Tuesday 24 November 2009

2 Nabi Allah....antara KORBAN dan PENGORBANAN...

Masa berlalu dengan cepat...aku rasa baru je lepas raya korban,sekarang ni raya korban lagi...pejam celik-pejam celik,cepat sengoti masa berlalu...

Dan sekarang ni manusia berbondong-bondong untuk menjadi tetamu Allah di tanah haram al-mukarramah dengan tujuan utk mencari KEREDHAAN Allah...kepada kawan2ku yang sedang berada disana,carilah redha Allah sebanyak yang mungkin...aku doakan antum semua semoga antum mendapat HAJJAN MABRUURAN,WA SA'YAN MASHKUURAN,WA ZANBAN MAGHFUURAN...mudah2an..Amin..sesungguhnya antara nikmat yang paling besar ialah menjadi TETAMU Allah dibumi sana...

Title untuk entry aku kali ini ialah 2 orang nabi Allah, (Ibrahim as dan Ismail as) antara korban dan pengorbanan....KORBAN yang melibatkan 2 nabi Allah disini ialah nabi Ismail sendiri yang disuruh oleh Allah swt untuk diKORBANkan oleh bapanya nabi Ibrahim....pengorbanan disini pula ialah pengorbanan nabi Ibrahim sendiri yang sanggup utk berkorban menyembelih anaknya Ismail disebabkan KEPATUHAN TOTAL kepada Allah....walhal beliau berpuluh-puluh tahun menanti masa untuk mendapat seorang anak melalui isterinya Hajar...walaupun lama menunggu untuk mendapat anak,bila dah dapat, Allah swt perintahkan pula nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail dan nabi Ismail sendiri juga sanggup disembelih bahkan mencadangkan kepada bapanya Ibrahim supaya menyegerakan perintah Allah...dan kerana KEPATUHAN yang tinggi kepada Allah juga,mereka berdua berjaya untuk menunaikan perintah Allah walaupun dihasut oleh Syaitan laknatullah untuk menyelesaikan tugas tersebut...Cuma Allah swt sendiri menghalangnya disaat akhir dan menggantikannya dengan seekor kambing...pengorbanan kedua2 nabi ini sebenarnya dibalas lagi dengan nikmat yang lain....nikmat yang paling besar sekali disini ialah KEREDHAAN Allah kepada mereka disamping nikmat sembelihan hadiah dari Allah swt...

Besarnya ibadah ini sebagai lambang PENGABDIAN dan KEPATUHAN kepada Allah hinggalah disebut didalam Al-quran surah As-saaffat 37:107 yang bermaksud :" Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar"...hikmah disini ialah ketaatan, kepatuhan dan keikhlasan,Allah gantikan dengan nikmat yang LEBIH BAIK.....peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan KORBAN pada hari raya haji dan hari tasyrik....jika nabi Ibrahim sanggup untuk mengorbankan anaknya dengan sembelih demi Allah taala,mengapa kita susah untuk berkorban dalam agama kerana Allah??kata2 ini juga ditujukan kepada diriku agar menjadi muslim yang lebih baik dan penuh taat kepada Allah Azza wa jalla...

Berbalik kepada ibadah korban di negara kita Malaysia tercinta...Pada kelazimannya di negara kita hari raya Haji diraikan tidaklah semeriah meraikan Aidilfitri, kerana hendak meraikan Aidilfitri orang kita sanggup berbelanja BESAR dan berhabis-habisan dan persediaan pun dibuat lebih awal. Tetapi tahukah kita bahawa kedudukan Aidiladha itu LEBIH BESAR dan lebih tinggi daripada Aidilfitri...maka jika kita sanggup berbelanja besar pada Aidilfitri, kenapa pula kita tidak sanggup berbelanja pada Aidiladha, terutamanya menyertai ibadat korban yang menjanjikan pahala yang begitu besar di sisi Allah Subhanahu Wataala....
main2 plak dia ni dengan aku,kena tendang kat pusat baru tau!!

Mari kita berkongsi ilmu...sebuah hadis nabi tentang kemuliaan ibadah korban,riwayat dari Aisyah Radiallahuanha, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Subhanahu Wataala dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."...

Berdasarkan pengalaman aku di Malaysia, ketika ibadah korban dilakukan, ada seorang sebagai ketua keluarga mengagihkan-agihkan sembelihan korbannya kepada anak-beranaknya dibawah tanggungannya dan siap dibawa pulang dirumah untuk dijadikan hidangan makan bersama keluarganya sedangkan dia sendiri menyatakan bahawa korbannya tadi adalah kerana korban nazar....

Hukum berkorban adalah SUNAT MUAKKADAH iaitu sunat yang sangat dituntut...Tetapi akan menjadi WAJIB jika seseorang itu bernazar hendak berkorban...Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian berhubung dengan korban wajib (nazar) dan korban sunat ini, antaranya daging korban yang wajib tadi hendaklah disedekahkan keseluruhannya termasuklah kulit dan tanduk binatang itu dan HARAM hukumnya bagi orang yang berkorban wajib dan orang yang di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut...Sekiranya orang yang berkorban wajib dan orang-orang di bawah tanggungannya memakan sesuatu daripada korban yang wajib itu, maka wajib ke atasnya MENGGANTIKAN dan menyedekahkannya...

Manakala daging korban sunat pula, wajib disedekahkan sebahagian daripada daging tersebut dalam keadaan mentah kepada fakir miskin, dan sunat bagi orang yang berkorban memakan sedikit daripada daging korban sunatnya dan selebihnya terserahlah sama ada untuk disedekahkan atau dimakannya atau dijadikan jamuan...Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hajj tafsirannya: "Makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." ayat 28...

Adapun cara yang lebih afdal bagi pembahagian daging korban sunat ialah kesemua daging itu disedekahkan kepada fakir dan miskin, kecuali sedikit (kadar beberapa suap) diambil untuk mengambil berkat. Diharuskan juga daging itu dibahagikan tiga iaitu 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin, 1/3 dihadiahkan kepada bukan fakir dan miskin, dan 1/3 untuk dimakan oleh orang yang berkorban...
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 36 yang tafsirannya: "Makanlah sebahagian daripadanya, dan berikanlah bahagian yang lain kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta."...

Perlu diingat bahawa daging korban sama ada wajib ataupun sunat adalah haram disedekahkan atau dijual kepada orang kafir, sama ada yang memberi dan menjual itu orang yang berkorban atau fakir miskin yang menerima sedekah atau orang kaya yang diberi hadiah daging itu. Tetapi jika fakir miskin yang menerima sedekah daging itu menjualnya kepada orang Islam, maka adalah harus dan sah hukumnya. Akan tetapi jika daging korban yang diberi kepada orang kaya sebagai hadiah lalu dijualnya, maka hukumnya adalah haram. Manakala kulit, tanduk dan bulu binatang tersebut adalah haram dijual oleh orang yang berkorban, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesiapa yang menjual kulit korbannya, maka tiada dikira baginya korban."...

Daging korban tidak boleh dipindah ke negara lain, ia hendaklah disedekahkan di negara tempat ia berkorban itu sahaja. Bagi orang yang menyembelih pula, haram diberikan kepadanya daging korban dengan niat sebagai upah menyembelih, tetapi adalah harus sekiranya diberikan sebagai sedekah atau hadiah...
bila diorang nak semelih aku nih?!

Perlu diingat juga bahawa bahagian yang wajib disedekahkan itu hendaklah ia daging yang masih basah dan mentah dan tidak memadai jika bahagian yang disedekahkan itu berupa kulit, hati, tanduk dan seumpamanya...Begitu juga tidak memadai jika daging tersebut dimasak, kemudian dihidangkan kepada orang yang fakir dan miskin, kerana HAK fakir dan miskin itu BUKAN pada makan daging tersebut, tetapi adalah MEMILIKI daging berkenaan dan bukan memilikinya dalam keadaan yang telah dimasak...

Memandangkan hukum berkorban itu sunat muakkadah dan mempunyai banyak kelebihan, maka rebutlah peluang seumpama ini dengan memahami hukum-hakam yang berkaitan dengannya...Mudah-mudahan ibadat korban kita itu benar-benar menepati hukum syarak dan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarabbalalamin....

sumber : -kitab Soheh Al-Bukhary,syarah Ibnu Hajar Al-Asqolani (hadis 5503-5633)
-manhaj as-saalikiin wataudhiihul-fiqh fid-din,syarah As-syeikh Abdur Rahman Al-jabren
-fataawa al-had'y wal-adhaahi,syarah Abi Abdul Muiz Muhammad Ali
-kitab solat-aleid al-adha,majmuu'ah syarah as-sunnah lil-Baghawiy
-Tafsir Al-munir karangan Al-ustaz Dr Wahbah Az-zuhaily...
penulis mengucapkan "Selamat HariRaya Aidil-Adha" kepada semua,terutama seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan amnya dan kawan2 di Mu'tah khasnya....Salam lebaran, MAAF ZAHIR & BATIN.....uhuks!

No comments:

Ya Ridhollah..Wa ridhol waalidaini...