tidak lebih tidak bukan adalah manusia yang paling dimurkai oleh Allah berdasarkan pada hadis tersebut...hal ini juga ada dinukilkan didalam kitab Fathul-Bari Syarah Soheh Bukhary lil-Imam Al-Hafiz Ahmad Bin Ali Bin Hajar Al-Asqolani,jilid ke-5 bab Qaulillahi Ta'ala sebagaimana pada 204 dalam surah Al-baqarah...

Beramanahlah dalam ilmu, orang yang melakukan jenayah dalam ilmu adalah lebih teruk berbanding orang yang melakukan jenayah sivil...

Belajar,belajar dan belajar membuatkan kita semakin merendahkan diri, bukan makin angkuh dengan ilmu yang sedikit...
~Sama2lah ambil renungan...agar terhindar dari kemurkaan Allah swt...

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...